
Isi Kandungan
ToggleSiapa yang tidak kenal dengan Cut Syifa, pelakon berbakat besar berusia 27 tahun ini yang sering menarik perhatian ramai menerusi lakonannya dalam pelbagai sinetron.

Cut Syifa dikenali ramai sebagai Maesaroh dalam siri Tukang Bubur Naik Haji The Series, di mana Cut Syifa mula menunjukkan kebolehannya sejak berusia tujuh tahun.
Dengan wajah menawan dan kemahiran lakonan yang luar biasa, dia kini menjadi bintang yang hangat diperkatakan terutama selepas melakonkan watak Rindu dalam sinetron Cinta di Ujung Sajadah.
Hijabista kongsikan 5 foto terkini Cut Syifa dengan penampilannya yang sentiasa kelihatan menawan.
Anggun Dengan Gaun Bercorak Bunga
Cut Syifa kelihatan sangat menawan apabila mengenakan gaun labuh berwarna krim yang dihiasi dengan motif bunga. Penampilannya memberikan cita rasa feminin dan berkelas, yang menguatkan lagi kesan elegan.

Busana yang dipakainya bukan sekadar pakaian, malah mencerminkan perwatakannya yang ceria.
Pesona Kebaya Moden
Cut Syifa tampil menawan dengan kebaya satin hijau pastel yang dilengkapkan dengan skirt merah jambu bercorak.
Penampilannya yang anggun mencerminkan kecintaannya terhadap budaya Indonesia, dan pada masa sama masih boleh tampil bergaya.
Keindahan Malam Di Kota
Senyuman ceria Cut Syifa semakin memukau apabila dikelilingi cahaya lampu kota.
Aura gembira dan ceria yang terpancar dari dirinya seolah-olah menggambarkan semangat juang seorang anak muda yang kaya dengan harapan dan impian.
Suka Menunggang Kuda
Cut Syifa kelihatan sangat gembira ketika bergambar dengan kuda kesayangannya.
Penampilan Cut Syifa yang sporty dan anggun menggambarkan kecintaannya terhadap ekuestrianisme yang bukan sahaja menunjukkan kecantikannya, malah memiliki hobi yang mencabar.
Tudung Biru Serlah Kecantikan Semula Jadi
Tudung biru dan solekan natural menyerlahkan lagi pesona kecantikan semula jadi Cut Syifa.
Penampilan ringkas tetapi tetap anggun membuktikan kecantikan sebenar tidak memerlukan banyak perhiasan.
BACA JUGA: Bagaikan Puteri Elsa, Gaya CUT SYIFA Terima Anugerah Raih Pujian!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Saya Hanya Seorang Yang Simple,Terima Kasih Sudi Terima Saya’-Erra Fazira Terharu Raih 3M Pengikut Di IG

Isi Kandungan
TogglePelakon dan penyanyi terkenal, Erra Fazira sentiasa mencuri tumpuan ramai dengan pesonanya yang menawan hati semua.
Berjaya meraih 3 juta pengikut di instagram, Erra sungguh tak sangka dan menzahirkan rasa terima kasihnya menerusi postingnya di laman instagramnya.
“Saya tiada kehidupan yang WOW ataupun Have-Have untuk ditonjolkan”
View this post on InstagramA post shared by Erra Fazira (@errafazira) on
TERIMA KASIH KEPADA 3M FOLLOWERS SAYA..!! .
Terharu sangattt.. Abum IG saya ni, tidak ada yg WOW atau lifestyle yg “Have Have” utk dkongsikan ? .
I am just a simple person, yg tak brp gigih nak melaram dalam harian saya .. jadi atas sebab itu, tima kasih krn sudi terima saya seadanya .. ??❤️ . .
Sebagai tanda terima kasih.. saya nak hadiahkan 20 orang followers kesayangan saya SHAWL RARA (warna secara rawak).. .
Nak tak?!! Kalau nak SHAWL RARA.. Senang jer.. .
.
20 pemenang bertuah akan saya umumkan minggu hadapan! Jangan risau.. kami baca semuaaaa text kalian tau..!!! .
.
So .. jom kita mulakan…
.
“SAYA SUKA ERRA KERANA……,”.
..
#spreadlove ?❤️???
Mendapat ribuan komen, rakan artis dan peminatnya memberikan pelbagai sebab mengapa mereka menyayangi Erra. Memang disayangi sungguh!
View this post on InstagramA post shared by Erra Fazira (@errafazira) on
kredit: instagram @errafazira
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Timang Anak Kedua, Bekas Aktres India SANA KHAN Kongsi Video Istimewa Berlatarkan Bacaan Ayat Al-Quran

Isi Kandungan
ToggleBiarpun Sana Khan secara rasminya telah bersara dari dunia Bollywood, bekas aktres ini sentiasa menjadi tumpuan.

Sana Khan, yang telah dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia lebih setahun, baru-baru ini Sana Khan dikurniakan anak kedua yang dilahirkan pada 5 Januari 2025.
Suami Sana Khan yang merupakan seorang ulama terkenal iaitu Mufti Anas Saiyad turut menyambut kelahiran anak kedua mereka dengan gembira.

Kongsi Berita Gembira Di Media Sosial
Menerusi media sosial, Sana dan Mufti berkongsi berita gembira itu kepada para pengikut mereka.
Melalui laman Instagramnya, Sana Khan berkongsi video istimewa mengumumkan kelahiran anak keduanya itu.
Klip ‘comel’ itu menampilkan pelbagai elemen seperti belon, istana, payung terjun, pita dan pelbagai barangan hiasan lain dalam rona biru dan putih, serta bunyi latar belakang bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.
BACA JUGA: Aktres India SANA KHAN Kini Cantik Berhijab, Ada Butik Muslimah & Spa Kecantikan Sendiri
Mendedahkan bahawa anak kecil mereka dilahirkan pada 5 Januari 2025, Sana Khan berkongsi berita itu dengan nota dalam video.

“Kami sangat gembira untuk berkongsi berita gembira kelahiran putera kecil kami! Abang Tariq Jamil, dengan penuh kegembiraan menyambut kelahiran adik lelakinya!” tulis Sana Khan.
Pohon Doa
Menggelar diri mereka sebagai ‘ibu bapa bangga’, tambah Sana dalam video itu.

“Berkatilah kami untuk membesarkannya dengan kebaikan dan kebenaran, dan jadikanlah dia salah seorang hamba-Mu yang beriman,” tambahnya.
Sementara itu, Sana Khan turut meluahkan rasa gembiranya dalam kapsyen foto tersebut.
Selepas muat naik itu, ramai rakan menitipkan ucapan tahniah kepada Sana Khan dan suami.
Untuk info, nama Sana Khan mula mendapat perhatian dan kemasyhuran setelah berjaya bergelar Naib Juara dalam rancangan Salman Khan iaitu Bigg Boss 6.


Bagaimanapun, pada tahun 2020 Sana Khan mengumumkan persaraannya daripada Bollywood dan industri hiburan.
Sana Khan berkahwin dengan ulama Mufti Anas Saiyad pada 21 November 2020. Mereka dikurniakan anak pertama, Saiyad Tariq Jamil pada 5 Julai 2023.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Gadis Manis Berhijab Ini Sempat 3 Bulan Bergelar Isteri Sebelum Dijemput Illahi, Keluarga Mentua Luah Rasa Sedih

Isi Kandungan
ToggleBenar, rezeki, jodoh, ajal maut itu semuanya urusan Tuhan. Siapalah kita untuk menolak qadar dan qadar Tuhan. Kadang-kadang kita sebagai hamba-Nya berpeluang haya sementara mengecapi kebahagiaan. Dan semua yang ada dalam dunia ini hanyalah pinjaman semata-mata. Seperti perkongsian lelaki ini yang memberitahu hanya sempat 3 bulan bergelar bapa mertua sebelum menantu kesayangan, Farah Najwa Zakaria dijemput Illahi.
Menulis perkongsian di laman facebooknya, Shastri Rathi nyata coretan bagaimana menceritakan perkenalan anaknya itu dengan menantu begitu menyentuh hati.
Biarpun kasih dan sayang sekalipun pada menantunya itu, tetapi Tuhan lebih menyayangi dirinya. Dijemput Illahi akibat demam panas setelah hanya sempat mengecap gelaran isteri untuk beberapa bulan sahaja.
Biasanya suami yang akan menulis coretan sedih begini, tetapi lelaki ini yang juga bapa mertuanya meluahkan apa yang dirasakan dalam dirinya.
Segalanya berjalan lancar, dari majlis akad nikah dan persandingan
Jodoh, Rezeki, Ajal….ketetapan yg ditulis Allah swt.Manusia hanya mampu merancang dan menerima seadanya ketentuan yg tersirat
Akad nikah pada Jumaat 26/10/2018 berjalan lancar. Alhamdulillah…Anak ku bergelar ‘Suami’ dan aku dapat pangkat ‘Bapa Mertua’ Persandingan belah Perempuan di Kem Sg Besi keesokan harinya juga berjalan lancar. Meriah majlis anjurannya berteraskan budaya Melayu Dgn berbaju Melayu bersisipkan sebilah Keris, anakku mengiringi Isterinya ke Pelamin. Betapa gembiranya Hati ini bila menyaksikan kebahagiaan pasangan Pengantin. Alhamdulillah, bertambah sorang lagi keluarga aku’ bisik hati kecil ini Sekarang ada kurang 3 bulan sebelum berlangsung persandingan belah lelaki.

Pada Sabtu 05/01/2019, berlangsunglah persandingan pihak lelaki di Taman Melawati. Perancangan rapi telah kami uruskan dgn harapan agar semua Tetamu2 yg dijemput akan bergembira dan menyaksikan bertemunya Jodoh anak Sulung ku Amirul Licap dgn pasangannya Farah Najwa Bte Zakaria. Percintaan yg berputik dizaman persekolahan SEMASHUR 10 tahun akan sempurna dgn langkah Akad & Bersanding.

Alhamdulillah….sebagai seorang Ayah…ini yg diimpikan. Kebahagiaan berkekalan dan penerusan Warisan. Gembira hati ini bila melihat sumbangan Usaha pasangan, saudara mara, kawan2 utk memastikan kesempurnaan Majlis.
Gembira dapat bertemu rakan-rakan lama sepanjang majlis mereka yang diraikan
Khusus pada Birasku Mus sekeluarga dan Khai sekeluarga…terima kasih banyak atas segala sumbangan, pertolongan, bantuan dan juga masa bersama. Tidak lupa juga pada adik beradik pengantin perempuan dan sahabat2 mereka dari SEMASHUR yg turut menyumbang usaha & tenaga. Pada Event Planner dari Azzuieena Villa Bunglow terima kasih atas kerjasama padu kalian hingga tiada cacat cela perjalanan majlis dari mata kami.Terima Kasih yg x terhingga dari kami pihak keluarga..semoga Allah jua yg membalas budi kalian.
Dimalam persandingan ini, berjumpa semula saudara mara yg dah lama x bersua, kenalan2 dari tempat aku membesar dahulu di Ulu Tiram, kawan sekolah SJI 85, sahabat2 dari KDU, kenalan dari tempat keja MAS. Alhamdulillah, sebak dan terharu bila berjumpa kembali selepas hampir 40 tahun x berjumpa. Kenalan dari MAS yg ku kenali dari 1994 juga hadir meramaikan majlis. Kami gembira dan bersyukur atas kehadiran mereka

Pengantin berdua kami syorkan duduk serumah dgn kami selepas berkahwin. Syarat kami hanyalah….seminggu dirumah kami dan seminggu dirumah Besan di Ampang. Selamat Datang Wawa Kami teruja dgn kehadiran ‘Anak Perempuan’ di teratak kami Gelak tawanya, masakan yg dihidangkan nya, celotehnya, kemesraan pengantin berdua dan keakrabannya dgn isteriku amat mendamaikan sanubari ini. Ku lihat anakku gembira sekali. Anak lelaki ku yg sorang lagi juga gembira dgn kehadiran ‘Kakak’. Isteriku dah ada ‘Geng’ Pakat ‘membahan’ dan menyakat ‘Ayah’ sorang ni. Aku suka semua tu dan aku redha dgn kebahagiaan dari Illahi.
Hinggalah awal Febuari, menantu Wawa dimasukkan ke hospital kerana demam panas
Sehinggalah…..pada Jumaat 08/02/2019….menantuku masuk Hospital…demam panas..kami di sisinya sehingga Ahad. Keadaan tidak berubah dan kami pindahkan ke Ampang Hospital lepas Asar. Dekat Maghrib, Farah dimasukkan ke Zon Kritikal. Berderau darah bila dengar penerangan Doctor bertugas. Seluruh keluarga dapat melihatnya…dikala Azan berkumandang…kami dapat berjumpa dgn Wawa. Dia masih dapat berkata2 dan luluh hatiku melihatnya berusaha utk bernafas…Salam terakhir dari isteriku dijabat erat seolah tidak mahu dilepaskan…Mata ku mula ‘berkaca’. Yg dapat ku ucapkan hanyalah…’Wawa berehatlah ye, In syaa Allah….kami sentiasa di sisi Wawa’ Teringat kata Doc tadi…”jika sampai esok pagi x perlu Induce Coma n put on Life Support, in syaa Allah, Wawa akan beransur pulih” Malangnya, kira2 pukul 0330h…Wawa terpaksa dibantu pernafasan

Isnin…Wawa di ICU. Sedihnya bila kenalan, saudara mara berpusu melawat. Rutin kami hanyalah rumah di Puchong dan kembali ke Ampang Hospital. Keadaan Wawa masih x berubah. Pressure masih low dan erratic. Kejap naik…kejap turun.
Selasa….Wawa masih x berubah. Ku lihat Anakku Amirul disebelah Wawa….mengaji di telinga Wawa dan diurutnya tangan Wawa. Ku saksikan kasih seorang Suami kepada Isterinya…Aku sebak melihat kesedihan anakku. Besan ku juga sudah dibilik ICU…mengaji bersama dan mengurut kaki Wawa…terdetik dihati ku sewaktu hendak memakai Hair Net, Gown, Gloves & Face Mask bila Doc kata dgn sayu…”x pe, masuk aja lah”
Dapat panggilan dari anak mengatakan Wawa telah tiada…
Panggilan telefon dari kawan anakku…Pora…pada 2215h dan dari anakku pada 2230h bagaikan dentuman halilintar. Wawa sudah dijemput Illahi…Inna Lillahi Wainna Illahi Rojiuun. Wawa tiada lagi???……Ya…Wawa tiada lagi. Arwah dikebumikan di Tapak Perkuburan Cheras Baru selepas Zohor pada hari Rabu 13/02/2019….di usia hampir 25 tahun. Selepas hampir 3 bulan bergelar Isteri dan Menantu…kini bergelar Arwah

Ya Allah…Daku redha dgn ketentuan Mu Cucuri lah Rahmat Mu keatas Rohnya, Ampuni lah dosa2 nya, Lapangkanlah Kuburnya, Kasihanilah dia dan tempatkanlah rohnya dikalangan mereka yg Solihin…Aamiin.
Aku masih bersedih….sedih kerana Arwah pergi…
…sehari sebelum hari mengambil Sijil Perkahwinan.
…5 hari sebelum hari kelahirannya yg ke 25.
… 2 minggu sebelum siapnya Video Perkahwinan.
…3 bulan sebelum kami dapat berpuasa bersama.
Buat anakku Amirul Asyraf moga tabah menerima dugaan ini
Kepada anakku Amirul Asyraf…Ayah bersimpati atas kehilangan Mu. Ayah doakan agar Arwah aman bersemadi disana. Ayah doakan agar Allah swt anugerahkan ketabahan kepadamu. Ayah berasa bangga dan terharu bila melihat ketabahan mu memandikan Arwah, solatkan Arwah, mengusung Arwah, menurunkan Arwah ke Liang Lahat dan sama2 bertahlil keatas Rohnya. Syukur Alhamdulillah. Semoga ketabahan mu diberkatiNya…Aamiin.

Kepada saudara mara, sahabat handai yg sesama menziarahi dan solat jenazah…semoga Illahi memberkati penghidupan dan pengorbanan kalian…semoga kalian dibawah Lindungan Nya sentiasa…Aamiin.
Selamat Bersemadi Arwah Farah Najwa…Semoga tenang disana. Ayah, Ibu, Adam & Amirul amat merindui mu Terima Kasih Ya Allah kerana telah meminjamkan Arwah kepada kami dan menganugerahkan kebahagiaan kepada kami sekeluarga biarpun utk sekejap waktu. Al Fatihah.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI