Isi Kandungan
ToggleDisangka hamil ketika sedang menuntut di universiti menjadi dugaan berat buat gadis ini. Ramai yang salah sangka kerana perutnya yang membesar seperti orang yang sedang hamil. Setelah dijalankan pemeriksaan, rupa-rupanya dirinya didiagnos dengan cyst seberat 12kg.
Di twitter @nrezzxti, dia telah berkongsikan secara mendalam mengenai pengalamannya.
Ditegur ramai kerana perut.
Dirinya tepalit pula dengan isu buang anak. Risikonya ialah rahim mungkin terpaksa dibuang. Peluangnya 50-50. Sampai ke hari ini masih terasa kesan biusnya.
Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.
Antara pengajaran yang dapat dirinya kongsi kepada semua kaum wanita.
sumber : twitter @nrezzxti
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Rindu Pada Arwah Babah Tak Pernah Hilang”- Alya Iman Kenang Setahun Pemergian Pelakon, Azmil Mustapha
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Begitu juga darah seni yang mengalir dalam diri anak perempuan kesayangan pelakon Ali Setan, Allahyarham Azmil Mustapha, Alya Iman. Pemilik nama yang sangat cantik ini bukan sahaja diaanugerahkan seraut wajah yang jelita tetapi juga bakat lakonan yang sangat bagus.
Memulakan kerjaya dalam bidang seni sebagai model untuk majalah dan juga untuk ruang digital bagi label jenama hijab/pakaian popular sebelum melangkah kaki sebagai seorang pelakon.
Dia kini muncul sebagai pelakon untuk watak Syakifa dalam drama Senafas Rindu di saluran Astro Ria HD lakonan bersama beberapa selebriti popular dan hebat seperti Liza Abdullah, Syafiq Kyle, Elizaberth Tan, Azizah Mahzan dan Wan Sharmila memberikan bakat yang juga sehebat arwah bapanya.
Selepas kehilangan arwah Babah yang sangat disayanginya, Alya meneruskan kehidupannya seperti biasa. Masih lagi menerima tawaran sebagai model dan juga membuat kerja berkaitan dalam bidang seni.
Bercerita bagaimana boleh terjun ke dunia lakonan, Alya memberitahu dia menerima panggilan secara mengejut dari pihak Astro.
“Pada mulanya memang was-was nk ambik tawaran berkenaan, tetapi apabila fikir balik mungkin ini rezeki Alya, takkan nak tolak begitu sahaja. Jadi Alya tetap terima tawaran berkenaan walaupun ketika shooting berkenaan tengah ambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
“Alhamdulillah drama lakonan pertama Alya Senafas Rindu tengah trending No 1. Insya-Allah bulan depan Alya akan masuk set baru, tetapi buat masa ini banyak ambil job photoshoot sahaja,” ungkap Alya ketika dihubungi memberitahu perkembangan terkininya.
Biarpun sibuk dengan pelbagai urusan kerja, namun bagi Alya ia sedikitpun tidak melupakan rasa rindu pada arwah ayahnya.
“Kerinduan pada arwah Babah memang tak penah akan hilang. Cuma Alya banyak sibukkan diri untuk elakkan emosi itu menguasai diri.
“Alya memang jenis tak boleh kalau tak kerja dan hanya duduk diam di rumah. Oleh sebab itu Alya sanggup sibukkan diri dengan pelbagai aktiviti harian.
“Alya harap yang semua penonton happy dengan lakonan Alya ini. Dan Alya juga berharap akan dapat tawaran lain di masa akan datang.
“Memang tekad Alya untuk meneruskan perjuagan dalam industri ini dan insya-Allah akan berusaha menjadi pelakon yang lebih baik,” ujarnya yang turut menjadikan arwah Babah sebagai idola dalam dunia lakonan.
Dalam salah satu posting di laman Instagramnya Alya juga ada memberitahu sudah setahun pemergian Babahnya itu (pada 14/2) dan dia masih mengingat setiap momen terakhir mereka berdua.
Sewaktu mahu mengejutkan Babahnya itu dari tidur, rupanya arwah sudah pergi meninggalkan dia buat selama-lamanya.
Pemergian Babahnya itu Alya anggap sebagai kehilangan terbesar dalam hidupnya selama ini. Walaupun kini tanpa kehadiran Babah di sisi tetapi dia tahu Babahnya akan sentiasa ‘melihat’ dirinya dan berharap akan dapat banggakan arwah satu hari nanti.
Dia akan sentiasa merindui Babah kesayangannya itu dan berdoa semoga dapat bertemu nanti di syurga Firdausi.
Pembabitan Alya yang cantik berhijab sebagai seorang pelakon ini turut mendapat pujian netizen. Masing-masing memuji lakonannya yang sangat natural dan mengesankan.
anis_1517 I like your acting
mizzarazak All the best iman!
izztulhan So natural. Loveee.
Sebenarnya sebelum ini Alya juga pernah beberapa kali menjadi model untuk Hijabista. Masih ingat setiap kali ada sesi fotografi, Alya akan datang ditemani arwah bapanya.
Hijabista doakan semoga kerjaya Alya akan terus bersinar kerana dia mempunyai bakat besar dalam dunia seni seperti bapanya.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM ALYA IMAN
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Usia Baru 9 Tahun, Tukang Jahit Cilik Ini Sudah Hasilkan 100 Pasang PPE Buat Frontliners
Isi Kandungan
ToggleWalaupun baru berusia sembilan tahun, Nur Afia Qistina Zamzuri, sudah ada rasa tanggungjawab yang perlu sama dilakukan bagi melawan wabak Covid-19.
Pelajar tahun tiga Sekolah Kebangsaan (SK) Kepis, Kuala Pilah ini menggunakan kemahirannya untuk menjahit pakaian peralatan perlindungan diri (PPE) untuk digunakan petugas barisan hadapan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah.
Sudah belajar menjahit sejak berusia lima tahun, dia menggunakan masa terluang di rumah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk melaksanakan misi itu dengan bantuan ibunya, Hasnah Hud.
Hasnah berkata, anak sulung daripada tiga beradik itu sendiri yang menawarkan diri untuk berbuat demikian selepas mendapat tahu tentang pasukan perubatan negara termasuk di HTAN memerlukan PPE yang banyak dan bekalannya semakin berkurangan.
“Saya mendengar tentang situasi itu dan berjumpa kakitangan HTAN untuk bertanya jenis bantuan yang saya boleh berikan kerana saya memang tukang jahit. Mereka mengalu-alukan jika saya dapat menjahit PPE untuk disumbangkan kepada mereka.
Semuanya dijahit sendiri
“Apabila saya ceritakan pada Afia tentang hasrat saya untuk menjahit PPE, dia pun turut sama teruja mahu membantu.
“Malah, semua PPE yang kami hasilkan sehingga kini dijahit sendiri oleh Afia. Saya cuma bantu kemaskan di bahagian leher sahaja,” kata Hasnah kepada Astro AWANI.
Selain itu, Hasnah juga menjelaskan anaknya itu sudah mula menjahit dan menjual hasil jahitannya kepada penduduk sekitar kawasan perumahan mereka ketika berusia tujuh tahun.
Umur 7 tahun sudah menjual hasil tangan sendiri
“Dia selalu tengok saya menjahit. Permulaannya ketika berusia lima tahun, dia hanya bertanya, lepas tu dia tolong sikit-sikit.
“Masuk usia tujuh tahun, saya mula bagi dia kain-kain perca sebab nampak minat dia ke arah itu. Kemudian dia jahit sarung bantal dan jual kepada penduduk kampung,” kata Hasnah yang bertugas sepenuh masa sebagai pembantu pengurusan murid di SK Felda Kepis.
Ujar Hasnah, Afia mengambil masa kira-kira sejam untuk menyiapkan sepasang PPE.
Setakat ini, sebanyak 100 pasang PPE sudah dihantar untuk kegunaan petugas di HTAN dan mereka sedang berusaha menghasilkan lebih banyak PPE.
Hasnah berasa gembira dan terharu kerana sumbangan kecil dia dan anaknya dapat membantu pihak yang memerlukan. Harapnya ini dapat memberikan inspirasi buat anggota masyarakat untuk sama-sama memainkan peranan dalam menangani wabak COVID-19.
kredit: Astro AWANI
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Elak Covid-19, Pengantin Adakan Wedding Berkonsep Drive-Thru. Uniknya!
Isi Kandungan
TogglePenularan wabak covid-19 memang merisaukan semua masyarakat dunia. Malaysia juga telah mengumumkan Perintah Pengawalan Pergerakan bagi membendung masalah ini daripada terus melarat.
Selain itu, ramai juga pasangan mempelai yang mengambil keputusan untuk menangguhkan majlis perkahwinan mereka kerana risau dengan situasi yang terjadi ketika ini.
Namun baru baru ini, tular foto megenai pasangan pengantin yang mengadakan majlis persandingan mereka dengan konsep yang begitu unik sekali iaitu drive-thru! Menariknya, para jemputan tidak perlu turun daripada kenderaan mereka malah bungkusan makanan juga sudah tersedia buat mereka.
MAJLIS KAHWIN DRIVE THRU 2020.
Bersempena Isu Covid 19
1) Isyarat Tangan Sebagai Tanda Salam.
2)Tabung Sumbangan Pengganti Salam Keruk
3)Pihak Pengantin Hulur Makanan
4)Tetamu Ambil Makanan,Isyarat tangan Kembali Tanda Terima Kasih.
Kurangkan ke tempat terbuka dan bersentuhan.Kerana kami Prihatin.
I FOLLOW GUYS~
FB Dinas Bridal
Page Weddings By Dinas
IG @dinas_bridal
Cc gambar cun,tone lawa meletup namati.pegantin berpeluh pun mekap Still Lawa dalam gambar Farreed Sahar 🥰👍👍👍
Tangan Didada Sebagai Salam Hormat.(Elakkan Berjabat Tangan)
Tabung Sumbangan (Salam Keruk Tanpa perlu bersentuhan)
Bungkusan Makanan Dihulurkan Oleh Pegantin Sebagai Tanda Penghargaan
Tangan Di Dada Menunjukkan Tanda Terima Kasih.
kredit: Dinas Bridal, Farreed Sahar
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI