Serba Pink, Kemas & Teratur, Comelnye Home Office & Dapur Dia, Sejuk Mata Memandang

Share

Dekorasi yang kemas dan teratur mencerminkan identiti penghuni sesebuah kediaman. Tidak perlu menggunakan perabut yang mewah dan mahal. Sebenarnya idea dan kreativiti memainkan peranan penting dalam menghias setiap sudut dalam rumah.

Mungkin ada yang berkenan dengan sesuatu konsep dekorasi hiasan sebagai contoh, tradisional, moden, minimalis dan tak kurang juga yang menagaplikasi mainan warna untuk dijadikan tema sesuatu ruang.

Warna pink (merah jambu) selalunya dikaitkan dengan wanita yang feminin. Tidak dapat dinafikan memang ramai wanita yang suka dengan warna merah jambu. Mereka mahu mengaplikasi warna tersebut pada ruang kegemaran.

Jika anda tergolong sebagai peminat tegar warna merah jambu, boleh cuba ikut idea yang seperti yang dikongsikan oleh ByIdzyan Ismail

Alhamdulillah. Home office saya dah siap! minggu depan boleh masuk kerja dah. Seminggu ambik masa nak unpack bilik neh! banyak sangat barang! ntah lah. Dah tak reti membuang dah.

Mesin jahit masih belum ada lagi. So dia jadi mcm home office dulu baru jadi bilik jahit. Nanti dah tebuk dinding nanti kita decor bahagian mesin jahit pulak!

MEMANG TENANG JE NAK BUAT KERJA

 

 

 

 


Jemput tengok dapur pink kita.

Kebetulan betul banyak kitchen appliances yang rosak. Dah kawen nak dekat 5 tahun mula lah rice cooker rosak lah. Stove rosak lah! Soooo kita ganti semua dengan yang pink.

Mujur suami saya suka. My kitchen my rules la kan?

KEMAS DAN TERATUR

 

 

 

HIJABISTA: Semoga tip yang dikongsikan memberikan sedikit idea untuk anda menghias terutama bagi peminat warna merah jambu!

Sumber kredit: ByIdzyan Ismail

Published by
Norhasliza