Sepanjang Pendakian Ke Jabal Nur Mila Jirin Tak Putus Berselawat Sambil Kendong Anak Seberat 9KG. Subhanallah!

Share

Semakin ramai selebriti yang mengambil kesempatan megunjungi rumah Allah dan terbaru adalah juara Akademi Fantasia Musim ke 5, Mila Jirin. Dia yang pergi mengerjakan umrah bersama suaminya, Isz Mustapha dan juga anak mereka, Mohd Arif Zikri, berusia 2 tahun dua minggu lepas. Cabaran paling besar dihadapi sepanjang berada di tanah suci apabila ketika mendaki Jabal Nur dengan mengendong anaknya yang seberat 9 kilogram.

Cabaran Terbesar Kerana Saiz Tubuhnya Yang Kecil

Mila yang memuat turut pengalamannya itu di laman sosialnya memberitahu ia adalah satu cabaran besar buatnya kerana dia yang bertubuh kecil dengan hanya berat 42 kilogram.

Menurut Mila proses pendakian amat sukar kerana walaupun ada tangga tetapi tidak sekata. Ada yang tinggi dan ada yang rendah. Makin ke atas pendakian,makin curam.

Walaupun ketika dipetengahan jalan Mila hampir berputus asa tetapi tetap berusaha untuk sampai ke puncak kerana itu merupakan ziarah terakhir sebelum Jabal Nur ditutup untuk lawatan oleh kerajaan Arab Saudi.

Tidak Putus Berselawat

Sepanjang pendakian itu, Mila tidak putus beselawat dan berfikir bagaimana Rasulullah boleh sampai ke puncak tanpa tangga dan kudrat isteri baginda yang menghantar makanan setiap hari ketika bersendiriian di Gua Hira.

Bagi Mila juga proses untuk turun mendaki lebih mencabar berbanding ketika mendaki. Malah Mila terasa bergoyang dan bergetar lututnya ketika proses menurun.

Dia akhirnya sampai ke puncak pada aras ketinggian 642m dengan membawa anaknya yang dikendong sepanjang mendaki. Dia tidak membenarkan suaminya membawa anak mereka kerana berselipar Jepun dan agak bahaya untuk pendakian.

Setelah sampai, perasaannya berada di atas menurut Mila tidak tergambar di fikiran kerana pemandangannya sungguh indah.

Solat Duduk Sambil Dukung  Anak

Namun penyanyi ini tida berpeluang ke Gua Hira kerana laluannya agak mencabar dan bahaya untuk dirinya yang mendukung anak. Dia dan suami hanya melihat dari atas sahaja pemandangan di Gua Hira berkenaan.

Sepanjang berada di sana juga Mila turutn menceritakan pengalamannya membawa anaknya itu solat. Dia sebelum berangkat ada membaca dan belajar cara solat sambil mendukung baby dan juga solat secara duduk.

Mila juga turut membawa ‘baby wrap’ bagi memudahkan untuknya bersolat dan dia hanya  solat secara duduk sahaja terutama bila anaknya tidur. Dan alhamdulillah segala urusannya ketika mengerjakan ibadah di rumah Allah itu dipermudahkan walaupun membawa anak kecil.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM MILA JIRIN

 

Published by
Siti Zurina