Sering Tampil Berhijab Selepas Bernikah, Anak Sulung Kris Dayanti Kelihatan Semakin Anggun

Share

Anak sulung Kris Dayanti hasil perkongsian hidup sebelum ini bersama Anang, Aurel Hermansyah kelihatan anggun berhijab sebaik sahaja bergelar isteri kepada personaliti media sosial terkenal, Atta Halilintar.

Aurel yang berusia 23 tahun menikahi Hatta pada 3 April tahun ini dalam di Hotel Raffles, Jakarta dalam majlis penuh gilang gemilang.

Perubahan penampilannya itu mula ditonjolkan sebaik sahaja mendirikan rumah tangga. Manis dlam balutan busana yang lebih sopan dan berhijab, stail terbaharu personaliti mendapat sambutan baik dari para peminat dan juga warganet. Orang yang paling gembira mestilah suaminya sendiri.

Ramai yang memuji dia kelihatan manis bila berhijab.

Mengikut jejak langkah ibu dan bapanya dalam bidang seni, Aurel mula merakamkan lagu pada usia 12 tahun pada tahun 2012. Seminggu lalu dia tampil berduet dengan suaminya dalam sebuah lagu berkonsepkan keagamaan bertajuk takbir, sehingga kini video muzik lagu tersebut telah mencapai lebih 1.9 juta tontonan.

Khabar terbaru tentang Aurel, dia baru sahaja mengalami keguguran kandungan yang teruk sehingga menyebabkan dia perlu berehat sepenuhnya di atas katil.

Aurel kelihatan berehat sambil ditemani ibu, suami dan juga ibu saudara, Yuni Shara.

Perkara itu diumumkan sendiri pasangan ini menerusi hantaran di Instagram mereka. Dalam satu hantaran lain pula, kelihatan Aurel terbaring lemah di atas katil sambil ditemani oleh ibunya. Semoga Aurel segera pulih dan kembali bersemangat.

Sumber gambar: Instagram Aurel Hermansyah & Atta Halilintar

Published by
Fiezreen