Umum tahu, durasi tidur bagi orang dewasa ialah enam sehingga lapan jam sehari.Bagi kanak-kanak pula, mereka memerlukan masa tidur lebih panjang,, berbeza dengan warga emas iaitu empat hingga 5 jam sehari. Namun, gangguan tidur boleh memberi kesan kepada corak tidur anda.
Setiap orang pernah mengalami mimpi buruk ketika tidur. Mimpi buruk seringkali datang dalam pelbagai jenis bentuk sama ada berkait rapat dengan orang yang kita kenal ataupun diri sendiri. Mimpi buruk hadir dalam pelbagai jenis pengertian.
Menurut ahli dan ilmuan, mimpi dilihat sebagai sesuatu yang unik kerana ia hadir dari minda dan pemikiran seseorang. Dari perspektif yang lain pula, mimpi buruk didefinisikan sebagai perkara yang kita gagal dapatkan di dunia nyata maka ia hadir menjadi mimpi buruk yang mengganggu tidur malam kita.
Ads
Sesungguhnya, mimpi yang hadir ketika itu bukanlah sesuatu yang sia-sia serta ia juga tanda kebesaran Allah. Namun, andai kita mengalami mimpi buruk, Rasulullah menganjurkan umatnya untuk membaca doa:
Mafhum: “Sesungguhnya perbuatan berbisik (dengan kejahatan) itu adalah dari (hasutan) syaitan, untuk menjadikan orang-orang yang beriman berdukacita; sedang bisikan itu tidak akan dapat membahayakan mereka sedikit pun melainkan dengan izin Allah; dan kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman berserah diri.” (Surah Al-Mujadalah, 58:10)
Maksud: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlidungan kepada Engkau dari perbuatan syaitan dan dari mimpi-mimpi yang buruk.”
Umum tahu, mimpi buruk ini datangnya dari gangguan syaitan yang menjadi mainan tidur kita. Bacalah doa ini untuk menggelakkan dari mainan tidur ini supaya kita boleh tidur dengan tenang.
Antara cara lain yang boleh membuatkan tidur kita tenang dan lena adalah:
Basuh kaki sebelum tidur.
Minta maaf pada mereka yang kita lakukan kesilapan sama ada ahli keluarga ataupun rakan-rakan.
Hapuskan isu-isu negatif di minda yang boleh membuatkan kita ‘overthinking’.
Mendengar alunan ayat Al-Quran.
Tukar posisi tidur untuk dapatkan tidur yang lena.
10 malam terakhir bukan senang untuk mengekalkan momentum untuk berjaga dan bermunajat mencari malam lailatul qadar. Sekiranya mengantuk segala ibadah menjadi tidak fokus. Pelbagai perkara cuba anda lakukan tapi masih tidak berjaya.
Nah, Hijabista cadangkan 10 perkara yang boleh anda lakukan untuk menghilangkan rasa mengantuk agar misi mencari malam lailatul qadar tercapai.
Ambil snek seperti buah-buahan untuk menghilangkan rasa mengantuk anda. Elak daripada mengambil makanan yang berat dan mengandungi karbohidrat kerana ia akan membuatkan anda bertambah mengantuk.
Kajian menunjukkan bahawa jalan-jalan selama 10 minit boleh meningkatkan aliran oksigen dalam darah dan menambah tenaga selama 2 jam.
Salah satu cara untuk menghilangkan mengantuk adalah dengan tidur. Tidak perlu tidur lama-lama, cukup sekadar 25 minit untuk menghilangkan rasa mengantuk dan menambah tenaga anda.
Sekiranya anda sedang melakukan tugasan dan mengantuk, apa kata telefon BFF anda dan berborak seketika. Bila sudah ‘membawang’, mesti hilang rasa mengantuk kan? Hehe
Mendengar alunan zikir ketika sedang mengantuk pasti akan membuatkan anda lebih segar. Lagi-lagi bila dengar zikir menyentuh jiwa kan.
Salah satu penyebab anda mengantuk adalah disebabkan oleh dehidrasi. Jadi, jangan lupa minum air okay!
Menatap Al Quran di dalam telefon atau tablet dengan terlalu lama boleh menyebabkan mata anda penat. Jadi, alihkan dan rehatkan mata anda daripada melihatnya. Cuba lakukan perkara lain. seperti basuh muka atau melihat pokok yang hijau.
Cara ini sering menjadi pilihan orang ramai kerana ia dikatakan lebih efektif. Satu hingga tiga hirupan kopi mampu mengembalikan kembali tenaga anda.
Pastikan pencahayaan di sekitar anda terang dan tidak malap. Keadaan yang malap akan membuatkan anda semakin mengantuk.
Jika anda tidak mempunyai waktu yang cukup untuk berjalan-jalan atau quick nap, cuba lakukan stretching. Lakukan dengan perlahan serta nafas yang dalam. Oksigen akan mengalir ke dalam aliran darah lalu rasa mengantuk pun hilang.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sentiasa memuat naik perkembangan terkini yang berlaku di Palestin, selebriti, Heliza Helmi turut terkena tempiasnya apabila akaun Instagramnya hampir disekat oleh Instagram gara-gara dikatakan mempromosikan keganasan di laman sosialnya.
Tidak mengalah, Heliza yang mesra disapa Kak Ja ini tetap meneruskan misi untuk menyatakan sokongan terhadap Palestin di media sosial namun dengan cara yang lain pula.
Jelasnya, dia akan terus menyebarkan mengenai kebenaran yang berlaku di bumi Palestin dengan menggunakan bahasa ‘F’ agar hantaran di Instagram tidak akan dipadam lagi.
La hawla wala quwwata ila billah. Kutip derma dan cakap the truth pun violence ka? LIVE pun kakja dah tak dapat buat. Hahaha takuit ler tu. koyaks ker tu . Hehehehe tak ada masalah tak ada masalah tak ada masalah. ALLAH kan ada . 😁
In sha Allah hingga TITISAN DARAHS TERAKHIRS AKAN KU PERJUANGKANS ISU UMMAHS! TAKBIR!!!
Korang doakan Media Social kita semua still selamat untuk kita teruskan JIH4.D kita! Pls
Selain itu, Kak Ja juga rajin memuat naik video berkaitan Palestin dan Israel di laman TikTok bersama adik tersayang, Hazwani. Tidak keseorangan, usahanya ini mendapat sambutan ramai termasuklah daripada para peminatnya serta rakan artis.
Subhanallah, sungguh takut sekali media di barat hingga mereka mahu menyorokkan kebenaran daripada orang ramai. Moga kita semua tidak putus harapan dengan agenda mereka ini dan tetap meneruskan jihad kecil ini agar kemenangan akhirnya berpihak kepada Palestin. InsyaAllah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Menghina dan meremehkan orang lain, atas banyak sebab seperti rupa parasnya, bentuk fizikalnya, warna kulitnya adalah dilarang dalam Islam. Salah satu perkara negatif di media sosial adalah alat yang digunakan untuk memudahkan seseorang merendahkan, menghina serta mencaci orang lain. Kadang-kadang mereka melakukan perbuatan mengejek fizikal seseorang itu tanpa sedar.
Rasulullah sendiri tidak menyukai mereka yang menghina fizikal orang lain, ketika terjadi perkelahian antara Abu Dzar al Ghiffari dan Bilal bin Rabah, terkeluarlah dari mulut Abu Dzar perkataan “wahai anak wanita hitam”, maka Rasulullah sangat marah terhadap ucapan itu. Baginda mengecam dengan keras Abu Dzar dengan tingkah yang sangat menakutkan. Sabda baginda: “Hai Abu Dzar, telah dikurangi takaran! Tidak ada keutamaan bagi anak wanita berkulit putih atas anak wanita yang berkulit hitam!” [HR Ibnul Mubarak]
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam juga pernah bersabda kepada Abu Dzar,
“Lihatlah, engkau tidaklah akan baik dari orang yang berkulit merah atau berkulit hitam sampai engkau mengungguli mereka dengan takwa.”[HR Ahmad]
larangan mencerca dan menghina juga cukup banyak di dalam al Quran:
وَلَا نِسَاء مِّن نِّسَاء عَسَى أَن يَكُنَّ خَيْراً مِّنْهُنَّ
“Dan jangan pula sekumpulan perempuan mencela kumpulan lainnya, boleh jadi yang dicela itu lebih baik “ (QS. Al Hujuraat 11)
(Orang-orang munafik itu) yaitu orang-orang yang mencela orang-orang mukmin yang memberi sedekah dengan sukarela dan (mencela) orang-orang yang tidak memperoleh (untuk disedekahkan) selain sekedar kesanggupannya, maka orang-orang munafik itu menghina mereka. Allah akan membalas penghinaan mereka itu, dan untuk mereka azab yang pedih” (QS. At Taubah : 79).
Namun malang sekali apabila kini, cacian dan ejekan terhadap rakan- rakan dan orang awam semakin berleluasa. Ia kini dikembangkan di bawah jenama ‘lawak jenaka’, yang semakin popular akibat pengaruh media massa. Begitu terhibur sekali anak- anak kecil apabila dilemparkan ejekan gemuk, hitam, capang, sumbing oleh pelawak-pelawak di skrin tv. Semakin lama semakin bervariasi jenis- jenis ejekan sehingga kita sendiri tidak mampu lagi untuk menyenaraikannya.
Dalam sebuah hadits, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda
“Cukuplah seseorang berbuat keburukan jika dia merendahkan saudaranya sesama muslim.” (HR. Muslim). Mudah-mudahan Allah Ta’ala senantiasa menjaga lisan dan perbuatan kita dari mencela dan merendahkan orang lain.
Sesetengah orang melakukan body shaming tanpa sedar kerana memang sudah kebiasaan menjadi tabiat buruk mereka. Tentunya orang yang menjadi sasarannya berasa tidak selesa. Perbuatan body shaming itu hakikatnya jelas haram dan ditegah oleh Islam.
Setiap manusia dilahirkan ada keistimewaan tersendiri
Semua ciptaan Allah ada kelebihan serta hikmahnya. Ia tidak sepatutnya dicela dan dihina sedemikian rupa. Allah SWT berfirman dalam Surah at-Tin, ayat 4 yang bermaksud:
“Sesungguhnya Kami menciptakan manusia itu sebaik-baik kejadian.”
Pada zaman Rasulullah SAW, ada seorang sahabat bernama Abdullah bin Mas’ud RA.
Beliau memiliki betis yang kecil. Ketika beliau mengambil ranting untuk dijadikan siwak, angin berhembus dan menyingkap betisnya yang kecil itu lalu sahabat Nabi tertawa kerana melihat betis Ibnu Mas’ud yang kecil itu. Maka Baginda menegur perbuatan sahabat dengan bersabda yang bermaksud:
“Apa yang membuat kalian ketawa?”
Mereka berkata, “Wahai Nabi Allah kerana kedua-dua betisnya yang kurus.”
Maka Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Demi Dzat yang jiwaku berada di tangannya sungguh kedua-dua betis itu lebih berat di timbangan daripada Gunung Uhud.”
Hadis itu menunjukkan, menghina fizikal seseorang adalah haram. Jika kita perhatikan, sahabat tidak mengeluarkan kata-kata hinaan namun hanya ketawa saja. Ia adalah haram dan mereka ditegur oleh Rasulullah SAW.
Allah SWT melarang kita merendah-rendahkan serta menghina orang lain.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum menghina kaum yang lain, (kerana) boleh jadi mereka (yang dihina itu) lebih baik daripada mereka (yang menghina), dan jangan pula wanita-wanita (merendah-rendahkan) wanita lain (kerana) boleh jadi wanita-wanita (yang dihina itu) lebih baik daripada wanita (yang menghina) dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu memanggil dengan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah beriman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” (Surah al-Hujurat, ayat 11)
Antara akhlak Islam adalah apabila orang lain memperlakukan kita dengan buruk, kita membalasnya dengan berbuat baik, tidak dengan keburukan juga. Namun, pada saat orang berbuat jahat kepada kita, biasanya tiada yang lain yang akan kita fikirkan kecuali bagaimana membalasnya dengan kejahatan juga.
Perut yang ditendang, muka yang ditampar, terkena tusukan ataupun pukulan jaga goresan pedang pasti memunculkan rasa sakit. Rasa sakit itu tidak diajar melalui proses pendidikan dan pembelajaran. Rasa sakit itu bersifat semula jadi dan fitrah. Begitu juga rasa sakit yang mendera hati, batin dan perasaan.
Apabila kita dihina, pasti rasa sakit muncul dalam hati kita. Apabila kita difitnah, pasti muncul rasa perit yang mencucuk jiwa. Rawatlah hati dengan sabar dan tetap berdoa.
Doa apabila dizalimi dan dihina
“Ada tiga golongan manusia yang doa mereka tidak akan ditolak: Orang yang berpuasa sampai ia berbuka, pemimpin yang adil, dan doanya orang yang dizalimi. Allah akan mengangkat doanya sampai di atas awan dan dibukakan pintu-pintu langit untuknya, dan Allah berfirman : Demi keagungan-Ku, Aku benar-benar akan menolongmu meskipun tidak serta merta.”(HR. Tirmidzi dan yang lainnya, hadits ini dishohihkan oleh Syaikh Al-Albani).
ALLAH SWT mengabulkan semua doa hambanya yang bertaqwa. Cepat atau lambat keinginan itu pasti akan terkabulkan. Terlebih bagi yang sedang teraniaya, baik lahir maupun batinnya, Insya Allah doa mereka makbul.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.