Selain kanser, terdapat juga penyakit lain yang wajar ditakuti oleh kaum wanita. Antaranya adalah Endometriosis dan Adenomyosis yang mana dianggap penyakit tidak berkesudahan. Menurut Pakar Sakit Puan & Perbidanan, Datuk Dr Hamid Arshat berkata penyakit ini biasanya menyerang wanita muda yang berusia sekitar empat puluhan.
Tambahnya lagi suatu ketika dulu beliau jarang menemui penyakit tumbuhan fibroids dan Adenomyosis yang menyerang wanita muda. Dan kemungkinan juga faktor seperti lambat kahwin, tangguh kehamilan, stress dan tabiat kurang makanan sayuran serta buahan menjadi penyebab kepada penyakit berkenaan.
Menurut beliau lagi Adenomyosis ini adalah disebabkan oleh Endometriosis dan tanda utamanya apabila mengalami senggugut pada waktu remajanya.
Beliau turut menasihatkan remaja kini menjalani gaya hidup sihat termasuk pengambila tabiat pemakanan berzat dan berkhasiat, mengawal stress dan juga melakukan senaman.
Dan untuk mengawal pertumbuhan penyakit Endometriosis yang boleh membawa kepada Adenomyosis adalah dengan cara melakukan pembedahan laparoscopy dan minilaparotomy di kalangan gadis-gadis remaja. Dan hasilnya Dr Hamid Arshad mendapati kaedah ini berkesan.
Endometriosis dan Adenomyosis penyakit tak berkesudahan.
Penyakit umur empat puluhan menimpa wanita muda.
Pada suatu ketika dulu jarang saya temui penyakit tumbuhan fibroids dan adenomyosis berlaku pada wanita muda.
Faktor lambat kahwin, tangguh hamil, stress dan tabiat kurang makan sayur dan buah2 adalah diantara banyak faktor penyebab penyakit.
Adenomyosis sering disebabkan olih endometriosis dan tanda utama ialah senggugut pada waktu remaja.
Sebaiknya remaja saperti ini menjalani scan peranakkan. Sering saya kesan rahim mereka retroverted. Dalam peringkat awal penyakit endometriosis tiada tanda2 lain dapat dikesan ketika scan.
Penting bagi remaja berkenaan mengubah caragaya hidup untuk mengawal pertumbuhan penyakit endometriosis dan seterusnya jadi adenomyosis. Amalan cara gaya hidup sehat termasuk tabiat makan bahan2 berzat dan berkhasiat, kawal stress dan amalkan exercise.
Penyakit tersebut memang akan berterusan tanpa kesudahan sehingga merosakkan keseluruhan rahim. Peroses inflamasi terus berlaku dan hormon estrogen berlebihan, sedangkan progesterone kurang. Hanya kehamilan sahaja bolih mengawal pertumbuhannya.
Dalam usaha untuk mengawal pertumbuhan penyakit endometriosis dan seterusnya jadi adenomyosis, saya kadang kala melakukan pembedahan laparoscopy dan minilaparotomy pada gadis2 remaja. Saya dapati kaedah ini berkesan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Menginspirasikan! Pelajar Perubatan Cemerlang Ini Berjaya Khatam Hafazan 30 Juzuk Al-Quran
Impian setiap umat Islam di seluruh dunia pastinya dapat menghafaz al-Quran sehingga 30 juzuk, iaitu keseluruhan isi kitab suci tersebut. Tetapi ianya bukanlah sesuatu yang mudah.
Menghafal Al-Quran merupakan amalan yang dapat membimbing jiwa dan fikiran seseorang, kerana jika mampu menjaga hafalan maka akan menjadi ibadah yang berkekalan. Untuk menghafal keseluruhan isi kitab suci al-Quran, seseorang itu memerlukan keazaman dan pengorbanan yang sangat tinggi.
Amalan menghafal keseluruhan isi kitab suci al-Quran ini sangat ditakuti Iblis, sekaligus merupakan senjata paling ampuh melawan serta melumpuhkannya. Allah SWT juga telah menjanjikan kelebihan bagi mereka yang menghafal Al-Quran.
Sabda Rasulullah s.a.w. dan Abdullah Bin Mas’ud r.a.:
“Bacalah Al-Quran kerana Allah tidak akan menyeksa hati orang yang hafal Al-Quran. Sesungguhnya Al-Quran adalah hidangan Allah, siapa yang memasukkannya dia akan aman. Dan barangsiapa yang mencintai Al-Quran maka hendaklah dia bergembira.”
Artikel berkaitan: Berjaya Khatam Al-Quran Untuk Tahun 2022, Fouziah Ghous Luah Rasa Syukur
Menghafal 30 juzuk al-Qur’an
Universiti Kuala Lumpur Royal College of Medicine Perak (UniKL, RCMP) menerusi laman Facebook mereka telah membuat satu hantaran kejayaaan salah seorang pelajarnya yang berjaya mengkhatamkan 30 Juzuk Al-Quran.
Dalam hantaran tersebut, pihak universiti telah menyampaikan ucapan tahniah dan syabas terhadap Saudari Nur Aisya Binti Abdul Aziz atas kejayaannya menghafal 30 juzuk al-Qur’an menerusi kaedah hafazan dan talaqqi musyafahah.
“Tahniah & Syabas diucapkan kepada Saudari Nur Aisya Binti Abdul Aziz atas kejayaaan mengkhatamkan 30 Juzuk Al-Quran secara Hafazan dan Talaqqi Musyafahah pada dengan bimbingan Ustaz Muhammad Asyraf”
Difahamkan, Saudari Nur Aisya Binti Abdul Aziz merupakan mahasiswa Tahun 5 dari program MBBS (Perubatan dan Pembedahan) di UniKL RCMP. Selain itu, menurut hantaran universiti tersebut; hijabi ini juga berjaya membahagikan masa untuk mendalami Al- Qur’an walaupun perlu menghadapi jadual kehidupan yang padat sebagai pelajar perubatan di sana.
“Beliau merupakan mahasiswa dari program MBBS Tahun 5, UniKL RCMP. Meskipun perlu melalui kepadatan jadual pembelajaran setiap hari, beliau berjaya membahagikan masa untuk Al-Quran.”
Allahu, walaupun sibuk dengan kehidupan sebagai seorang pelajar, hijabi ini membuktikan bahawa ianya tidak menjadi penghalang. Menjengah ke ruangan komen laman facebook UniKL RCMP, ramai netizen yang turut mengucapkan tahniah dan bergembira atas kejayaannya itu.
“Tahniah. Mmg hebat. Semoga terus berjaya!”
“Alhamdulillah…tahniah”
“MasyaAllah..tahniah…”
“Alhamdulillah.. hebat”
Artikel berkaitan: Syahid Di Bumi Syria, Wanita Ini ‘Pergi’ Di Atas Ribaan Suami Ketika Khatam Al-Quran
Tabarakallah…semoga Allah S.W.T memberikan kefahaman kepada kita dalam memahami agamaNya, menjadikan kita tergolong dalam golongan orang yang mencintakan al-Quran. Sesungguhnya, menghafal Al-Quran merupakan bekal terbaik di akhirat kelak. Semoga suatu hari nanti kita juga dapat mengikuti jejak langkah hijabi ini. Tahniah dan diharapkan perkongsian ini menjadi inspirasi buat hijabi di luar sana.
Sumber : Facebook UniKL RCMP
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hanya Kerana Aktif Bersukan, UYAINA Pernah Alami Komplikasi Jantung Sampai Terpaksa Bergantung Dengan Ubat
Beberapa tahun lalu pengacara dan pelakon cantik berusia 30an, Uyaina Arshad pernah disahkan menghidap komplikasi jantung.
Bertitik tolak daripada itu, biarpun kini tahap kesihatannya di tahap yang baik namun Uyaina tidak lagi dibenarkan melakukan aktiviti lasak.
“Saya seorang workaholic and enjoy working. Saya juga suka aktiviti berlari. Ketika di sekolah dulu saya aktif sukan seperti hoki, lompat tinggi, lompat jauh dan bola jaring.
“Kalau di tempat kerja lama dulu, waktu masuk pejabat pukul 9 pagi. Tapi saya akan sampai awal pukul 7 pagi dan akan pergi berlari dulu di kawasan sekitarnya.
“Selesai berlari saya akan membersihkan diri dan bersiap seperti biasa. Saya masuk ke pejabat dengan badan yang sangat segar dan cergas.
“Mac 2019 saya didiagnos sakit jantung. Menurut doktor, ia terjadi kerana jantung ‘dipaksa’ bekerja secara berlebihan.
“Kebetulan ketika itu saya terlalu workaholic, rehat pun kurang. Namun selepas kesihatan semakin baik saya betul-betul menjaga kesihatan termasuk pemakanan,” kongsi Juara Puteri Muslimah Asia 2018 ini.
Doktor turut menasihatkan Uyaina agar mengamalkan gaya hidup sihat, minum air putih dan melakukan senaman ringan.
Sesiapa saja atau berapa pun usia kita tetap berisiko diserang penyakit. Rajin-rajinlah membuat check-up kerana kita tak tahu apa yang berlaku dalam badan.
Kadang-kadang badan dah bagi signal tapi kita tak sedar atau buat-buat tak sedar.
“Badan kita bukan mesin. Sampai masa ia perlukan rehat secukupnya. Mungkin ada yang beruntung kerana bebas penyakit walaupun dah berusia.
“Tapi saya pula mengalaminya sekarang, masih muda. Dalam masa yang sama harus bekerja.
“Maka ekstra usaha diperlukan untuk menjaga kesihatan. Saya tak anggap ia satu halangan walaupun banyak aktiviti lasak yang saya dah tak boleh buat lagi.”
Kesimpulannya, hargailah kesihatan kerana ia harta paling berharga selagi kita diberi nikmat untuk bernafas.
Kredit Foto: Instagram Uyaina Arshad
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pemilik Kulit Sensitif & Berjerawat, Cuba 12 Produk Skincare Korea Ini Kesannya Tampak Segera.
Pemiliki kulit sensitif dan berjerawat harus ekstra hati-hati dalam menentukan penggunaan skincare.Tidak hanya bahan kandungannya yang harus tepat, tekstur produk juga perlu diperhatikan untuk mencegah iritasi mahupun jerawat baru.
Untuk itu, anda perlu meggunakan produk skincare yang memang dikhususnya untuk kulit sensitif dan berjerawat. Termasuk yang boleh anda cuba adalah produk skincare dari brand Korea.
Berikut produk skincare Korea untuk kulit sensitif dan berjerawat
Produk skincare Korea untuk kulit sensitif dan berjerawat ini umumnya difromulasikan secara lembut, tidak mengandung alkohol, pewangi, paraben dan bahan keras lainnya. Selain itu, umumnya juga mengandung bahan alami yang bersifat menenangkan dan boleh meredakan jerawat seperti mugwort, centella asiatica atau cica, tea tree dan lainnya. Jom semak produk apa yang sesuai untuk masalah kulit sensitif dan berjerawat? Cuba atasi dengan 10 produk skincare Korea berikut ini.
1. I’m From Mugwort Mask – Hilangkan kemerahan pada wajah
Mugwort kini menjadi kandungan skincare yang tren. Tidak hanya manfaatnya yang sangat efektif merawat kulit berjerawat, Mugwort juga selamat bagi kulit sensitif. Masker ini mengandung 2,1% Mugwort yang kaya akan vitamin dan mineral. Formulanya berbentuk gel ringan yang tidak akan menyumbat pori. Masker gel ini efektif untuk mendetoksifikasi kulit sekaligus menenangkan iritasi atau radangan pada kulit.
Tidak hanya Mugwort, masker gel ini juga mengandung Centella Asiatica dan kandungan alami lainnya yang selamat untuk kulit sensitf dengan jerawat yang parah. Kesannya kelihatan secara dan terasa setelah diaplikasikan. Apalagi, jika kulit sensitif sedang kemerah atau jerawat masih aktif.
Tidak hanya menenangkan, Mugwort juga akan memperbaiki tekstur kulit. Oleskan lapisan tebal masker di area dengan jerawat atau peradangan. Biarkan 15-20 minit dan lihat perubahannya.
2. COSRX Low pH Good Morning Gel Cleanser – Membersihkan dan melembapkan kulit
Kulit sensitif dan berjerawat sangat perlu dijaga keseimbangna pH-nya. Apalagi jika kondisi kulit sedang banyak mengeluarkan minyak. Pilihlah pembersih wajah yang ideal untuk menjaga keseimbangan pH kulit, contohnya COSRX Low pH Good Morning Gel Cleanser.
Pembersih wajah ini memiliki pH rendah yang ideal untuk pH semulajadi kulit, sehingga tidak akan menjadikan kulit kering dan iritasi. Selain itu, formulannya juga diperkaya tea tree oil dan BHA yang dapat menghaluskan tekstur kulit.
Tekstur gelnya yang lembut menghasilkan buih yang sangat halus dan terbukti efektif membersihkan pori-pori secara mendalam. Pembersih ini sangat rendah risiko mengakibatkan iritasi dan tidak mengandung bahan kimia yang terlalu keras untuk kulit sensitif.
3. Gentle Black Sugar Charcoal Soap – Mengurangkan minyak dan sebum
Pembersih harian ini aman untuk kulit sensitif serta sesuai untuk kulit berminyak. Kandungan charcoal semulajadinya secara efektif membersihkan pori-pori dan membersihkan sel-sel kulit mati. Bahkan membuat kulit menjadi lembap setelah dibersihkan.
Sabun wajah ini dapat kecil pori-pori, mengatasi blackhead dan jerawat serta menjaga wajah agar tidak tampak kusam. Formulanya tetap menghidrasi kulit kerana mengandung Natural Glycerin, black sugar dan ekstrak pinus, sehingga pori-pori akan selalu bersih dan wajah jadi lebih bercahaya. Bagi kulit sensitif tidak perlu khuwatir iritasi, kerana sabun ini terbuat dari bahan alami dan tanpa bahan artificial yang dapat menimbulkan risiko iritasi.
4. Mandelic Acid 5% Skin Prep Water – Mengangkat kulit mati penyumbat pori
Kulit sensitif dan berjerawat juga memerlukan exfoliating. Namun, tidak boleh menggunakan scrub atau bahan-bahan yang keras dan kasar. Untuk menggantinya, anda boleh menggunakan Wishtrend Mandelic 5% Skin Prep Water. Produk ini merupakan toner yang bekerja sebagai exfoliant untuk menghidrasi dan tidak menyebabkan iritasi. Selamat dan gentle, formulannya selesa digunakan setiap hari.
Produk ini diformulasikan dengan Asam Mandelic yang bertindak sebagai perawatan pengelupasan kulit. Kandungan ini juga akan meningkatkan warna dan tekstur kulit sambil meningkatkan efektivitas produk lain.
5. Benton Tea Tree Cleansing Water – Mencegah jerawat
Benton Tea Tree Cleansing Water diperuntukkan bagi kulit acne pron dan sesuai untuk kulit sensitif yang mengalami radangan jerawat. Ini kerana formulanya lembut, tidak membuat kulit kering dan free-fragrance. Selain itu, produk ini juga tidak mengandung paraben, pewarna, sulfat dan zat-zat lain yang dapat mendorong iritasi pada kulit sensitif.
Dengan kandungan utama tea tree, cleansing water ini sesuai untuk mengatasi dan mencegah jerawat kerana mengandung antibakteria dan antiseptik. Produk ini sangat dicadangkan bagi anda yang sering menggunakan makeup, baik makeup ringan mahupun berat.
6. Innisfree Bija Trouble Spot Essence – Menenangkan dan merawat radangan jerawat
Beralih ke spot treatment, anda boleh cuba Innisfree Bija Trouble Spot Essence. Esensi ringan ini mengandung minyak Bija dari pulau Jeju yang bermanfaat untuk memperbaiki radang pada kulit. Produk ini sangat selamat untuk kulit sensitif kerana tidak mengandung paraben, bahan-bahan hawan, mineral oil, pewarna buatan, wangian buatan, dan imidazolidinyl urea.
Selain itu, formulanya juga anti-jeragat sesuai juga untuk kulit acne prone. Produk ini diformulasikan dengan tekstur essence yang cukup kental dan memberikan shooting and calming effect. Selain ringan, teksturnya juga transparan sehingga tidak mengganggu penampilan saat diaplikasikan di bahagian jerawat di wajah.
7. IOPE Derma Repair Cica Cream – Menghalang kulit dari berjerawat
Sepeti namanya, krim ini memang diformulasikan untuk memperbaiki ketahanan kulit, baik dari dalam mahupun permukaan. Krim ini mengandung tiga bahan efektif untuk perbaikan kulit sensitif, yakni madecassoside, panthenol, dan ekstrak pohon cemara. Kombinasi ini akan menenangkan kulit, mencegah kerosakan kulit dari kekeringan, dan memperkuat penghalang kulit yang diperlukan untuk kulit sensitif.
Krim ini juga memiliki formula yang ringan dan bebas dari bahan berbahaya seperti paraben, bahan hawan, wangian, pewarna, dan surfaktan PEG. Oleh itu, krim ini sangat efektif untuk membantu proses penyembuhan jerawat kulit sensitif.
8. Klavuu Sensitive Care Sea Silt Repair Toner – Menghidrasi kulit kering yang sensitif dan berjerawat
Toner ini memiliki mild pH level yang lembut dan sesuai untuk jenis kulit sensitif. Formulanya juga sangat ringan, cepat meresap dan tidak sticky. Selain itu, toner ini juga memiliki kekuatan hidrasi yang tinggi pada kulit, sehingga menjadikan kulit lebih supple.
Formulanya mengandung Centella Asiatica yang berfungsi sebagai anti-inflamasi. Selain itu, kandungan triterpenoid pada Centella efektif dalam mempercepat penyembuhan luka bekas jerawat. Menariknya lagi, Centella Asiatica juga mengandung antioksidan tinggi yang mampu mengembalikan kesegaran kulit yang telah hilang.
9. Pyunkang Yul Acne Cream – Menenangkan kulit
Krim ini sesuai untuk semua jenis kulit, bahkan kulit sensitif. Krimnya berbentuk gel bebas minyak yang ringan, tidak meleket dan mudah meresap. Pyunkang Yul Acne Cream diformulasikan dengan Salix Alba (Willow) Bark Extract, Forsythia Suspensa Fruit Extract dan Centella Asiatica Extract untuk menenangkan kulit sensitif. Selain dapat mengawal kelebihan sebum pada wajah, krim ini juga dapat melembapkan dan menyeimbangi kadar minyak dan air di wajah.
10. Son & Park Beauty Full Mask Soothing – Meredakan inflamasi pada kulit
Hijabi yang mask junkie, sheet mask ini boleh anda gunakan untuk memanjakan kulit sensitif berjerawat anda. Masker yang menenangkan ini mengandung ekstrak pepermint dan ekstrak daun lidah buaya untuk membantu menenangkan kulit. Produk ini juga mengandung ekstrak buah pohon baobab yang bekerja sebagai anti-inflamasi untuk membantu mengurangi iritasi. Tekstur lembarannya terasa seperti rambut halus yang lembut di kulit.
11. Benton Snail Bee High Content Essence – Ektrak siput dan bee venom yang baik untuk kulit sensitf berjerawat
Umumnya, perawatan untuk kulit berjerawat memang cenderung mengandung bahan yang agak keras sehingga sering kali tidak boleh digunakan oleh kulit yang sensitif, tapi tidak begitu dengan Benton Snail Bee High Content Essence. Essence ini mengandung dua kandungan utama yang diunggulkan iaitu bee venom dan snail secretion filtrate. Kedua-duanya dikenal sangat baik untuk menyembuhkan kulit dan membuat kulit anda lebih awet muda.
Produk ini juga ini bebas paraben, sulfat, pewangi buatan, mineral oil dan silikon. Bahkan terbukti secara klinikal selamat atau tidak akan mendorong munculnya alergi dan fungal acne. Ada juga kandungan allantoin dan ektrak aloe vera yang mampu menanangkan atau memberikan efek soothing bagi kulit sensitif.
12. Some By Mi True Cica Mineral 100 Calming – Sunscreen yang selamat untuk kulit sensitif dan acne prone
Produk ini mengandung madecassoside dan ekstrak tea tree yang sesuai melindungi kulit sensitif atau berjerawat. Some By Mi Mineral Suncream ini diformulasikan menggunakan bahan-bahan ringan yang terasa sangat lembut di kulit.
Kandungannya tidak hanya melindungi dari sinar UV tapi juga memberikan kesan sejuk dan menenangkan pada kulit. Teksturnya padat tapi mudah dibaurkan, serta tidak meleket dan sama sekali tidak meninggalkan white cast. Produk ini juga memiliki aroma cica ringan yang wangi dan menyegarkan. Krimnya tidak menyumbatkan pori bahkan dapat bekerja sebagai primer di bawah makeup.
Jadi, jangan sampai salah pilih produk dan rawatlah wajahmu dengan produk skincare Korea untuk kulit sensitif dan berjerawat di atas ya!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI