Sejak menyertai rancangan Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7), penyanyi irama tradisional, Noraniza Idris sering menjadi tumpuan ramai.
Sentiasa mendapat pujian saban minggu, namun tidak kurang ramai juga netizen yang mengkritik prestasi persembahannya biarpun juri menyukainya.
Tenang menghadapi segala cacian, beliau yang lebih mesra disapa Kak Ani menganggap komen-komen tersebut sebagai pembakar semangat untuknya dan juga sebagai penghilang stres sewaktu menjadi peserta GV7 ini.
Kak Ani gelak je baca komen netizen. Kelakar sangat, seronok baca. Thank you sangat-sangat tau sebab korang begitu ambil berat, begitu sibuk memerhati & banyak masa memberi komen & menjuri.
Walaupun tak profesional, tapi oklah komen korang, Kak Ani suka jugak untuk hilang-hilang stress kat #GV7 ni. Teruskan lagi pleaseeee.. 🤣😍
Di ruangan komen, ramai yang memuji sikap positifnya itu yang mengabaikan segala kecaman daripada haters. Semangat beginilah yang kita mahukan. All the best Kak Ani!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Akhirnya Bebas Covid-19! Keluarga ‘TikTok’ Dr.Samsu Ambia Kini Sembuh Sepenuhnya
Keluarga Pakar dan Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Teluk Intan, Perak, Dr Samsu Ambia Ismail yang sebelum ini positif Covid19 disahkan sembuh.
Berita gembira itu dikongsikan anak sulung keluarga itu, Erika Syamim Samsu Ambia, 17, di laman Twitter semalam.
Dalam satu kiriman, dia berkongsi sekeping foto mereka sekeluarga dengan kapsyen “Finally Covid free free!!”
Sebelum itu, beliau memuat naik sebuah video TikTok yang menyaksikan mereka sekeluarga menukar pakaian hospital kepada pakaian biasa.
Okay so kitorg sekeluarga dah discharge!!! Thank you so mucchhh for all the kind prayers ♥️♥️ heres probably our last tiktok together dkt hospital pic.twitter.com/cKotRh7wKq
— Erika (@errikaaaaaaaa) April 5, 2020
“Okay so kitorang sekeluarga dah discharged! Thank you so much for all the kind prayers. Here’s probably our last TikTok together dekat hospital,” tulisnya.
Perkongsian gadis itu dihujani rasa gembira dan syukur para netizen yang mendoakan mereka sekeluarga diberi kesihatan baik berpanjangan.
Sementara itu, dalam perbualan dengan Bernama di Twitter, Erika Syamim berkata, mereka disahkan sembuh selepas menjalani tiga ujian dan kini perlu menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari.
“We have to (adhere) to strict quarantine. Food and raw materials will be sent to us by authorities,” katanya. (Kami perlu mematuhi kuarantin yang ketat. Pihak berkuasa akan menghantar makanan dan bahan asas kepada kami).
Erika Syamim dan empat adiknya yang berusia antara 8 dan 15 tahun sebelum ini menjadi perbualan di media sosial selepas beliau berkongsi video TikTok mereka yang sedang dikuarantin di hospital.
Dalam pada itu, katanya, mereka sekeluarga kini dalam proses mencuci dan nyah kuman kediaman mereka.
“Sekarang kami luangkan masa as a healthy family (sebagai keluarga yang sihat) di rumah. And we also helping out there who are asking us about this disease (Kami juga membantu mereka yang bertanya di luar sana mengenai penyakit ini),” katanya.
Erika Syamim berkata, selepas tamat kuarantin 14 hari di rumah, bapanya boleh kembali bertugas dan mereka boleh melakukan aktiviti normal sebagai sebuah keluarga.
kredit: BERNAMA
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Comelnya Lofa! Peminat Terhibur Bila Neelofa Cuba Nyanyi Lagu Rap Bersama Bunga
Sering melakukan siaran langsung ataupun IG Live sewaktu tempoh PKP ini, selebriti terkenal iaitu Neelofa mengujakan para peminatnya apabila dia cuba untuk menyanyikan lagu rap bersama penyanyi rap remaja iaitu Bunga.
Dalam ‘live’ tersebut, Bunga dilihat cuba mengajar Neelofa cara yang betul untuk menyanyikannya mengikut lenggok yang tertentu. Anda bolehlah cuba menyaksikan telatahnya dalam video ini!
View this post on InstagramHahahaha cheeky lofa! 😂😂😂 #Neelofa #VideoNeelofa
A post shared by neelofa fans (@lofa.videos) on
Ramai yang terhibur dengan gelagatnya itu. Memang comelkan bila Lofa rap!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Biarpun Tak Dapat Melihat, Pasangan OKU Bangga Rai Kejayaan Anak Di Hari Konvokesyen
Cacat penglihatan tidak menjadi halangan buat pasangan suami isteri Shaari Arifin, 56, dan Fatimah Che Jaafar, 49, bagi meraikan hari konvokesyen anak tunggal mereka sempena Istiadat Konvokesyen ke-91 Universiti Teknologi MARA (UiTM) Melaka di Dewan Taming Sari, Lendu, Alor Gajah pada beberapa hari yang lalu.
Walaupun tidak dapat melihat, namun perasaan itu tetap teruja apabila memegang skrol anak, Siti Salmah Salim, 22, bagi Diploma Pengurusan Perniagaan biarpun hanya dapat merasa.
Ibu mana yang tidak bangga apabila melihat anaknya berjaya bukan? Bagi Fatimah, dia berasa begitu bangga dan gembira apabila melihat kejayaan anak kandungannya itu. Biarpun dia membesar dalam serba kekurangan, namun dia membuktikan bahawa dia juga boleh berjaya seperti orang lain.
Jauh di sudut hatinya, dia terharu diberi penghormatan masuk ke dalam dewan mendengar panggilan nama anaknya bersama siswazah lain walaupun tidak dapat melihat.
“Saya tidak dapat melihat sejak berusia dua tahun akibat sakit. Apapun saya tetap reda dan bersyukur malah sentiasa berdoa zuriat saya ini memperoleh kejayaan dunia dan akhirat.
“Namun kejayaannya adalah atas usaha gigih dan ketekunannya untuk mengubah kehidupan,” katanya yang juga busker di Danau Kota dan Jalan Tuanku Abd Rahman, Kuala Lumpur.
Ujarnya, dia sentiasa memberi galakan, semangat, dorongan dan motivasi untuk anaknya itu berjaya dalam pelajaran dan kehidupan.
Kebiasaannya, dia dan suami keluar dari rumah mereka di Setapak kira-kira 10 pagi hingga lewat malam mencari rezeki melalui busking. Sememangnya dia sangat gembira apabila mengenang sokongan arwah suami dan pasangan (Shaari) yang memberi impak kejayaan terbabit.
Sementara itu, Siti Salmah berkata kejayaan itu dihadiahkan kepada ibu, bapa tirinya dan arwah bapa kandung, Salim Ismail yang juga cacat penglihatan walaupun sudah meninggal dunia pada 2004 akibat strok dan darah tinggi.
“Merekalah sumber kekuatan saya untuk terus melanjutkan pelajaran. Kini saya menyambung pelajaran peringkat ijazah dalam bidang perakaunan di UiTM Jalan Hang Tuah,” katanya kepada Harian Metro.
kredit: Harian Metro
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI