Berhijab bukan halangan untuk tampil stailo, lihat sahaja pada gaya penyanyi bervokal tinggi ini. Aina Abdul bukan nama asing dalam dunia seni Tarik suara tempatan, kekuatan vokalnya memang tidak dapat disangkal.
Selain dari suaranya yang merdu, apa yang menarik perhatian mata penulis adalah gaya fesyen beliau. Tidak kiralah untuk rakaman televisyen, karpet merah dan majlis anugerah, dia dan pasukan penata gayanya dilihat bijak dalam memilih busana seiring dengan tema dan bersesuaian dengan stailnya yang berhijab.
Jom kita lihat lapan gaya menarik yang boleh dijadikan rujukan anda sebagai seorang hijabi.
.
.
.
.
.
.
Kelapan-lapan gaya yang Hijabista suka ini menyerlahkan Aina sebagai seorang bintang dan dalam masa yang saya kesemuanya kekal longgar dan tidak menampakkan susuk tubuh. Sebagai seorang hijabi semestinya perkara ini harus dititik beratkan dan bukan menjadi alasan untuk tidak menjaga penampilan.
Bak kata Audrey Hepburn, “Life is a party, Dress like it.”
Sumber Gambar: Instagram Aina Abdul
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bangkitkan Emosi Nostalgia Raya, ‘Irama Aidilfitri’ Lari Dari Kebiasaan Lagu Raya. Khas Dari Habib
Umat Islam hampir ke fasa terakhir bulan Ramadan iaitu 10 hari terakhir untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Pastinya suasana raya sudah terasa meskipun kita masih di dalam pandemik covid-19.
Suasana yang meriah menikmati juadah hari raya pasti tidak sah jika tiada lagu raya yang berkumandang. Dendangan lagu raya yang syahdu pasti mengingatkan anda pada kampung halaman.
Namun pada tahun ini tahun kedua rakyat Malaysia menyambut bulan mulia ini dengan norma baru. Buat julung kalinya, HABIB, jenama barangan kemas tempatan tampil dengan kelainan untuk Hari Raya Aidilfitri tahun ini dengan lagu dan video muzik raya khas bertajuk, ‘Irama Aidilfitri’. HABIB merupakan jenama barangan kemas yang pertama di Malaysia untuk menghasilkan sebuah lagu dan video muzik raya.
Yakin Lagu Ini Dapat Mengembirakan Rakyat Malaysia
Bangkitkan emosi nostalgia raya dengan suasana yang meriah di samping orang yang tersayang. HABIB berharap lagu ini dapat mengubati rindu kampung halaman terutamanya bagi mereka yang tidak dapat menyambut Aidilfitri bersama keluarga pada tahun lalu.
Irama yang rancak dan gabungan artist yang mantap, lagu ini bakal menjadi siulan rakyat Malaysia. Mempunyai elemen retro selaras dengan tema.
Tema kempen raya HABIB tahun ini adalah ‘modern retro’ dengan elemen warna-warni, melambangkan keceriaan sambutan Aidilfitri. Penggambaran video muzik diadakan di rumah tradisional yang mempunyai elemen retro selaras dengan tema. Tema ini juga konsisten dengan risalah, wafer emas dan juga sampul raya HABIB tahun ini.
Kolabrasi Istimewa & Unik
Lagu ‘Irama Aidilfitri’ HABIB digubah oleh komposer dan penyanyi terkenal, Awi Rafael dengan menggabungkan barisan penyanyi tempatan seperti Ning Baizura, Ismail Izzani, Tiz Zaqyah, Julia Farhana Marin dan Bunga Isme yang pastinya membawa kelainan pada lagu ini. Penyanyi-penyanyi muda di bawah naungan Newsantara turut terlibat. Penampilan khas Rozita Che Wan dalam video muzik sebagai duta kempen raya HABIB.
Kolaborasi ini merupakan sesuatu yang sangat istimewa dan unik. HABIB dan Newsantara adalah dua industri yang berbeza tetapi terdapat persamaan yang ketara. Kedua-dua menitikberatkan karya seni kreatif. Kolaborasi ini juga adalah tanda penghargaan dan sokongan terhadap industri seni tempatan selaras dengan slogan #sokonglokal HABIB.
Emosi Yang Sama
Sinonim dengan slogan HABIB, ‘The Gift of Happiness’, sudah pasti ramai yang tahu, pelanggan selalunya membeli barangan kemas sempena dengan sesuatu yang istimewa. Selaras dengan penghasilan muzik yang turut dapat membangkitkan emosi kepada penggemar muzik. Maka, persamaan ketara ini mendorong HABIB untuk menerbitkan muzik dan video muzik raya pada tahun ini.
Majlis pelancaran lagu dan video muzik di Hotel EQ disempurnakan oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB, Dato’ Sri Meer Habib bersama Pengarah Eksekutif Kumpulan HABIB, Datin Sri Zarida Noordin. Majlis ini turut dimeriahkan oleh selebriti terkemuka tanah air seperti, Ning Baizura, Awi Rafael, Ismail Izzani, Bunga Isme dan ramai lagi.
‘Irama Aidilfitri’ diterbitkan oleh Newsantara Music dengan kerjasama Believe Music selaku pengedar. Single ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music dan video muzik ‘Irama Aidilfitri’ boleh ditonton di saluran Youtube Habib.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tanpa Cukur Kening, Elfira Tetap Ratu Sehari Paling Cantik & ‘So Stunning’. Foto-Foto Ini Buktinya!
Menjadi isteri detik merupakan terindah buat Elfira Loy apabila selamat diijab kabulkan bersama pasangannya awal pagi tahun baru Isnin lalu. Dan pastinya sebagai public figure, pelakon kecil molek ini mahu berkongsi momen cukup indah bersama followernya yang mencecah 4.2 juta di laman instagramnya. Sejak semalam Elfira telah muat foto menarik sekitar majlis pernikahan dan malam berinai sebelumnya. Malah tanpa mencukur kening seperti kebanyakan bakal mempelai lakukan, Elfira tetap kelihatan cantik dan sangat stunning.
Sebelum inipun Elfira memang cukup tegas berkenaan perihal keningnya dan tidak membenarkan ia dicukur. Dia lebih senang membiarkan keningnya tebal dan semula jadi. Namun hasilnya tetap kelihatan cantik setiap kali melihat gayanya di mana-mana majlis dihadiri, termasuk di hari bahaginya.
Bukan sahaja Elfira, malah semua pihak yang terbabit juga turut tidak lepaskan peluang untuk muat turut momen terindah bersama bakal mempelai.
Netizen turut teruja melhat kebahagiaan pasangan ini. Malah rata-rata mendoakan Elfira dan suami tercinta kekal hingga ke jannah.
Ada juga yang mengiktiraf Elfira sebagai pengantin kecil molek paling comel dan cantik awal tahun ini pernah dilihat.
Menggayakan rekaan busana dengan potongan cape serta perincian manik di bahu juga layah panjang dari idea hebat duo Rizman Ruzaini menyempurnakan keindahan ratu sehari ini.
Tidak kurang serinya wajah Elfira tampak natural dengan solekan indah sentuhan jurusolek terkenal Najeeb Azami.
Jom layan foto menarik sepanjang majlis pernikahan #Elfaris
#1. nsabeausyaz tahniah kak el dan suami semoga berkekalan hingga ke jannah
#2. v_yonne I love your wedding day @elfiraloy, u so beautifull.
#3. ahunjanphoto Nicee!
#4. beyouthifulbymyra Lawanya elll
#5. rosnizahsiah OMG so cantik
#6. jamilahjafridin cntiknya bju bridesmaids
#7. sweetie.julie.1614 So cute all beautiful ladies
#8. syazakifl wowwww pretty babe!
#9. asmakamil sooo stunning!! @elfiraloy
#10. crocodino_ cantikk
#11. cahayamaarif Cantikkkk make up babe..
KREDIT FOTO: INSTAGRAM
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Taman Percutian Coach Curi Tumpuan Pengunjung Ke Pavillion, Ubat Kerinduan Percutian Musim Sejuk
Coach memperkenalkan “Give A Little Love,” taman percutian yang ditempah khas meraikan suasana ajaib musim cuti di Pavilion Kuala Lumpur, destinasi membeli-belah utama Malaysia.
Diinspirasikan oleh taman musim sejuk bersalji di New York City, pemasangan yang diletakkan di pintu masuk pusat beli-belah dan fasad ikonik menampilkan ikonik Jurulatih berjalan melalui landskap bersalji. Pemasangan itu juga menampilkan terowong lampu berkelip di sepanjang gerbang taman dan pokok percutian perayaan sebagai hiasan utama.
Pada bulan Disember, pembeli juga akan dapat melawat animasi 3D gergasi yang dipilih susun dari pintu masuk utama pusat beli-belah. Antara haiwan percutian dipaparkan di seluruh kedai, termasuklah Belle the penguin, Holly the deer, Ginger the fox, Paddles the goose, Luna the owl, Spike the hedgehog dan Robin the bird.
Koleksi percutian harus miliki
Anda dijemput untuk melewati Coach di taman musim sejuk serta mengintai pelbagai koleksi percutian dari pakaian sehingga ke aksesori. Himpunan gaya Cik Manggis ini pasti memberi inspirasi untuk anda memiliki koleksi hebat musim percutian dari Coach.
Terdahulu Coach mengeluarkan episod percutian khas Coach TV dengan sketsa baharu yang diilhamkan oleh filem percutian berharga nostalgia, televisyen dan rujukan budaya pop muzik yang diilhamkan oleh wawasan warisan Pengarah Kreatif Jurulatih Stuart Vevers yang dibayangkan semula untuk generasi akan datang.
Episod baharu Coach TV termasuk penampilan istimewa oleh wajah jenama Jennifer Lopez. Filem yang diarahkan oleh Jason Bergh itu menampilkan adegan ikonik daripada video muzik Lopez 2002 “All I Have” di mana dia membawa beg monogram Coach Signature menyusuri jalan yang dipenuhi salji di New York City.
Dikemas kini dengan gembira untuk 2021 oleh Coach, video itu menampilkan Lopez dalam tetapan yang sama hampir 20 tahun kemudian yang membuktikan ikon benar-benar kekal selama-lamanya.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI