Kisah mualaf cantik dari Indonesia, Arnita Rodelina Turnip boleh dijadikan inspirasi. Sering mendengar ceramah agama di saluran Youtube telah membuka hati Arnita yang menuntut di Institut Pertanian Bogor (IPB) ini untuk peluk Islam pada 20 September 2015.
Ketika itu Arnita merupakan pelajar baru di IPB. Pada tahun pertama di kolej, Arnita dikehendaki tinggal di asrama.
Mualaf cantik yang terbuka hati peluk Islam kerana sering mendengar ceramah agama di Yotube ini merupakan anak kelahiran Medan, Indonesia.
Arnita yang beragama Katolik (ketika itu) mengenali rakan sebiliknya yang merupakan seorang wanita Islam yang sangat baik.
Setiap jam tiga pagi, rakan sebilik Arnita selalu menunaikan solat tahajjud dan membaca al-Quran sehingga subuh. Ini membuatkan Arnita berasa terganggu.
Berlaku pertengkaran antara mereka. Namun, dari bilik asrama itu jugalah hidayah akhirnya datang kepada Arnita untuk memeluk Islam.
SERING TONTON VIDEO CERAMAH
Arnita sering menonton video ceramah agama oleh Dr Zakir Naik di saluran Youtube. Antara kenyataan Dr Zakir Naik yang pernah Arnita dengar ialah “Islam lebih Kristian daripada Kristian.” Pada mulanya, Arnita tidak dapat menerima kenyataan itu.
Bagaimanapun, Dr Zakir Naik turut menjelaskan secara terperinci tentang sesuatu perkara bersama rujukan kitab dan petikan ayat.
Melalui ceramah agama itulah Arnita mula terbuka hati untuk memeluk Islam lalu dia mula berazam untuk memeluk Islam.
Untuk lebih meyakinkan dirinya untuk memeluk Islam, Arnita mendengar lebih banyak ceramah agama di saluran YouTube. Itulah yang membuatkan dia benar-benar terbuka hati untuk memeluk Islam.
Akhirnya, Arnita memutuskan untuk melafaz syahadah pada 20 September 2015.
Hijabista mendoakan semoga Arnita terus istiqamah bergelar Muslimah sejati seterusnya sukses dalam kehidupannya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jarang Didekati Lelaki, Elfaeza Bersyukur Allah Lindung Dari Maksiat
Isi Kandungan
ToggleSiapa tidak kenal dengan bekas pelakon cantik manis Elfaeza Ul Haq, yang kini telah berhijrah ke arah yang lebih baik sebagai aktivis kemanusiaan.
Menerusi satu temubual bersama pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun baru-baru ini. Di dalam video yang tular di laman sosial berkenaan, Elfaeza dan Ustazah Asma sedang berbicara soal jodoh dan ikatan perkahwinan.
Kenapa Eifa Masih Belum Mendirikan Masjid?
“Eifa adalah lambang wanita yang sabar dalam bab jodoh. Rupa ada, kerjaya ada. Dari segi zahir orang menilai semua lengkap pakejnya.
“Tapi kenapa tidak menikah sedangkan sudah berumur 37 tahun? Pernah ada rasa tertekan tidak bila orang tanya?,” soal Ustazah Asma’.
Artikel berkaitan: Kisah Hijrah Elfaeza Ulhaq, Akui Dunia Hiburan Tidak Semuanya Indah
Menjawab persoalan yang diajukan oleh Ustazah Asma’ dengan tenang, aktivis yang sudah menginjak usia 37 tahun itu berkata, dia meletakkan soal jodohnya kepada ketentuan Allah SWT.
Malah, jelasnya lagi, dia memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga, apabila Allah SWT melindungi dirinya dari pandangan-pandangan lelaki ajnabi, sekaligus terhindar dari melakukan maksiat.
“Nombor satu, kalau nak kata saya ni banyak tolak orang sebenarnya tidak. Malah, Saya bersyukur tak banyak orang yang cuba mendekati saya. Dari saya di usia muda saya bersyukur sebab rasa Allah melindungi saya daripada maksiat.
Tak Suka Tarik Perhatian Lelaki
Selain itu, Eifa menegaskan bahawa, dia kurang gemar untuk menjadi daya penarik kepada lelaki dan merasa kurang selesa apabila ada lelaki yang menyatakan hasrat ‘suka’ terhadap dirinya.
“Orang yang segan itu bagus. Saya tak suka bila lelaki suka saya. Bila ramai yang tanya tak ada ke orang nak merisik atau ajak berkenalan, memang tiada Alhamdulillah.
“Saya rasa lebih tenang, maknanya Allah melindungi dan buat rasa segan dekat hati lelaki-lelaki yang memandang tu,” ujarnya.
Terdahulu, pelakon kelahiran Singapura itu mula mengambil keputusan untuk berhijab dan menutup aurat sepenuhnha pada 2015, sewaktu diundang sebagai penyampai trofi Anugerah Planet Muzik 2015 bersama artis senegaranya, Suhaimi Yusof.
Sumber: Instagram Elfaeza Ul Haq & Youtube Ustazah Asma’ Harun
Artikel berkaitan: Subhanallah CANTIKNYA Daphne Iking Berhijab Dalam Majlis Ilmu, Rupanya Dah 7 Tahun Peluk Islam
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Gurun Di Tanah Arab Semakin ‘Menghijau’, Adakah Kiamat Semakin Hampir?
Isi Kandungan
ToggleTular di sosial media mengenai kawasan gurun di beberapa wilayah barat Arab Saudi mulai menghijau. Imej satelit Terra milik Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) berjaya merakamkan beberapa foto tentang fenomena itu.
Penduduk tempatan juga turut sempat berkongsi keadaan sebenar melalui rakaman video yang dimuat naik di Twitter.
Artikel berkaitan: Sungai Furat Semakin Surut Saban Hari, Adakah Kita Bersedia Hadapi Hari Kiamat?
Semakin kelihatan ‘menghijau’ di sesetengah kawasan…
Dilaporkan oleh SinarHarian, beberapa bahagian di Riyadh telah menyaksikan kerpasan–pemeluwapan wap air yang menyebabkan hujan, hujan batu, dan salji. Kejadian ini berlaku dalam kadar hampir berterusan dalam tempoh yang panjang berbanding tahun sebelumnya pada sudut luar biasa merentasi Mesir dan utara.
Keadaan itu menyebabkan ketidakstabilan atmosfera yang berulang di kawasan barat Saudi dan mengalami hujan lebat secara berterusan secara luar biasa. Ini menjadi faktor bagaimana kawasan gurun di Makkah dan Madinah mulai tumbuh tumbuhan hijau.
Imej yang yang dirakamkan oleh satelit Sentinel-2 di bawah Program Copernicus, sistem pemantau bumi kesatuan itu menjadi saksi fenomena luar biasa ini berlaku.
Adakah kiamat mulai hampir?
Sudah sekian lama orang ramai memperkatakan tentang tanda-tanda kiamat yang mulai muncul satu demi satu. Jadi adakah kiamat bakal tiba tidak lama lagi?
Video recorded by a friend of mine today سبحان اللّه pic.twitter.com/JIcvBOCtDU
— مُحِبّ الدين الحنبلي (@MuhibAldyn) January 7, 2023
Kejadian itu tidak boleh kita sangkalkan, Allah SWT sahaja yang mengetahui bila tiba masanya hari pembalasan akan tiba. Rasulullah SAW pernah bersabda:
“Tidak akan terjadinya hari kiamat sehingga bumi Arab kembali menjadi kebun-kebun dan sungai-sungai dan sehingga pengembara dalam perjalanan di antara Iraq dan Makkah tidak merasa takut kecuali takut tersesat jalan. Dan terjadi banyak Haraj.” Mereka bertanya apakah Haraj Ya Rasulullah? Jawab Baginda; “Pembunuhan.” (Riwayat Ahmad dan muslim)
Munculnya tanda-tanda kecil kiamat
Pembangunan bangunan-banguna serta pusat membeli-belah yang berkedudukan dekat antara satu sama lain. Keadaan ini pernah di sebut melalui sabda Rasulullah SAW melalui satu riwayat:
Baginda SAW bersabda: “Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah muncul banyak fitnah, banyak pembohongan dan pasar-pasar saling berdekatan.” (Riwayat Ahmad)
Dalam masa yang sama, para ulama juga merungkaikan perbuhungan antara kecanggihan teknologi yang mempercepatkan proses pembelian yang mudah dan pantas. Bahkan, pergerakan masa yang terlalu cepat juga patut kita khuatiri.
Artikel berkaitan: Peluang Menjadi Orang Yang Paling ‘Dekat’ Dengan Rasulullah Pada Hari Kiamat, Banyakkan Berselawat
Perubahan antara tahun ke tahun itu amat pantas sehinggakan kita bakal berjumpa bulan Ramadhan tidak lama lagi. Perkara ini juga pernah digambarkan oleh Rasulullah SAW:
“Tidak akan berlaku kiamat sehingga waktu terasa begitu pantas, maka setahun dirasakan seperti sebulan, sebulan dirasakan seperti seminggu, seminggu dirasakan seperti sehari, sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu sambaran api.” (Riwayat Al-Tirmizi)
Apakah mungkin semua ini berlaku sekadar fenomena alam semula jadi? Atau jua tanda Allah SWT memperingati kita kiamat semakin hampir? Kedua-duanya menjadi persoalan.
Menjadi kepastian adalah Kiamat itu bakal tiba dan Allah SWT sahaja yang tahu. Sebagai hambaNya, kita harus mulai rasa takut dan memperbanyakkan masa untuk beribadah.
Kegusaran hati yang membuak-buak itu salurkan dengan ketenangan melakukan ibadah kepada-Nya. InsyaAllah, dengan izinNya, bersama-sama kita dilindungi dengan syafaat Allah SWT.
Sumber: Sinar Harian
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Derhaka Pada Ibu Bapa Dosa Besar Hukumnya, Hukum Ibu Menyakiti Hati Anak? Ini Penjelasannya
Isi Kandungan
ToggleDerhaka pada kedua ibu bapa merupakan dosa besar yang selalu tidak pernah lepas dalam pembahasan khutbah, agama dan sebagainya. Sebaliknya di saat ini, banyak orang tua khususnya ibu yang menyakiti hati anak-anak mereka.
“Redha Allah pada redha orang tua dan murka Allah pada murka orang tua.” (HR. Al Baihaqi)
Dalam hadis Rasulullah SAW diatas memang sudah sering di dengar kaum muslim yang isinya menjelaskan keagungan kedudukan ibu bapa dalam Islam. Akan tetapi, banyak ibu bapa yang sering berlebihan dalam mengertikan hadis tersebut. Semua hal yang terjadi mengharuskan anak-anak tetap taat pada ibu mereka termasuk jika anak sedang berusaha melakukan syariat sedangkan ibu bapa sedang berlaku salah, anak tetap wajib untuk taat pada ibu bapa. Pemahaman ini tentunya adalah pemahaman yang salah besar.
Islam merupakan jalan hidup syumul dan menyeluruh yang tidak menghendaki umat muslim hanya menuruti haknya saja, namun kewajiban juga harus dijalani. Dalam masalah ini, ibu bapa punya kewajiban besar dalam mendidik, membesarkan dan membimbing sesuai dengan syariat Islam.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa salam bersabda, “Seorang suami dalam keluarganya adalah pemimpin dan akan diminta pertanggungjawab atas mereka. Seorang isteri adalah pemimpin di dalam rumah tangga suaminya dan terhadap anak-anaknya dan dia akan diminta pertanggungjawab atas mereka.” [HR. Bukhari].
Ayat Al Quran Tentang Kasih Sayang
Dalam Al Quran sendiri juga sudah menjelaskan tentang perlunya kasih sayang diantara ibu bapa pada anaknya. Rasulullah SAW bersabda, “Telah menceritakan kepada kami Abu Bakr Muhammad bin Aban, telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Fudlail dari Muhammad bin Ishaq dari Amr bin Syu’aib dari bapaknya dari kakeknya, ia berkata; bersabda:
“Tidak termasuk golongan kami, orang yang tidak mengasihi anak-anak kecil dan tidak pula menghormati para orang tua kami.” Telah menceritakan kepada kami Hannad, telah menceritakan kepada kami Abdah dari Muhammad bin Ishaq semisalnya. Hanya saja, ia menyebutkan; “Dan (tidak pula) mengetahui hak para orang tua kami.” [Sunan Tirmidzi 1843].
“Berkata kepada kami Husain bin Muhammad Telah menceritakan kepada kami Sulaiman yakni Ibnu Qaum, dari Ziyad bin Ilaqah ia berkata; Saya mendengar Jarir berkata; Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Siapa yang tidak mengasihi, maka ia tidak akan dikasihi. Dan siapa yang tidak mau memaafkan, maka ia tidak akan dimaafkan (diampuni).” [Musnad Ahmad 18447].
Berkata kepada kami Sufyan dari Amru, dari Abu Qabus, dari Abdullah bin Amru bin al Ash dan sampai kepada Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam, beliau bersabda,
“Orang-orang yang mengasihi akan dikasihi oleh ar Rahman, oleh karena itu kasihilah penduduk bumi maka niscaya penduduk langit akan mengasihi kalian. Dan rasa kasihan adalah sebuah jalan dari ar Rahman, barangsiapa yang menyambungnya maka ia akan tersambung untuknya, dan barangsiapa memutuskannya maka ia akan terputus untuknya.” [Musnad Ahmad 6206].
Berkata kepada kami Ibnu Abu Umar, telah menceritakan kepada kami Sufyan dari Amr bin Dinar dari Abu Qabus dari Abdullah bin Amr ia berkata; Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Orang-orang yang mengasihi akan dikasihi oleh Ar Rahman, berkasih sayanglah kepada siapapun yang ada dibumi, niscaya Yang ada di langit akan mengasihi kalian. Lafazh Ar Rahim (rahim atau kasih sayang) itu diambil dari lafazh Ar Rahman, maka barang siapa yang menyambung tali silaturrahmi niscaya Allah akan menyambungnya (dengan rahmat-Nya) dan barang siapa yang memutus tali silaturrahmi maka Allah akan memutusnya (dari rahmat-Nya).”
Berkata Abu ‘Isa: Ini merupakan hadits hasan shahih. [Sunan Tirmidzi 1847].
Ibu Bapa Boleh Derhaka
Seorang lelaki yang menemui Umar bin Khathab untuk menceritakan sikap anak derhaka dalam islam yang dilakukan anaknya dan kemudian Umar memanggil anak tersebut kemudian menegur apa yang sudah dilakukan anak tersebut. Anak itu kemudian bertanya, “Wahai Amirul Mukminin, bukankah anak memiliki hak atas orang tuanya?” dan Umar membenarkan perkataan anak tersebut menjelaskan jika haknya adalah memilihkan calon ibu yang baik untuknya, memberi nama baik dan mengajari tentang Al Quran.
Anak tersebut kemudian berkata, “Wahai Amirul Mukminin, ayahku tidak melakukan satu pun dari apa yang tuan sebutkan itu. Ibuku wanita berkulit hitam bekas budak beragama Majusi. Ia menamakanku Ju’lan (tikus atau curut), dan dia tidak mengajariku satu huruf pun dari Al-Qur’an.
Umar lalu memandangi orang tua tersebut sembari berkata, “Engkau datang mengadukan kedurhakaan anakmu, padahal engkau telah durhaka kepadanya sebelum ia mendurhakaimu. Engkau telah berbuat buruk kepadanya sebelum ia berbuat buruk kepadamu.”
Ibu Bapa Boleh Berdosa Pada Anak
Salah satu tujuan penikahan dalam islam adalah memperoleh keturunan. Ibu bapa yang menyakiti hati anak di tambah dengan menelantarkan anaknya tersebut mengertikan jika orang tua baik ayah atau ibu sudah berdosa pada anak anaknya.
Rasulullah SAW bersabda, “seseorang dikatakan telah cukup berbuat dosa bilamana menelantarkan orang-orang yang menjadi tanggungannya. [H.R. Abu Daud dan Nasa’i].
Sebagai seorang ibu, kita tidak boleh beranggapan jika sebagai orang tua bisa memperlakukan anak seenaknya sebab orang tua memiliki tanggung jawab tidak hanya dalam urusan melahirkan, namun berbagai penyebab lainnya di dunia. Segala keperluan mulai dari kasih sayang, makanan, pakaian, tempat bernaung dan juga pendidikan anak dalam islam menjadi kewajiban ibu bapa terhadap anaknya.
Memberikan Pernyataan Negatif Tentang Anak
Perkataan yang menyinggung hati anak bahkan yang menurut ibu bapa adalah hal sepertimana akan membuat anak menjadi seperti orang yang anda katakan tersebut. Ini merupakan hal berbahaya dan boleh menjadi doa dari ibu untuk anaknya. Perkataan positif sebaiknya lebih diperbanyak agar membuat anak boleh lebih berkeyakinan diri.
Islam sangat menentang kekerasan anak dan bahkan sampai tidak memperlihatkan kasih sayang juga dilarang dalam Islam. Saat Rasulullah SAW mencium Hasan bin Ali dan duduk bersama Aqra bin habis, Al Aqra kemudian berkata,
”Saya mempunyai sepuluh anak, tidak seorangpun di antara mereka yang pernah saya cium”. Rasulullah memandang kepadanya, kemudian berkata: ”Siapa yang tidak mengasihi tidak akan di kasihi”. [Shahih Bukhari jilid IV, hadis ke 1696].
Islam Dari Segi Kehidupan
Perbuatan memisahkan agama dari kehidupan keluarga, masyarakat dan juga negara akan menyebabkan terbentuknya individu yang tidak memiliki perasaan. Kekerasan yang di terima anak anak dalam bentuk fisik dan juga psikis menjadi bukti jauhnya orang tua khususnya ibu dari hati nurani dan perlu diketahui jika nurani dan perasaan hanya boleh diasah dengan jalan cara menigkatkan iman dan taqwa.
Seorang ibu yang mempunyai iman tidak akan pernah tegar untuk menyakit hati anak hanya untuk melampiaskan rasa amarahnya, menghancurkan karakter anak sehingga perkataan negatif dan bahkan sampai membunuh perasaan mereka. Islam selalu menyuarakan perlindungan dan juga kasih sayang untuk anak anak seperti yang sudah diperlihatkan Rasulullah SAW terhadap anak anak-Nya dan juga cucu bahkan sampai anak dari para sahabat. Rasulullah SAW bersabda,
“Man laa yarham laa yurham” siapa yang tidak mencintai maka dia tidak dicintai. [HR. Muslim].
Dalam Al Quran, Allah juga sudah memberi landasan serta model universal dalam urusan mendidik anak perempuan dan lelaki. Menyampaikan aqidah untuk awal pendidikan yang dilakukan Luqman pada anaknya dan juga kasih sayang Rasulullah SAW pada anaknya sudah tertulis dalam Al Quran. Allah SWT sangat menekankan pada pentingnya ketaatan seorang anak pada orang tua dan berbuat baik untuk ibu dan ayahnya, akan tetapi semua ini juga berkaitan dengan hubungan timbang rasa.
Orang tua yang hanya mendidik anak sekadarnya tanpa memperhatikan nilai dari kasih sayang moral dan juga keimanan, maka balasan yang akan diterima orang tua juga hanya sekadarnya sahaja.
Merancang Rumah Tangga Islami
Ibnul Qoyyim berkata, “Bila terlihat kerosakan pada diri anak-anak, majoriti penyebabnya adalah bersumber dari orang tuanya.”
Bekal nilai Islam yang sudah ditanamkan sejak awal pada anak akan menjadi batasans baginya untuk tidak melakukan kezaliman dan melindungi anak tersebut dari perbuatan tidak baik yang dilakukan orang lain. Sebuah keluarga yang terus menerus menerapkan nilai agama Islam akan menjadi pemutus kezaliman dalam diri anak tersebut. Amirul Mukminin Ali ra juga memberikan teladan,
“Ajarilah diri-diri kalian dan keluarga-keluarga kalian kebaikan dan bimbinglah mereka.”
Oleh karena itu, menghadirkan keperibadian yang kuat dan sanggup memberikan kekuatan pada orang lain harus dilakukan sejak awal dimulai dari merancang atau membangun rumah tangga menurut islam. Cara mendapatkan jodoh menurut islam akan menjadi hal terpenting yang harus diperhatikan sebab akan menentukan kualiti dari keturunan. Inilah yang membuat Islam mengajarkan untuk tidak memulai rumah tangga dengan zina kerana hamil di luar nikah bukan cara baik untuk mendapatkan anak yang baik juga.
Saat sedang mengandung, ibu juga dianjurkan untuk memperbanyak membaca Al Quran dan berzikir yang boleh mendekatkan diri pada Allah SWT. Janin yang mendengar segala hal baik, maka Insya Allah juga akan terlahir bersih.
“Janganlah kalian menyumpahi diri kalian, dan jangan pula menyumpahi anak-anak kalian dan harta kalian, kalian tidak mengetahui saat permintaan (do’a) dikabulkan sehingga Allah akan mengabulkan sumpah itu” [HR.Muslim].
Dalam hadis diatas dikatakan jika ada waktu baik yang akan mengabulkan doa dan dalam hadis diatas sudah tertera larangan untuk menyumpahi diri, anak anak dan juga harta kerana sumpah tersebut tidak bertepatan dengan waktu dari pengabulan doa sehingga boleh selamat dari ancaman bahaya.
Namun pada kenyataannya, banyak ibu yang melaknat dan menyumpahi anak mereka meskipun dengan alasan tidak memiliki maksud seperti itu.
SUMBER : DAKWAH SANTAI
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI