Bekas penyanyi dangdut popular, Iwan Syahman meluahkan rasa syukur apabila dua puterinya yang tersayang iaitu pelakon Oktovia Manrose dan Aprena Manrose kini sudah tampil dengan imej berhijab sepenuhnya.
Jelas Iwan, dia sering menasihati kedua-dua anak perempuannya itu namun tidak pernah memaksa mereka dalam soal mengenakan tudung.
Saya selalu jumpa anak-anak saya tarbiah. Saya kata ini rezeki kamu, kamu kena fikir bahawa rezeki ini berterusan kamu kena berubah. Bila dua orang anak saya Aprena dan Oktovia beritahu, papa saya dah tutup aurat. Alhamdulillah, bagus.
Tambah Iwan, dia hanya menasihati mereka namun yang mengubah dan menggerakkan hati mereka untuk berhijrah hanyalah kuasa Allah S.W.T.
Iwan juga berkata dia tidak pernah memutuskan hubungan silaturrahim dengan anak-anaknya meskipun sudah mempunyai keluarga sendiri.
Ujarnya, dia akan terus mendoakan agar anak-anaknya itu terus kekal istiqamah dalam penghijrahan mereka.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
sumber: mStar online
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sebarkan Rasa Cinta, Mizz Nina Ajak Semua Muslimah Sertai Cabaran 30 Hari Berhijab Sempena Ramadhan
Isi Kandungan
ToggleSejak berhijrah, selebriti terkenal iaitu Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman tidak lagi aktif dalam industri hiburan tetapi memilih untuk lebih mendekatkan diri dalam hal kemanusiaan dan juga kerohanian.
Tidak lagi menoleh ke belakang, perubahan hidupnya sentiasa menjadi contoh buat muslimah yang ingin berubah di jalan Allah dan kekal istiqomah. Berkongsi kisahnya mengenai hijab, Mizz Nina ternyata ada kisahnya yang tersendiri yang ingin dikongsi bersama semua.
Tahun ini sudah tahun keenam saya mengenakan hijab.
View this post on InstagramA post shared by Shazrina Azman (@officialmizznina) on
2019 merupakan tahun keenam sejak saya mula mengenakan hijab. Alhamdulillah… pantasnya masa berlalu! Saya ingin menzahirkan rasa cinta saya dan sokongan kepada semua saudara muslim di seluruh dunia yang berjuang setiap hari bagi mengikut perintah Tuhan, yang berbangga dengan diri mereka dan identiti sebagai seorang muslim sama seperti saya.
Hijab itu pilihan saya, cara saya mengekspreskan cinta dan serahkan diri pada Allah. Ia adalah pakaian yang melindungi saya dan orang yang saya kasih daripada sebarang perkara yang tidak baik, sebaik saya melangkah dengan yakin dengan hati yang ikhlas hanya untuk Tuhan saya.
Ramai rakan artis dan juga pengikut laman sosialnya yang tersentuh dengan apa yang dimuat naik oleh Mizz Nina dan berharap mereka dapat sama-sama kekal istiqomah di jalan Allah.
View this post on InstagramA post shared by Shazrina Azman (@officialmizznina) on
Sempena Ramadhan ini, Mizz Nina juga turut mengajak seluruh muslimah untuk turut serta dalam cabaran berhijab selama 30 hari. Usahanya itu ternyata disambut baik oleh semua termasuklah pelakon dan penyanyi terkenal, Fazura.
View this post on InstagramReady for the Ramadan 30 day Hijab challenge? @worldhijabday #Hijab30 ❤️#Repost @yasminmogahed
A post shared by Shazrina Azman (@officialmizznina) on
Untuk sister yang baru ingin mulakan langkah berhijab, apa kata sama-sama sertai cabaran ini? Takpe sis, kita boleh mulakan perlahan-lahan dahulu. InsyaAllah, niat kita itu nanti akan dipermudahkan dan terus istiqomah di jalan Allah.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nekad Dalami Agama, Mualaf Manis Dari Jepun Ini Pindah Ke Malaysia Kerana Cintanya Pada Negara Ini
Isi Kandungan
ToggleKerana tertarik dengan keindahan Islam, Ana Farhana seorang gadis Jepun telah bergelar mualaf pada tahun 2016. Bukan itu sahaja, dia juga sebenarnya telah jatuh cinta dengan negara Malaysia dan nekad untuk pindah ke Malaysia tak lama lagi.
Sudah 3 tahun memeluk Islam, cintakan Malaysia sejak tahun 2011 lagi…
“Dah la baru jadi 3tahun lepas saya masuk Islam. Sampai harini saya fokus kuatkan iman. Tapi saya akan pindah ke Malaysia nanti,(tak lama lagi) boleh belajar agama yang khusyuk & solat on time(yg khusyuk) insyallah & harini #WorldDownSyndromeDay
Happy For Us,May Allah Bless Us”
Usahanya dalam mempelajari bahasa melayu wajar dipuji!
View this post on InstagramA post shared by Ana Farhana ?? Keep The Faith (@anafarhana_japan) on
Cantiknya kamu Ana! Moga hasrat baik awak akan dipermudahkan. Pastinya rakan-rakan di Malaysia tidak sabar menantikan kehadiran awak. Hijabista doakan yang terbaik buat kamu Ana!
kredit: twitter Ana Farhana, instagram @anafarhana_japan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Buat Muslimah Yang Rasa Sukar Untuk Kekal Istiqomah, Bacalah Perkongsian Ilmu Dari Diana Amir Ini
Sejak kebelakangan ini, ramai muslimah yang lebih selesa untuk mengenakan hijab dan lebih senang untuk mendekatkan diri dengan Islam sekaligus mengubah hidup ke arah kebaikan.
Walaupun begitu, iman kita ini ada naik dan turunnya. Tidak kiralah berapa lama masa yang kita ambil untuk berhijrah, kadang kala kita pasti akan cabarannya yang tersendiri yang terpaksa dihadapi untuk kekal istiqomah.
Bagi mendorong hati agar sentiasa tetap dengan pendirian, Hijabista kongsikan pandangan artis popular, Diana Amir mengenai usaha yang boleh dilakukan oleh seseorang muslimah itu akan kekal berada di landasan yang benar. InsyaAllah.
Apa pandangan Diana mengenai hijab dan caranya untuk kekal istiqomah?
Hijab bukan hanya tudung tapi menjaga kehormatan Diana,seorang wanita itu dengan menutup auratnya kepala sampailah ke kaki.
Sebenarnya itu istiqomah itu memang sukar, kecuali beriman kepada Allah swt. So, cara untuk istiqomah first sekali berniat kerana Allah. Nak berhijab atau nak melakukan apa-apa itu kerana Allah.
Kemudian berkawan dengan orang yang baik. Seterusnya, dekatkan diri dengan ustaz atau ustazah dan juga selalu mendengar ceramah-ceramah agama ke ataupun baca buku-buku agama ke supaya hati kita sentiasa dalam keadaan nak menjadi lebih baik lagi.
And then, yang ketiga kena cari ilmu. Kalau kita tiada ilmu bagaimana kita hendak perbaiki hidup kita. Kalau kita niat dah betul tapi ilmu tiada , kita akan tersasar juga.
Yang keempat, kita kena mujahadah melawan nafsu-nafsu kita. Kita kena sentiasa berperang dengan nafsu yang ada dalam diri. Nafsu itu sebenarnya boleh dipandukan ke arah yang lebih baik.
Yang kelima, mungkin kita boleh sentiasa bersyukur dengan apa yang Allah beri pada kita di dunia ini supaya rasa bersyukur itu kita tidaklah akan menyalahkan keadaan ataupun sebagainya sebaliknya kita akan sentiasa rasa happy bila bersyukur dan dengan bersyukur barulah kita akan berhijab dan mengikut apa sahaja perintah Allah itu dengan lebih ikhlas. InsyaAllah.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI