Penjagaan kulit adalah suatu benda yang sangat di titikberatkan oleh setiap orang yang suka akan menjaga penampilan diri. Bahkan, ada juga yang sanggup untuk menghabiskan ratusan hingga ribuan ringgit untuk menjaga kecantikan, keanjalan, dan awet muda kulit yang sihat dan cantik.
Sebenarnya ramai yang alpa tentang penjagaan kulit muka, ianya ada kaitan rapat dengan penjagaan usus. Jika usus tidak seimbang, ia boleh berlaku iritasi atau kerengsaan pada kulit.
Penjagaan usus beri kelebihan kepada kesihatan kulit
Ya, tidak di nafikan ramai yang kurang berpengetahuan mengenai penjagaan kulit yang cantik bermula dari penjagaan usus. Seperti yang di nyatakan, jika berlaku ketidakseimbangan pada usus, muka akan mula beritasi, rasa sensasi yang terbakar atau rengsa.
Menurut hellodoktor, seperti yang kita sedia maklum bahawa organ terbesar pada badan kita adalah kulit. Ia adalah satu sistem yang paling utama untuk tubuh mengeluarkan apa-apa jenis toksin, racun, dan sisa yang datang dari dalam badan.
Meski pun kulit merupakan satu benteng pertahanan pertama buat tubuh badan kita dari serangan bakteria dan patogen yang berbahaya–ia berkait rapat juga dengan kesihatan usus yang menentukan keadaan kulit. Namun, bagi mengenalpasti masalah kulit datangnya dari masalah sistem pencernaan itu amat sukar untuk di lakukan.
Ada sesetengah kes yang berlaku, kedua-dua organ kulit dan usus berkait rapat sebagai contoh jika seseorang individu yang alah pada susu, mereka yang makan atau minum bahan tenusu akan menjadi senak perut, sensasi yang gatal, naik ruam atau juga boleh ekzema.
Kulit berjerawat berpunca dari usus yang kotor
Jadi bagaimana untuk kita kenal pasti punca masalah keadaan kulit itu adalah berkait rapat dengan usus? Secara dasarnya ia berfungsi sama seperti bagaimana uss memberikan tindakbalas dengan otak. Ia membawa maksud bagaimana usus juga turut boleh berhubung dengan kulit melalui usus–paksi kulit (gut-skin axis).
Ada laluan yang memboleh usus dan kulit sering berinteraksi terutama sekali menerusi mikrobioma. Kebanyakan keadaan kulit mempunyai simptom yang seakan-akan dengan keadaan usus dan ia sering berkait rapat serta mempengaruhi antara satu sama lain. Oleh dengan itu, usus yang kotor atau tidak seimbang boleh di lihat dengan keadaan kulit yang naik bermasalah seperti muka berjerawat.
Artikel berkaitan: Makan Burger, Kurang Bersenam Salah Satu Tabiat Yang Mengalakkan Kanser Usus, Kata Pakar
Jika hendak di bincangkan soal jerawat, ia merupakan satu masalah yang kompleks kerana anda perlu tahu adakah ia berpunca dari hormon atau pencernaan–mungkin hasil gabungan antara kedua-duanya.
Di sini kami ingin pencerahkan masalah jerawat dari punca saluran pencernaan di mana kaitan rapat antara kesihatan usus, hormon, dan jerawat adalah suatu benda yang unik. Sebagai contoh, hormon seperti estrogen dan progesteron, keduanya boleh mempengaruhi kelajuan kadar makanan yang di cerna dan bergerak di sepanjang saluran pencernaan.
Oleh dengan itu, wanita yang sering di datangi haid boleh mengalami masalah kembung perut, cirit-birit dan sembelit. Usus yang menjadi peranan penting dalam penyingkiran estrogen oleh badan. Jika berlaku sistem penyingkiran yang perlahan oleh kerana masalah sembelit, atau hati terbeban kerana toksin yang tinggi dalam aliran darah, penyingkiran dan metabolisma untuk estrogen akan menurun.
Oleh dengan demikian, berlakunya masalah seperti ketidakseimbangan hormon. Jumlah estrogen yang tinggi adalah menjadi satu keadaan yang biasa di alami oleh kebanyakan wanita dan gejala bertambah bruk pada separuh kedua kitaran haid mereka. Erti kata lain, ia membawa maksud kepada tahap estrogen berada pada jumlah yang lebih tinggi berbanding progesteron, ia boleh membawa masalah seperti:
- Muka berjerawat
- Kembung perut pramentruasi
- Kekejangan pada perut
- Perubahan emosi
- Metabolisma badan yang lemah
- Sakit kepala
- Keinginan untuk makan makanan yang manis
Ada juga masalah lain yang boleh di lihat melalui masalah usus yang kotor atau tidak seimbang ini, seperti:
Beban tekanan yang berlebihan
Mengikut kajian yang telah di lakukan sebelum ini, kesihatan usus dan tekanan boleh memberikan impak negatif terhadap pelindung kulit yang berfungsi sebagai pertahanan dari antimikroba. Situasi ini menyebabkan masalah kulit akan bertambah menjadi lebih teruk/ Bagi menyembuhkan keadaan kulit, penting sekali untuk ‘menyemai’ baja pada usus dengan nutrien yang sihat dan penting. Bagi kes usus yang kotor dan bermasalah ini melibatkan bakteria yang cukup bermanfaat seperti Bifidobacterium, Lactobacillus, dan Streptoccocus.
Mula atasi masalah usus yang kotor
Anda boleh mencari alternatif untuk menjaga kesihatan kulit–mulakan dengan penjagaan usus dari menjadi koto atau bocor yang boleh menjadi punca kepada kulit yang bermasalah dengan pengambilan makanan kaya probiotik dan prebiotik.
Antara contoh makanan yang mengandungi probiotik adalah:
- Kefir
- Sup miso
- Kimchi
- Tempe
- Yogurt
Manakala makanan yang tinggi prebiotik pula adalah seperti:
- Madu
- Bawang putih
- Epal
- Pisang
- Asparagus
Jadi tak salah untuk anda cuba jaga kesihatan usus dari sekarang bagi mengekalkan dan mencegah masalah kulit. Penampilan terjaga, kesihatan juga terjamin!
Sumber info dan gambar: Hellodoktor dan Canva
Artikel berkaitan: Perut Berbunyi Sebagai ‘Penggera Badan’, Tapi Kalau Selalu Bunyi Tanda Masalah Jangkitan Di Usus
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI