Semakin ramai selebriti yang mengambil kesempatan megunjungi rumah Allah dan terbaru adalah juara Akademi Fantasia Musim ke 5, Mila Jirin. Dia yang pergi mengerjakan umrah bersama suaminya, Isz Mustapha dan juga anak mereka, Mohd Arif Zikri, berusia 2 tahun dua minggu lepas. Cabaran paling besar dihadapi sepanjang berada di tanah suci apabila ketika mendaki Jabal Nur dengan mengendong anaknya yang seberat 9 kilogram.

Sambungan CERITA Pandakian #JabalNur di Makkah. . . Nampak MENARA JAM dibelakang tu??? ALHAMDULILLAH Mommy telah berjaya naik ke PUNCAK Jabal Nur sambil DUKUNG @arifzikri17 yang lenaaa diulit Mimpi.. Ya ALLAH Mommy pun bagai bermimpi tak sangka dapat bawa Arif sehingga ke puncak #GunungCahaya pada Aras Ketinggian 642m! Memang MENCABAR tetapi Mommy TAK PUTUS ASA! . Daddy pakai Slepar Jepun, jadi Mommy TAK BENARKAN dukung Arif bahaya.So Daddy jadi pemantau Mommy ? . . Tak dinafikan MEMANG PENAT, Mommy 42kg + 9kg Arif huhuhuhu terasa bergoyang dan bergetaq juga LUTUT waktu nak turun Gunung ni ?.Nak turun gunung LAGI MENCABAR dari naik. . . Walaupun ada Tangga, tetapi tangganya tidaklah sekata (Ada tinggi, ada rendah) dan bila Makin keatas, tangga nya makin CURAM.Allahuakbar! Waktu Mommy dah separuh perjalanan, Mommy dah nak GIVE UP, tetapi disebabkan waktu Mommy melawat malam tu adalah ZIARAH TERAKHIR ke #JabalNur kerana Jabal Nur akan DITUTUP unt lawatan oleh Kerajaan Arab Saudi, jadi Mommy terus POSITIVE! Sambil mendaki sambil Mommy berselawat sambil berfikir “Subhanallah, Bagaimana Rasulullah SAW boleh sampai ke puncak tersebut tanpa tangga waktu itu dan bagaimana pula kudrat isteri baginda, Siti Khadijah yang saban hari menghantar makanan kepada Rasulullah SAW ketika baginda bersendirian di #GuaHira?Subhanallah, Allah Maha Mengetahui” . . Sampai sahaja di PUNCAK #JabalNur, Mommy tak ke Gua Hira, disebabkan kedudukan Gua Hira berada bawah sedikit dari Puncak dan laluan untuk turun kesitu agak mencabar dan bahaya untuk Mommy bawa Arif bersama.Jadinya, Mommy tengok dari atas sahaja, Gua nya KECIL sahaja tetapi ramai orang berasak asak hendak masuk kedalam. Ibunda dan Ayahanda tercinta dapat masuk ke situ #Alhamdulillah. . . Dah berada di PUNCAK.dah seronok ambil gambar dengan menikmati pemandangan yang sungguh Indah (Kelihatan Menara Jam).Kata Ustaz yang mengetuai rombongan kami Ustaz Bismi @amerrzainal, dulu sebelum Menara Jam dibina, memang akan nampak Masjidil Haram & Kaabah.. . . Apa apa pun menang 1 kenangan yang INDAH dan moga nanti Arif dah besar Arif dukung Mommy pulak naik Bukit Bendera pun jadilah ? . . JABAL NUR 19 Apr 2018 1.14 AM (Saudi Arabia)

A post shared by MILA JIRIN ? (@mila_jirin) on

Cabaran Terbesar Kerana Saiz Tubuhnya Yang Kecil

Mila yang memuat turut pengalamannya itu di laman sosialnya memberitahu ia adalah satu cabaran besar buatnya kerana dia yang bertubuh kecil dengan hanya berat 42 kilogram.

Menurut Mila proses pendakian amat sukar kerana walaupun ada tangga tetapi tidak sekata. Ada yang tinggi dan ada yang rendah. Makin ke atas pendakian,makin curam.

Walaupun ketika dipetengahan jalan Mila hampir berputus asa tetapi tetap berusaha untuk sampai ke puncak kerana itu merupakan ziarah terakhir sebelum Jabal Nur ditutup untuk lawatan oleh kerajaan Arab Saudi.

A post shared by MILA JIRIN ? (@mila_jirin) on

Ads

Tidak Putus Berselawat

Sepanjang pendakian itu, Mila tidak putus beselawat dan berfikir bagaimana Rasulullah boleh sampai ke puncak tanpa tangga dan kudrat isteri baginda yang menghantar makanan setiap hari ketika bersendiriian di Gua Hira.

Bagi Mila juga proses untuk turun mendaki lebih mencabar berbanding ketika mendaki. Malah Mila terasa bergoyang dan bergetar lututnya ketika proses menurun.

A post shared by MILA JIRIN ? (@mila_jirin) on

Dia akhirnya sampai ke puncak pada aras ketinggian 642m dengan membawa anaknya yang dikendong sepanjang mendaki. Dia tidak membenarkan suaminya membawa anak mereka kerana berselipar Jepun dan agak bahaya untuk pendakian.

Ads

Setelah sampai, perasaannya berada di atas menurut Mila tidak tergambar di fikiran kerana pemandangannya sungguh indah.

A post shared by MILA JIRIN ? (@mila_jirin) on

Solat Duduk Sambil Dukung  Anak

Namun penyanyi ini tida berpeluang ke Gua Hira kerana laluannya agak mencabar dan bahaya untuk dirinya yang mendukung anak. Dia dan suami hanya melihat dari atas sahaja pemandangan di Gua Hira berkenaan.

Ads

Sepanjang berada di sana juga Mila turutn menceritakan pengalamannya membawa anaknya itu solat. Dia sebelum berangkat ada membaca dan belajar cara solat sambil mendukung baby dan juga solat secara duduk.

Mila juga turut membawa ‘baby wrap’ bagi memudahkan untuknya bersolat dan dia hanya  solat secara duduk sahaja terutama bila anaknya tidur. Dan alhamdulillah segala urusannya ketika mengerjakan ibadah di rumah Allah itu dipermudahkan walaupun membawa anak kecil.

A post shared by MILA JIRIN ? (@mila_jirin) on

KREDIT FOTO: INSTAGRAM MILA JIRIN

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI