Sentiasa Berwuduk, Antara Rahsia Kecantikan Sebenar Wanita Solehah. Rugi Sangat Kalau Tak Amalkan!

Share

Kecantikan  dan kemanisan wanita solehah itu, tidak terletak pada kecantikan wajah atau pada kemanjaannya. Ia terletak pada akhlak dan budi pekertinya.

Daya penarik wanita solehah itu bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para Muslimin dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu. Bukan dan tidak sama sekali tetapi daya tarikannya terletak pada iman dan taqwanya kepada Allah S.W.T.

Di manakah kecantikan wanita solehah sebenarnya? Terdapat 8 keistimewaan wanita solehah yang tidak dimiliki oleh wanita-wanita yang lain. Wanita solehah akan memiliki kecantikan yang sebenar.

1. Menundukkan Pandangan, Nescaya Hati Semakin Jernih

Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud, “Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang (biasa) nampak dari padanya” (Surah an-Nur ayat 30-31)

2. Bersikap Jujur, Nescaya Wajah Terpancar Kemanisan

Daripada Abdullah bin Masud r.a. katanya sabda Nabi S.A.W. maksudnya:

“Sesungguhnya kejujuran mengantarkan kepada kebaikan, dan kebaikan mengantarkan kepada syurga. Sesungguhnya seseorang biasa berlaku jujur hingga ia disebut shiddiq. Sedang dusta mengantarkan kepada perilaku menyimpang (zalim) dari perilaku menyimpang mengantarkan kepada neraka. Sesungguhnya seseorang biasa berlaku dusta hingga ia disebut pendusta besar.” (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmizi).

3. Rasa Malu Yang Lahir Daripada Iman.

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:

“Malu itu sebahagian dari iman”

4. Sentiasa Beristighfar

Istighfar merupakan syiar para nabi dan rasul, tidak ada seorang Nabi pun yang tidak beristighfar. Malah selalu mengajak umatnya untuk beristighfar.

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:

“Barangsiapa mengucapkan ‘Astaghfirullahal adzim aladzi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaihi’ akan diampuni dosa-dosanya, meskipun pernah lari dari medan peperangan.” (Hadis Riwayat Al Hakim)

5. Sentiasa Menjaga Kehormatan Diri & Menutup Aurat

Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud:

“Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan itu adalah wanita solehah.” (Hadis Riwayat Muslim)

6. Sentiasa Bersifat Tawaduk & Membina Rasa Ukhuwah

Nabi S.A.W. bersabda maksudnya:

“Maukah kamu aku tunjukkan akhlak yang paling mulia di dunia dan di akhirat? Memberi maaf orang yang menzalimimu, memberi orang yang menghalangimu dan menyambung silaturrahim orang yang memutuskanmu”  (Hadis Riwayat Baihaqi)

7. Mengelakkan Fitnah Demi Menjaga Kesucian Diri

Abu Hurairah r.a pun ada menyebut, ketika turun ayat al-Mula’anah (tentang suami isteri yang saling melaknat kerana tuduhan perbuatan serong), Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:

“Siapapun perempuan yang menemui suatu kaum yang bukan kerabatnya, ia tidak akan memperoleh apapun dari Allah S.W.T dan Dia tidak akan memasukkannya ke syurga.”

Hadis di atas menunjukkan contoh perempuan yang tidak menjaga diri daripada perkara-perkara yang boleh mendatangkan fitnah sehingga boleh menjerumuskan pada fitnah yang lebih besar. Semoga semua para wanita sentiasa menjaga kesucian diri mereka. Elakkan segala bentuk fitnah yang mungkin boleh berlaku tanpa disedarinya.

8. Sentiasa Berwuduk, Nescaya Wajah Bercahaya Di Hari Akhirat

Nabi S.A.W. bersabda maksudnya:

“Umatku akan tampil pada hari kiamat dengan wajah bersinar tangan serta kakinya berkilauan dari bekas-bekas wudhu.”

Published by
Siti Zurina