Sentap Ditegur Ayah Tak Dapat Selempang Pink Time Diploma, Gadis Ini Bangkit Berjaya Genggamnya Waktu Degree

Share

Setiap ibu bapa pasti mahu melihat kejayaan anak-anak dalam menimba ilmu di menara gading. Kalau boleh mahukan yang terbaik dan memiliki ijazah tertinggi bukan setakat mendapat sijil sahaja. Begitu juga harapan seorang ayah ini apabila mahu melihat kejayaan lebih besar dikecapi anak ketika menuntut pengajian di universiti.

Perkongsian gadis ini di laman sosial facebooknya apabila memceritakan saat bagaimana dia berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai apa yang dihajatkan oleh ayahnya. Menurut Zira Ayang jika sebelum ini ketika dia hadir konvo di peringkat Diploma ayahnya bertanya kenapa dia tidak mendapat selempang pink berbanding kawan-kawannya yang lain.

Ketika itu Zira menjawab dia hanya mendapat second class dan tidak layak menerima selempang warna pink berkenaan. Ayahnya ketika itu tidak berpuas  hati dengan jawapan diberi dan menyuruhnya belajar bersungguh-sungguh hinggga membolehkan dia mendapat selempang pink.

Menangis tanda gembira.

Ternyata nasihat ayahnya tidak dibiarkan di angin lalu. Dia tekad untuk menebus kekecewaan ayahnya dengan belajar bersungguh-sunggun ketika meneruskan pengajian di peringkat ijazah. Dia mahu banggakan ayahnya dengan memakai selempang pink ketika hari konvokesyen nanti.

Dan sepanjang tiga tahun meneruskan pengajian peringat ijazah, kata-kata ayahnya yang menyuruh belajar bersungguh-sunggh sentiasa tersemat dalam kepalanya. Pada konvoksyen di UiTM baru-baru ini dia berjaya menunaikan impian ayahnya itu.

Zira berjaya memakai selempang warna pink dan membanggakan ibu bapanya. Malah dia memberitahu ayahnya apa yang dibuat ini semua adalah untuk mak dan abahnya. Dia juga turut berterima kasih kepada keduanya kerana memberi semangat untuk dia tidak kenal erti jemu dan putus asa.

Ingatan sentiasa ayah tersemat dalam kepalanya.

Cerita disebalik selempang pink

Masa konvo diploma keluar dari dewan,
abah tanya “kenapa kau tak dapat first class?”
“kenapa kawan kau pakai selempang pink kau tak pakai?”

Kemudian, hanya mampu terdiam dengan soalan dengan rasa sedih jawab “orang tak dapat selempang pink sebab orang second class. Ada dua semester orang tak dekan”

Abah balas “Lain kali belajar la betul-betul dapatkan dekan. Boleh konvo dengan first class pakai selempang pink mcm kawan-kawan kau tu”

Sekurang-kurangnya grad on time, walaupun tak dapat selempang pink. Tapi abah kecewa…

Dengan kecewa dan sedih hanya mampu balas “Okay laa ni abah sekurang kurangnya orang grad on time. Lulus semua walaupun tak dapat selempang pink”

Abah tegas lagi “Kalau kau belajar betul-betul dulu mesti boleh dapat. Ni kau belajar main2 macam mana nak dapat dekan”

Dalam hati rasa kecewa ketika itu kerana gagal untuk banggakan mereka. Tak dapat nak bagi yang terbaik seperti yang abah harapkan

Berjanji untuk banggakan ayahnya sekali lagi.

Sejak itu nekad untuk buktikan pada abah untuk graduate first class

Sejak dari tu terus nekad dalam hati untuk buktikan dekat abah yang satu hari nanti anak abah akan graduate in first class n pakai selempang pink macam yang abah nak. Kata-kata abah sejak dari tu terus terpahat dalam diri dan berazam sepanjang pengajian degree.

Setiap kali malas atau penat belajar terus ingat yang abah nak anak dia pakai selempang pink masa konvo nanti. Dan mak dgn abah tak pernah kata penat cari rezeki nak bagi duit untuk kau belajar. Sepanjang pengajian selama 3 tahun setengah cuba untuk usaha sungguh-sungguh dapatkan dekan setiap sem dan akan pastikan sampai ke akhir semester.

Dan akhirnya tahun ini anak abah graduate in first class dan pakai selempang pink

Dan hari ini 26/3/2019, masa peluk abah terus bisik “abah, hari ni anak abah dah buktikan yang anak abah graduate in first class dan pakai selempang pink macam yang abah nak dulu. abah ingat lagi tak? Abah nak sangat tgk orang pakai kan. Orang buat semua ni untuk Mak dan Abah. TERIMA KASIH MAK ABAH. Tanpa doa dan cabaran abah dulu takkan berjaya orang hari ini

Hanya satu je abah balas sambil menangis dan peluk “Terima Kasihhhh.. Terima kasih.. Terima kasihh”

Hanya tuhan saja yang tahu perasaan ketika ini. Air mata menangis kegembiraan dari ibu bapa ketika melihat kejayaan anaknya yang tidak seberapa jika dibandingkan dengan hasil titik peluh mereka. Allahu. Semoga Allah merahmati dan memberi peluang kepada diri ini untuk terus berbakti

Gembira akhirnya dalam memakai selempang pink.

Cabaranya seterusnya bergelar guru di sekolah swasta, doakan jadi pendidik yang cemerlang

Cabaran seterusnya, abah nak sangat anak dia jadi cikgu. Dan alhamdulilah, kini saya bekerja sebagai seorang guru di sekolah swasta. Doakan semoga dipermudahkan urusan saya yang seterusnya untuk menjadi seorang guru yang cemerlang pada masa akan datang.

*Disaat kita merasakan diri kita tidak mampu melakukan sesuatu, tetapi ibu bapa kita tetap menyokong kerana mereka lebih mengetahui kemampuan anak mereka. Jangan mudah putus asa sebelum berjaya!!

 

Published by
Siti Zurina