Mencuri tumpuan wanita sekali lagi dengan kempen penuh glamor yang dibintangi oleh jelitawan Fyza Kadir, Whulandary Herman dan Natasha Hudson. Koleksi Regal Raya eksklusif dari LARNEY, bergaya bagaikan pemaisuri.
Koleksi 2023 Regal Raya mengambil inspirasi dari bagaimana mewah dan anggunnya
seorang wanita itu dapat merasai dengan persalinan LARNEY, seperti dia adalah permaisuri. Setiap rekaan adalah timeless. Rekaan yang lebih sarat dengan keunikan fabrik dan pemilihan warna yang dibahagikan kepada tiga kategori; Ethereal Embroidery, Premium Neat Pleats dan Luxe Prints.
Larney menampilkan sebanyak lebih 200 rekaan melengkapi koleksi Regal Raya tahun ini yang dianggap seperti workable art, a conversation starter
, yang sangat sesuai untuk perayaan Aidilfitri dengan keluarga dan sahabat terdekat.ARTIKEL BERKAITAN: Bergaya Dengan Setiap Helaian, LARNEY Persembahkan Koleksi ‘Regal Raya’ Untuk Setiap Generasi
Dengan menggunakan pelbagai fabrik yang bercorak eksklusif ke sutera satin dan premium neat pleats yang dibawa khas dari seluruh dunia, persalinan LARNEY Ladies tahun ni dimeriahkan dengan warna regal seperti Royal Blue, Forest Green, dan Magenta kepada soft hues seperti Blush Pink, Winter Sky, dan Tender Green. Semestinya, LARNEY Ladies akan standout dan nampak fabulous sepanjang masa.
“Saya hanya berkarya dengan cara yang saya tahu untuk mereka persalinan yang anggun dan selesa, dengan menengahkan stail dan kesusaian untuk LARNEY Ladies di fikiran. Saya mahu mereka meragakan setiap rekaan itu dengan gaya yang anggun dan rapi terutama sekali apabila digabungkan bersama keyakinan yang tinggi. Sebab itu, pada tahun ini, LARNEY mengeluarkan lebih banyak rekaan yang tinggi kualiti jahitan, kemasan yang mewah sehinggalah ke pemilihan fabrik,” kongsi Zura Zaibidi, Pengarah Urusan dan and Pengarah Kreatif LARNEY,
“Dengan adanya koleksi Regal Raya, LARNEY Ladies boleh ke majlis Aidilfitri tahun ini dengan penuh glamor sekali.” Dengan perkataan lain, setiap persalinan perlulah melambangkan personaliti setiap wanita, effortlessly dan elegantly,” kongsinya lagi.
Pemilihan Fyza Kadir, Whulandary Herman dan Natasha Hudson sebagai wajah kempen koleksi Regal Raya pada tahun ini, yang menjadi sumber inspirasi buat ramai wanita di luar sana, adalah tepat sekali.
Berikutan dengan sukses koleksi Regal Raya pada tahun lepas, LARNEY mengembalikan beberapa rekaan ikoniknya seperti Miss Classy Kurung, Miss Liberty Kurung, Poise Kurung, Bloom Kurung, Reborn Kurung, dan Revamp Puff Kurung, yang telah dinaikkan seri dengan warna-warna yang memukau.
ARTIKEL BERKAITAN: Pakaian RTW Jenama Tempatan Setaraf Jenama Antarabangsa Untuk Hijabi Kekal Bergaya Moden & Sopan.
Selain daripada itu, LARNEY juga mengekalkan estetika jenama dengan gaya feminine dan sofistikated, dengan menampilkan rekaan baru seperti Posh Kebaya, Miss Desire Kurung, Miss Grace Kurung, Mercy Kurung dan banyak lagi rekaan yang sangat regal.
Dengan harga bermula dari RM249 sehingga RM859, rekaan-rekaan ini bolehlah didapati di laman sesawang LARNEY. Bagi mereka yang inginkan pengalaman yang lebih intim, bolehlah mengunjungi cawangan LARNEY di Bangsar Shopping Centre, IOI City Mall, Setia City Mall, Shoppes at Four Seasons Place, Isetan KLCC dan Dataran Palma.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.