Sejak menyertai rancangan Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7), penyanyi irama tradisional, Noraniza Idris sering menjadi tumpuan ramai.
Sentiasa mendapat pujian saban minggu, namun tidak kurang ramai juga netizen yang mengkritik prestasi persembahannya biarpun juri menyukainya.
Tenang menghadapi segala cacian, beliau yang lebih mesra disapa Kak Ani menganggap komen-komen tersebut sebagai pembakar semangat untuknya dan juga sebagai penghilang stres sewaktu menjadi peserta GV7 ini.
Kak Ani gelak je baca komen netizen. Kelakar sangat, seronok baca. Thank you sangat-sangat tau sebab korang begitu ambil berat, begitu sibuk memerhati & banyak masa memberi komen & menjuri.
Walaupun tak profesional, tapi oklah komen korang, Kak Ani suka jugak untuk hilang-hilang stress kat #GV7 ni. Teruskan lagi pleaseeee.. 🤣😍
Di ruangan komen, ramai yang memuji sikap positifnya itu yang mengabaikan segala kecaman daripada haters.
Semangat beginilah yang kita mahukan. All the best Kak Ani!