Siapa tidak mengenali aktres kesayangan negara seberang, Laudya Cynthia Bella yang juga merupakan selebriti popular dari Indonesia. Bukan sahaja sikapnya yang santun, tetapi memiliki seraut wajah yang halus dan mulus. Malah senyuman manis yang terukir di bibir membuatkan penampilan dirinya tak puas mata memandang.
Ketika sesi fotografi dengannya, Hijabista sempat bertanyakan rutin penjagaan harian kecantikan wajah Laudya Cynthia Bella atau Bella yang mempunyai pengikut di laman instagram lebih 38.6 juta ini.
Artikel Berkaitan: Tak Mahu ‘Sentuh’ Instagram Ketika Bulan Ramadan, Laudya Cynthia Bella Serah Urusan Kepada Pekerja
Menurut Bella dia memang sangat menitik beratkan soal penjagaan wajah kerana ia anugerah dari Allah.
“Biasanya kalau hari tiada shooting, memang Bella akan biarkan wajah polos tanpa mekap even tidak juga mengenakan foundation. Selalunya Bella akan memakai krim, vitamin, serum dan juga ginseng untuk muka.
“Bella juga tidak lupakan penggunaan oil ginseng pada waktu malam, mask dan sunblock setiap kali keluar rumah.
“Paling tidak dilupakan adalah minum air putih. Lagi banyak minum lagi bagus untuk kesihatan. Bella memang tidak ambil minuman teh ataupun soda,” ujarnya yang sudah tiga tahun mengenakan hijab.
Bagi Bella walaupun sudah berhijab, tetapi seseorang itu masih boleh bergaya ‘on point’ mengikut citarasa masing-masing.
“Bagi Bella walaupun kita berhijab tetap masih boleh stailo tetapi memenuhi ciri wanita Islam. Misalnnya Bella selesa menggayakan baju lengan panjang dipadankan dengan seluar atau skirt labuh
“Juga menggayakan hijab yang menutup dada dan Bella juga perlahan-lahan belajar untuk memakai stoking tangan dan kaki serta baju pula tidak terlalu ketat. Bella juga lebih suka menggayakan hijab square tetapi masih beruasaha untuk cuba untuk menggayakan shawl.
“Sebenarnya Bella seorang yang sangat simple. Asalkan cantik dan berpadanan dengan gaya Bella sebagai seorang isteri dan wanita Muslimah.
“Dalam hal ini Bella suka gaya Lfashion. Sejak berkahwin, Bella sangat menitik beratkan soal aurat dan suami Bella gemar Bella memakai yang longgar dan tidak menampakkan susuk tubuh,” tambahnya.
6 barang yang memang wajib ada dan dibawa oleh Bella dalam beg
Artikel Berkaitan: Kejayaan Dunia Senang Dilakukan Dengan Usaha, Kejayaan Di Akhirat Bukanlah Mudah Buat Laudya Cynthia Bella.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM LAUDYA CYNTHIA BELLA