Mungkin ramai di antara kita berasa takut untuk bangun pada waktu tengah malam namun tahukah anda pada detik inilah kita disunatkan untuk bangkit dari tidur bagi melakukan solat tahajud. Abaikan segala kisah seram yang telah kita dengar sebaliknya fokuslah niat untuk mendapat keredhaan daripada Tuhan Yang Esa.
Buat mereka yang baru hendak memulakan rutin ini, jangan putus asa. Walaupun kadang kala badan terasa penat untuk bangun namun percayalah segalanya pasti akan membuahkan hasil. Berkongsi di laman sosialnya, Puan Adi Sakinah Omar atau lebih dikenali sebagai Kina Omar yang merupakan seorang usahawan agensi pelancongan yang berjaya ini memberikan tip mudah buat mereka yang mahu berjinak-jinak mengerjakan solat sunat ini.
Ads
Malam ni sebelum tidur, izinkan kina share sikit tips cara kina bangun tahajud. Mungkin tak semua orang senang nak bangun 3am-4am, jadi boleh baca beberapa tips ni ya. Senang sahaja.. Mudah-mudahan perkongsian ni berguna bagi mereka yang berazam nak bangun tahajud setiap malam~ . 1. Waktu untuk solat tahajud ialah selepas azan isyak sehingga sebelum azan subuh. Syaratnya mestilah dah tidur/tertidur pada waktu isyak. Tidur 5min sahaja pun dah dikira tidur. . 2. Biasanya selepas solat isyak, kina akan tertidur kejap. Nanti dalam pukul 10PM atau 11PM kina akan terjaga, terus solat tahajud. Ya, paling afdhal untuk tahajud ialah 3-4AM, tapi kalau awal pun takpa, asalkan solat.
Ads
. 3. Ada hari2 yg terasa letih nak tidur malam lama terus, set alarm 10-15minit sebelum azan subuh, sempat je nak solat tahajud time ni. . 4. Kalau ibu2 yang menyusukan baby lagi senang, time baby minta susu tengah2 malam, lepas ibu bagi susu, terus boleh bangun solat tahajud. . 5. Yang paling penting sekali mestilah niat. Sebelum tidur niat dulu malam ni aku nak bangun tahajud lepastu set alarm. Kalau boleh tidur awal. Insya Allah, Allah akan permudahkan. Kalau Allah bangunkan kita tengah malam tu, percayalah anda golongan bertuah. Kalau dah terjaga terus bangkit utk solat, jangan layan nafsu tidur pula. . Siapa yg ada tips lain boleh kongsikan di bawah? ♥
Akad nikah hanyalah gambaran persetujuan kedua belah pihak menjadi suami isteri yang sah dan apa sahaja lafaz yang membawa maksud tujuan berkenaan maka secara automatiknya ia sah. Menurut Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, tiada dalil yang menyatakan lafaz ijab mestilah satu nafas, atau tidak terputus nafas seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.
Lalu bagaimana pula ‘status’ akad nikah jika tersalah sebut nama pengantin atau ayah pengantin? Berikut penerangan lengkap seperti yang dipetik dari
SOALAN:
Saya ingin bertanya berkenaan lafaz akad nikah. Dalam kad pengenalan abah saya menyatakan namanya ABULLAH. Kemudiannya saya baru perasan dalam surat beranak nama ayah saya adalah ABDULLAH. Persoalan saya semasa lafaz akad nikah, yang mana saya perlu ikut sama ada nama di kad pengenalan atau surat beranak dan adakah akad tersebut terbatal jika saya atau jurunikah tersalah menyebut nama abah?
RINGKASAN JAWAPAN:
Sebuah perkahwinan dianggap sah apabila memenuhi syarat dan rukun-rukunnya. Kesalahan ketika menyebut nama pengantin perempuan atau nama bapa pengantin perempuan tidak menjejaskan akad perkahwinan tersebut. Bahkan ia dianggap sah di sisi syarak. Hal ini kerana menyebut nama pengantin bukan termasuk syarat-syarat sah perkahwinan. Antara syarat sah perkahwinan bagi pengantin perempuan adalah ta’yin iaitu penentuan seorang wanita sebagai isteri.
HURAIAN JAWAPAN:
Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkah Baginda hingga Hari Kesudahan.
Setiap individu muslim yang ingin melaksanakan akad perkahwinan wajib memenuhi syarat dan rukun-rukunnya. Syarak menetapkan lima rukun yang wajib dipenuhi ketika akad nikah iaitu pengantin lelaki, pengantin perempuan, lafaz (ijab dan qabul), wali dan dua orang saksi. (Rujuk: Mughni al-Muhtaj, 4/226)[1]
Antara syarat sah perkahwinan bagi pengantin wanita adalah ta’yin iaitu penentuan pengantin perempuan di dalam akad. Suami wajib menentukan pengantin wanita ketika akad. Sama ada ditentukan melalui nama, atau isyarat, atau melalui sifat-sifat yang membezakan sekira terdapat persamaan atau tidak.
Dr Muhammad al-Zuhaili menukilkan perkara ini di dalam karyanya:
يشترط في الزوجة أن تكون معينة في العقد، وإلا بطل العقد، فوجب تعيينها في العقد، لأن المقصود في النكاح أعيان الزوجين إما بالاسم أو الإشارة أو الصفة المميزة
Maksudnya: “Syarat pengantin perempuan adalah ditentukan dalam akad, jika tidak (ditentukan) maka batal akad tersebut. Ini kerana maksud perkahwinan adalah ditentukan pasangan suami isteri sama ada dengan nama, isyarat atau dengan sifat-sifat yang dapat membezakan.” (Rujuk: al-Muktamad, 4/58)
Di sisi mazhab Syafi’i, sekiranya bapa melafazkan ijab dalam sesuatu pernikahan dengan tanpa menyebut nama atau tersalah sebut nama anaknya, maka pernikahan tersebut tetap dianggap sah. (Rujuk: al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 19/163)[2]
Tambahan pula, menyebut nama bukan syarat sah dalam akad perkahwinan sebagaimana contoh yang dinukilkan oleh imam al-Nawawi di dalam kitabnya:
Maksudnya: “Berkata wali: kahwini dia, maka kata suami: aku mengahwininya, sah.” (Rujuk: Minhaj al-Tolibin, hlm 207)
Oleh hal yang demikian, menurut pandangan dan kenyataan di atas dapat difahami bahawa akad perkahwinan yang dilaksanakan dalam keadaan tersalah menyebut nama wali atau nama pengantin perempuan tidak menyebabkan batal perkahwinan tersebut. Ini kerana syarat bagi pengantin wanita adalah ditentukan sama ada melalui sifat, isyarat atau namanya jika terdapat persamaan atau tidak mampu untuk membezakan.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, kesalahan menyebut nama pengantin perempuan atau nama walinya tidak membatalkan perkahwinan. Bahkan perkahwinan tersebut dianggap sah di sisi syarak jika memenuhi syarat dan rukun-rukunnya.
Sebagai seorang wanita, memang pantang sekali mendengar atau membaca cara tertentu untuk tampil cantik dan berpenampilan menarik. Lebih-lebih lagi kini segala maklumat ada di hujung jari dan boleh terus melakukannya bila-bila masa. Ada juga sesetengah daripada kita yang masih rajin pergi ke spa atau pusat kecantikan untuk merawat wajah secara bulanan. Terpulang pada cara masing-masing mengikut kesesuaian dan bajet.
Selain itu ada juga yang masih menggunakan cara tradisional untuk kelihatan cantik dan menarik dan boleh kita amalkan tidak kira tua ataupun muda. Misalnya menggunakan bahan alami daripada tumbuh-tumbuhan atau buah-buahan yang sudah pasti ia selamat dan halal.
Juga petua yang diamalkan melalui perkongsian menggunakan ayat suci Al-Quran yang diajar oleh Datuk Dr. Fatma El-Zahra untuk kesan awet muda, menawan dan wajah berseri. Boleh diamalkan semua cara-cara ini ataupun amalkan satu sahaja dan paling penting perlu istiqomah sewaktu mengamalkannya. Insya-Allah.
Cara 1:
Dilakukan selepas solat Isyak
Ambil air segelas
Baca al-Fatihah sekali
Ayatul Qursi sekali
Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
Tiup dalam air dan minum. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumah tangga.
Cara 2:
Zikir di bawah dibaca untuk kita sentiasa kelihatan berseri, awet muda luaran dan dalaman. Amalkan membaca zikir dengan cara seperti berikut:
Baca ” Ya Badiyah ” 1 x
Baca ” Ya Nur ” 1x
Baca ” Ya Hadi ” 1 x
Baca ” Ya Allah ” 3x
Baca zikir di atas dan tiup ke tapak tangan, kemudian sapu ke muka kita. Lakukan setiap hari.
Cara 3:
Amalkan membaca ayat2 seperti berikut ;
Baca ayat ke 35, 36, 37 dan 38 dari surah al-Waqiah pada tiap selepas solat subuh.
Selepas baya ayat2 ini, hembuskan pada air dan kemudian minum air tersebut.
Kaedah ini diamalkan supaya kelihatan cantik, muda dan bertenaga luar dan dalam.
INFO TAMBAHAN:
Guna Timun & Kurma Basah Rahsia Cantik Isteri Nabi
Soalan:
Ada di antara kita mungkin pernah tertanya-tanya bagaimana para isteri Nabi Muhammad SAW menjaga kecantikan mereka sesuai dengan tuntutan Islam dan apakah bahan-bahan kosmetik yang digunakan pada zaman itu?
Jawapan:
Percaya atau pun tidak, rahsia Siti Aisyah R.A kekal cantik dan bagaimana beliau menjaga penampilannya adalah hanya menggunakan timun dan kurma basah saja. Lebih-lebih dalam mendapatkan bentuk tubuh badan yang ideal seperti tubuh kurus cengking menjadi lebih berisi. Malah Rasulullah SAW sendiri pun menggunakan cara ini dalam menjaga kesihatannya.
Sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadis, Aisyah RA berkata “Ibuku mengubatiku agar aku kelihatan gemuk, saat dia hendak mempertemukan aku dengan Rasulullah SAW dan usaha itu tidak membuahkan hasil sehingga aku makan timun dengan kurma basah. Kemudian aku menjadi gemuk dengan bentuk yang ideal”– HR Ibnu Majah.
Penyanyi yang popular dengan alunan lagu menahan rindu yang pernah menjadi fenomena hingga melonjakkan namanya di persada seni tanah air, Wany Hasrita kini telah bergelar ibu apabila selamat melahirkan cahaya mata sulungnya di sebuah pusat perubatan, pada jam 7.14 malam tadi.
Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Wany sendiri menerusi hantaran di laman Instagram miliknya, bertujuan menzahirkan rasa syukur diatas kelahiran cahaya mata perempuan hasil perkongsian hidup bersama suami tercinta Mohd Al-Adib Fahmi Harun, yang dilahirkan secara normal.
“Semoga Jadi Anak Solehah, Penyejuk Mata Penenang Jiwa,” – Wany Hasrita
Sekadar info, Wany sememangnya menjangkakan bahawa dia akan melahirkan cahaya mata sulungnya itu pada bulan ini.
Sehubungan itu, dia dan suamk bersepakat untuk menjalani proses bersalin dan berpantang di ibu negara.
Untuk rekod, Wany dan suami, Mohd Al-Adib yang bertugas sebagai juruterbang di Kuching, mula rapat selepas diperkenalkan rakan baik Wany pada 2019 dan mengikat tali pertunangan pada 26 Februari 2022 dan memutuskan untuk menikah pada Julai tahun lalu.
Sopan menawan, gaya aktres Cut Syifa terima anugerah SCTV 2024 dalam persalinan dress biru rekaan Dimas Singgih raih pujian peminat.Selebriti Indonesia yang konsisten berhijab...