Mungkin selama ini kita sering melihat Elyana sentiasa tampil ceria di khalayak ramai mahupun di media sosial. Namun, dalam hatinya siapa yang tahu bukan ?Penyanyi lagu Tak Tercapai Akalmu itu menerusi Instagram miliknya @elyanaofficial baru-baru ini, berkongsi sekeping foto ketika zaman berambut palsu kerana mengalami keguguran rambut yang teruk gara-gara penyakit kanser limfoma yang dihidapinya.
Kanser Limfoma terjadi apabila sel darah putih Limfosit membahagi secara tidak terkawal melebihi fungsi normalnya. Sel ini menjadi tumor, kemudian kanser dan berkumpul di Nodus Limfa dan akhirnya akan mengganggu sistem pertahanan tubuh seseorang itu dan mengganggu fungsi organ yang lain juga. Ia juga dikenali sebagai kanser kelenjar.
Rata-rata peminat tidak ketinggalan meninggalkan mesej positif memberikan sokongan dan doa di ruang komen Instagramnya.
Ternyata Elyana menunjukkan semangat yang sangat kuat dalam melawan sakitnya ini yang berada di tahap 4. MasyaAllah. Dia masih mampu tersenyum tatkala diduga sebegini. Didoakan semoga dirinya kembali sihat seperti sedia kala, InsyaAllah!