Bahagia melihat anaknya mendirikan rumah tangga, ibu Neelofa iaitu Datin Noor Kartini akui sukar untuk melepaskan anaknya pergi namun tetap mendoakan yang terbaik buat pasangan tersebut.

Luah pengasas Aunty Tini Kitchen itu di laman instagramnya, dia berharap anaknya yang sering disapa ‘Love’ itu dapat menjadi isteri yang taat pada suami iaitu Muhammad Haris Datuk Seri Mohd Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz.

‘Serikan Mahligai Cinta Mereka Dengan Siraman Cinta Setiap Masa’- Doa Ibu Kepada Neelofa

بَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِى خَيْرٍ

”Mudah-mudahan Allah memberkahi engkau dalam segala hal (yang baik) dan mempersatukan kamu berdua dalam kebaikan”

Allahuakbar Allah Maha Besar, Segala Puji Hanya PadaMu.

Ads

Syukur Alhamdullilah segala apa yang dirancangkan berjalan dengan baik dan dirahmati.

Ya Allah, ikatan mereka dibina atas perancangan Mu, atas rencana Mu, Aku sebagai ibu mensyukuri apa yang telah Engkau rencanakan kerana Engkau adalah sebaik baik perancang.

Wahai Anakku sayang @neelofa , taati dan sayangi lah suami Mu Haris dan serikanlah mahligai cinta mu setiap saat dan setiap waktu seperti mana Adam dan Hawa , Yusuf dan Zulaikha dan sepeti Engkau satukan Muhammad S.A.W dan Siti Khadijah . Semoga Allah memberkati dan menghimpunkan kamu berdua kebaikan dan keberkatan di dunia akhirat kelak InsyaAllah.

Ads

‘Serikan Mahligai Cinta Mereka Dengan Siraman Cinta Setiap Masa’- Doa Ibu Kepada Neelofa

Ya Allah Ya Tuhanku, berkati dan serikan mahligai cinta mereka dengan siraman cinta setiap masa dan kurniakan kepada mereka zuriat yang soleh dan juga solehah.

Doa Mama dan keluarga sentiasa mengiringi gerak langkah dan perjalanan kamu wahai sayang ku, berat tangan ini melepaskan mu sayang tetatpi ku tahu ini aturan yang baik buat mu kerana Allah kurniakan kamu pasangan yang baik untuk menyambut lepasan tanganku ke tangannya dan terus membimbing mu ke jalan Allah.

Ads

Mama sentiasa sayangkan love. Semoga berbahagia dan bercinta hingga ke Jannah.
Amiin Allahumma Amiin.

Ucapan daripada Datin Kartini untuk mendapat pelbagai reaksi daripada para pengikut laman sosialnya. Ada juga yang berasa sebak kerana tersentuh membaca doa seorang ibu kepada anak tersayang.

‘Serikan Mahligai Cinta Mereka Dengan Siraman Cinta Setiap Masa’- Doa Ibu Kepada Neelofa ‘Serikan Mahligai Cinta Mereka Dengan Siraman Cinta Setiap Masa’- Doa Ibu Kepada Neelofa ‘Serikan Mahligai Cinta Mereka Dengan Siraman Cinta Setiap Masa’- Doa Ibu Kepada Neelofa

Terdahulu, Neelofa telah selamat menjadi isteri kepada PU Riz pada hari Sabtu yang lalu di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Majlis indah yang serba putih itu telah diadakan secara tertutup dan dihadiri oleh 200 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan kenalan rapat kedua-dua mempelai.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI