Tinggal beberapa bulan sahaja lagi seluruh dunia akan dapat merasai momen kelahiran Siti Jr. yang memang dinantikan selama ini. Bayi yang akan lahir dijangka Mac ini bukan sahaja akan membahagikan ibu dan ayahnya, tetapi juga seluruh peminat penyanyi nombor 1 negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami Datuk Khalid Jiwa. Bayi yang selama ini ditunggu-tunggu kehadirannya ini begitu istimewa kerana hasil kesabaran menanti selama ini. Setelah puas berdoa, berusaha dan bertawakkal, akhirnya Tuhan mengurniakan anugerah terindah dalam hidup Siti.
Lewat temubual tengah hari itu sempena pelancaran cawangan Butik Ariani dan Jakel di Ostia Bangi, Siti turut berkongsi pengalamannya yang selama ini tidak putus-putus berdoa dan mencuba pelbagai cara untuk hamil. Dia sekalipun tidak pernah rasa putus asa kerana baginya Allah akan beri pada masa yang sesuai dan tepat sekali.
“Sepanjang 11 tahun Siti tak pernah berhenti berdoa untuk hamil. Sebelum ini Siti pernah hamil tetapi mengalami keguguran. Waktu itu Siti tak menangis kerana Siti tahu Allah itu mengetahui apa yang terbaik untuk kita.
“Dan Dia berikan rezeki untuk Siti pada waktu yang sangat tepat. Apabila anak-anak lain juga sudah besar dan rumah kami mula sunyi dan hanya ada cucu seorang yang menemani. Akhirnya alhamdulillah Siti hamil melalui kaedah IVF,” ujarnya rancak bercerita.
TERKEJUT RASAI TENDANGAN BAYI BUAT KALI PERTAMA
Menurut Siti bagi pasangan yang belum dikurniakan anak lagi jangan cepat putus asa. Teruskan berdoa ditambah dengan usaha dan juga tawakkal.
“Kita perlu sentiasa bersikap positif dan sentiasa bersangka baik dengan Allah. Semua yang berlaku adalah dariNya dan Allah itu perancang terbaik. Insya-allah setelah kita lakukan segala-galanya dan kemudian bertawakal kepada Allah,” tambahnya lagi.
Biarpun diizinkan Tuhan hamil di usia agak lewat (akhir 30-an), tetapi Siti bersyukur kerana dapat merasai pengalaman bergelar ibu.
“Oleh kerana usia kandungan sudah masuk 7 bulan, jadi saya sedikit penat. Tetapi saya seronok melalui momen sepanjang kehamilan ini. Pertama kali merasai tendangan bayi saya sendiri, Siti akui terkejut.
“Ada masanya bayi Siti sangat aktif dan ada masanya dia senyap sahaja. Biasanya waktu malam bayi akan aktif dan kadang-kadang kita dapat lihat perut seperti ombak. Setiap kali saya nak rakam pandai pula dia buat macam biasa tak ada apa-apa.
“Walaupun begitu, Siti masih mampu tidur lena. Oleh kerana perut sudah makin membesar, Siti akan duduk dulu sebelum baring seperti biasa. Kadang-kadang Siti boleh tertidur dulu ketika duduk kerana Siti sering rasa reflux dan heartburn. Siti juga sudah buat detail scan pada usia kandungan 6 bulan untuk lihat perkembangan tulang, tangan, perut jantung dan sebagainya.
“Alhamdulillah, semuanya normal dan doktor bagi tahu bayi membesar mengikut perkembangan yang sepatutnya. Kali terakhir berat bayi adalah 1.8 kilogram dan ia akan bertambah lagi sebelum kelahiran nanti. Dokor anggar berat mungkin akan jadi 3 kilogram,” jelas Siti yang memberitahu buat masa ini perasaannya masih seperti biasa lagi.
ADA TENGOK PROSES KELAHIRAN DI YOUTUBE
“Oleh kerana masih ada dua bulan lagi, jadi perasaan Siti masih seperti biasa. Belum ada rasa gementar, bimbang atau takut. Cuma buat masa ini siti banyak juga lihat video tentang proses kelahiran di laman youtube. Walaupun ada yang kata jangan tengok, tetapi saya Cuma nak tahu caranya bagaimana.
“Seperti ibu-ibu lain, Siti juga akan menyusukan sendiri baby Siti. Walaupun Siti akui tugasan ini agak tough setelah melihat kegigihan menantu, Tya Ariffin yang begitu berdisiplin setiap kali tiba waktu untuk menyusukan anaknya. Dia akan kunci jam setiap dua jam untuk memastikan anaknya dapat menyusu pada waktu ditetapkan. Ini yang buat Siti sedikit nervous dan Siti rasa tanggungjawab menjadi ibu itu sangat besar sekali.
“Tetapi Siti tak akan miss momen ini. Insya-Allah Siti akan memberi penyusuan eksklusif pada bayi yang bakal lahir ini nanti. Begitu juga dengan detik untuk menjalani tempoh berpantang nanti. Siti akan menjalani pantang secara tradisional dengan memanggil seorang makcik dari Pantai Timur untuk menjaga sepanjang tempoh 44 hari itu nanti. Kalau boleh memang nak mak Siti yang jaga, tetapi mak Siti pun sudah berusia.
“Manakala untuki persiapan lain pula, Siti dan suami masih belum kesempatan untuk membeli barangan perabot bayi lagi. Cuma Siti ada menerima banyak hadiah barangan berupa pakaian dari peminat semua. Siti anggap ini adalah rezeki dan tanda kasih dari peminat. Siti amat hargainya kerana tanpa mereka siapalah Siti sebelum ini,” jelasnya yang dijangka melahirkan bayi perempuan Mac ini, sambil tersenyum.
Menurut Siti juga, beliau akan berpantang di rumahnya di Kuala Lumpur. Siti juga memberitahu buat masa ini aktiviti seninya terhad dan hanya akan kembali aktif menyanyi setelah melahirkan anak nanti.
Sementara untuk projek Creacion dengan pihak Jakel, Siti sudah memulakan perancangan sejak Disember lagi dengan mereka baju dan cari material. Beliau turut berharap koleksi baru itu nanti akan dapat memenuhi citarasa pelanggan setianya.
Kejayaan tidak datang bergolek. Untuk mencapai kejayaan kita bukan sahaja perlu berusaha dan dalam masa yang sama turut berdoa dan bertawakal kepada Allah agar segala yang kita usahakan memperoleh kejayaan.
Kebanyakan orang-orang yang berjaya memiliki gaya hidup yang teratur. Pendek kata hari mereka dimulakan dengan sesuatu yang positif. Ini secara tidak langsung membakar semangat untuk terus berusaha dengan gigih dan hasilnya kejayaannya yang dituai.
Menurut pakar motivasi terkenal, Dato’ Dr. Haji Mohd. Fadzilah Kamsah ada beberapa perkara yang perlu kita elakkan jika kita mahu berjaya dalam kehidupan.
Jangan lakukan hal ini, jika kamu nak berjaya dalam hidup:
BANGUN LAMBAT
Elakkan dari budaya bangun lewat. Orang berjaya sentiasa bangun awal. Waktu pagi diisi dengan penuh produktif dan boleh melakukan tugasan yang banyak ketika orang lain sedang tidur.
TIDAK MENJAGA KEBERSIHAN
Kebersihan adalah asas kehidupan. Kita nak bersolat pun, mulakan dengan berwuduk. Sama juga dengan hidup kita ini, jika tidak selalu tampil bersih dan kemas, maka penyakit mudah hinggap dan kita sentiasa terlarut dalam suasana negatif.
TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS KEGAGALAN
Kamu memilih untuk putus asa. Walhal ia tidak boleh ada dalam kamus hidup. Kamu kena segera bangkit dan jangan salahkan nasib. Kegagalan adalah guru untuk kamu belajar mendapat kejayaan.
FIKIRKAN APA ORANG LAIN KATA
Bahasa mudahnya, lantak pi. Mereka yang banyak mulut itu, tak tahu apa kamu lalui. Mereka tak bayar bil kamu. Dan mereka tiada hak untuk kawal kehidupan kamu.
Abaikan saja mulut jahat mereka dan balas semua kata-kata mereka dengan kejayaan serta kebaikan dalam hidup kamu.
TIADA SIMPANAN
Semakin hari, kos hidup meningkat. Dan orang kita pula gagal mengawal nafsu dari berbelanja yang tak perlu. Mulalah menyimpan sekurang-kurangnya 30% dari total income kamu supaya dapat back up jika ada apa-apa kesusahan di masa depan.
Moga kita semua boleh berjaya dan mencapai kejayaan dalam seperti yang diinginkan.
Semoga kejayaan mengiringi kita semua.
Memiliki bentuk badan yang langsing dan ramping ialah idaman semua. Samaada lelaki mahupun wanita, tubuh badan yang menawan seolah-oleh merupakan ‘senjata’ luar yang dapat memberi keyakinan kepada diri. Sudah terlalu banyak produk kurus dijual di pasaran namun adakah ia berkesan?
Sebenarnya, biarpun tahap metabolik kita berbeza-beza, tetapi kita mampu untuk menurunkan berat badan dengan kadar yang segera. Apa yang penting ialah dengan cara dan teknik yang betul, konsisten dan sudah pasti disiplin! Apakah cara-cara yang betul itu? Khas untuk anda pembaca kesayangan sekalian, team Hijabista kongsikan kepada anda! Jangan tak buat ya cara ini!
1. Pemakanan
80 peratus ialah daripada pemakanan. Jika tidak menjaga pemakanan, maka sukar untuk anda hilangkan 5kg dalam masa 1 minggu! Untuk memastikan menu pemakanan sihat dan berkualiti, pilihlah menu yang tidak terdedah dengan makanan yang diproses atau mengandungi bahan pengawet.
Makanlah sebanyak mungkin sumber ayam, daging lembu, ikan dan sayur-sayuran yang dimasak tanpa minyak, dipanggang atau gril. Sebaiknya pilihan bahan mentah organik adalah lebih bagus.
2. Senaman
Jika pemakanan menyumbang sebanyak 80 peratus, maka senaman pula menyumbang sebanyak 20 peratus untuk kurus!Anda boleh melakukan rutin senaman selama 4 hari seminggu dalam tempoh 40 minit dengan mesin gim seperti treadmill, basikal atau cross trainer bagi tujuan untuk menambahkan metabolisme anda.
Mulakan dengan warm-up kemudian tambahkan tahap intensiti setiap tiga minit (hingga capai tahap tertinggi yang mampu) berselang dengan menurunkan tahap intensiti setiap tiga minit sehingga anda selesai 40 minit itu.
Bukan hanya di gim, malah anda juga boleh membakar kalori dengan melakukan beberapa pergerakan dalam rutin harian anda. Sebagai contoh berbasikal, berlari ataupun berjalan kaki.
Ada lagi yang lebih mudah sis! Anda boleh membakar kalori dengan aktiviti dirumah seperti menyapu atau menyelia taman. Aktiviti-aktiviti ini secara tidak langsung mampu untuk membakar kalori dalam tubuh badan anda!
Siapa kata tidur tidak memberi kesan kepada penurunan berat badan? Kajian mengatakan bahawa tidur yang cukup dapat membantu untuk membakar lemak dalam badan. Jadi, and harus mendapatkan tidur yang cukup selama lapan jam.
Malahan, kajian juga menunjukkan sekiranya anda kekurangan tidur, ia dapat meningkatkan rembesan ghrelin (sejenis hormon yang terbentuk dalam perut dan buah pinggang) menyebabkan seseorang itu mudah berasa lapar. Pastikan juga ada kitaran tidur yang tetap dan rehat secukupnya (unwind) sebelum masuk tidur.
5. Zat Ekstra
Tambahan kepada kawalan pemakanan dan gaya hidup sihat, pengambilan supplement seperti Omega 3, Vitamin D dan L Carnitinedapat membantu mengurangkan lemak serta usaha yang dicurahkan dalam masa dua minggu ini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Presiden Netizen ataupun lebih popular dengan jolokan ‘Queen of Viral’, Dato Seri Vida (DSV) hadir dengan sebuah lagu baru yang memberi anda sebuah perspektif yang berbeza mengenai dirinya. Bagi penulis, lagu barunya yang bertajuk Ku Ikhlaskan ini bagaikan sebuah metafora yang menceritakan tentang apa yang tersirat disebalik isi hatinya.
Ku Ikhlaskan, sebuah lagu karya Amy Ukays bersama DSV memiliki sentuhan malar segar yang cukup untuk membuatkan anda terbuai lena diulit mimpi indah. Baik lirik yang begitu puitis serta memiliki makna yang mendalam nukilan DSV sendiri bisa membuatkan hati anda tersentuh. Sungguh, lagu ini sebuah lagu yang wajib anda dengar dan hayati.
Apa yang menariknya mengenai lagu ini, konsep video muziknya begitu unik dan berbeza dan membuatkan ramai yang ternanti-nanti untuk menontonnya. Menurut Kel Wen, pereka fesyen BEHATI yang ditugaskan untuk mengarah video muzik Ku Ikhlaskan serta menggalas tanggungjawab untuk memastikan pakaian DSV tampak menonjol dan unik dalam video muzik ini, konsepnya lebih memfokuskan kepada perjalanan percintaan DSV yang terdahulu bersama si dia, yang disulami bintik-bintik hitam memilukan. Setiap gerak-geri yang dipersembahkan dalam video muzik ini juga mempunyai makna tersirat yang menyimpul sejuta rasa pendam, kecewa, amarah, duka dan redha DSV sendiri.
Kongsi Kel Wen lagi, pemakaian gaun putih ala perkahwinan dan berlari di Dataran Merdeka menggambarkan erti kebebasan yang dirasai oleh DSV selepas bergelut dengan hubungan cinta yang suram sehingga DSV sendiri ikhlas untuk melepaskan ikatan cinta yang sudah terbina itu. Antara babak lain yang menjadi simbol ikonik dalam video muzik Ku Ikhlaskan ini ialah di pengakhiran video apabila DSV memakai telekung bersaiz besar yang menggunakan 20 meter kain putih. Dalam babak ini, menggambarkan tentang keikhlasan hati DSV yang redha dengan apa yang terjadi dan memohon keampunan kepada-Nya tentang segala dosa-dosa yang pernah dilakukannya.
Sungguh, babak ini begitu sentimental dan membuatkan air mata penulis hampir mengalir. Begitu juga dengan babak permainan catur yang turut diselitkan dalam video muzik ini, ia menghuraikan tentang cinta sejati DSV yang dipermainkan oleh si dia. Ternyata, Ku Ikhlaskan sarat dengan cerita cinta suram yang sudah lama dipendam oleh DSV.
Rata-rata netizen menerima baik video muzik Ku Ikhlaskan dan memberi komen yang begitu positif di laman instagram DSV. Ramai juga yang tidak menyangka bahawa lagu yang dihasilkannya ini benar-benar meruntun jiwa! Video muzik Ku Ikhlaskan juga berjaya meraih 200 ribu tontonan di Youtube dalam hanya beberapa jam selepas dilancarkan!
Team Hijabista mengucapkan syabas kepada seluruh team produksi Ku Ikhlaskan kerana berani mempersembahkan sesuatu yang berani, berbeza dan unik! Syabas!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...