Dalam bab perhiasan, ada jenis perhiasan yang dikhaskan buat wanita dan begitu juga sebaliknya. Lelaki tidak boleh memakai apa-apa perhiasan yang dikhaskan buat perempuan, begitu juga sebaliknya. Kedua-dua jantina mempunya lumrah kejadiannya.
“Makin ramai kaum lelaki memakai rantai, artis dan influencer pun dah semakin berani tonjolkan diri di khalayak dengan gaya sebegini, mereka ni boleh mempengaruhi anak muda,” kongsinya di laman media sosial.
Memakai perhiasan itu HARAM bagi lelaki. Ada pendapat minoriti mengatakan ianya harus, itu pun bersyarat. Tetapi, umumnya, dan kebanyakan ulama mengatakan hukum memakainya itu HARAM.
Sebenarnya kita lihat dah lama kaum lelaki memakai perhiasan seperti gelang dan rantai sama ada daripada besi, perak atau emas, seolah-olah sudah menjadi kebiasaan dan makin boleh diterima. Risau dengan trend lelaki mengayakan hiasan tanpa memikirkan halal dan haram, Ustazah Asma Harun tampil kongsi hukum berkaitan lelaki dan perhiasan.
ARTIKEL BERKAITAN: Boleh Ke LELAKI Pakai INAI? Ini HUKUM Yang Perlu Anda Tahu!
MEMAKAI RANTAI BAGI LELAKI
Daripada Ibnu Abbas r.a, beliau berkata:
لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم الْمُتَشَبِّهِينَ مِنَ الرِّجَالِ بِالنِّسَاءِ، وَالْمُتَشَبِّهَاتِ مِنَ النِّسَاءِ بِالرِّجَالِ
Maksudnya: “Rasulullah SAW melaknat golongan lelaki yang menyerupai orang perempuan dan juga golongan perempuan yang menyerupai orang lelaki.” (HR Bukhari, hadis sahih)
Syeikh Badruddin al-‘Aini pula mengulas hadis ini, kata beliau:
وَتُشْبِهُ الرِّجَالُ بِالنِّسَاءِ فِي اللِّبَاسِ وَالزِّينَةِ الَّتِي تَخْتَصُّ بِالنِّسَاءِ مِثْلُ لُبْسِ المَقَانِعِ وَالقَلَائِدِ وَالمَخَانِقِ وَالأَسْوِرَةِ وَالخَلَاخِلِ وَالقُرْطِ
Maksudnya: “(Celaan ini) adalah pada perbuatan orang lelaki yang menyerupai perempuan dari sudut pakaian dan juga perhiasan yang khusus buat orang perempuan seperti memakai serkup kepala, rantai, gelang tangan, gelang kaki, dan juga anting-anting.” (Kitab ‘Umdatul Qari, Al-‘Aini 22/41)
Jelas daripada hadis di atas bahawa HARAM bagi seseorang untuk memakai pakaian atau perhiasan yang khas bagi jantina berlawanan dengannya. Antara barang perhiasan yang tidak dibenarkan dipakai oleh lelaki adalah:
Pengharaman bagi lelaki menyerupai wanita ini tiada khilaf dalam kalangan alim ulama sama ada dari sudut pergerakan badan, kelembutan kata-kata, perhiasan, pakaian dan lain-lain yang khas bagi wanita dari sudut adat dan tabiat.
MEMAKAI GELANG DAN CINCIN BAGI LELAKI
Imam al-Nawawi menyatakan bahawa jumhur ulama mengharamkan lelaki memakai gelang.
Syeikh Zakariyya Al-Ansari berkata bahawa diharuskan bagi seorang lelaki memakai cincin perak kerana mengikut Rasulullah SAW, bahkan hukumnya adalah sunat, namun lelaki tidak boleh memakai gelang dan tidak halal baginya, meskipun gelang tersebut diperbuat daripada perak. Hal ini kerana memakai gelang itu mempunyai unsur kewanitaan dan ia tidak layak dan sesuai dengan sifat seorang lelaki.
(Rujuk Fatawa Hujjah al-Islam Abu Hamid al-Ghazali, hlm. 30; Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab 4/444 dan Asna Al-Matolib 1/379).
ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan Biasakan Pasangan Kita Berada Mesra Dengan Wanita/Lelaki Lain,”- PU Riz Kongsi 6 Nukilan Untuk Semua.
BARANG PERHIASAN DARI EMAS UNTUK LELAKI
Kaum lelaki diharamkan untuk mengambil emas sebagai perhiasan, maka begitu juga dengan memakai cincin emas bagi lelaki juga jelas pengharamannya melalui hadis Nabi SAW. Daripada Abu Hurairah r.a., beliau berkata:
أَنَّهُ نَهَى عَنْ خَاتَمِ الذَّهَبِ
Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi SAW melarang (lelaki) dari memakai cincin emas.” (HR Muslim, hadis sahih)
Rasulullah SAW pernah melihat seseorang memakai cincin yang diperbuat daripada emas lalu Baginda SAW mencabut cincin tersebut dari tangan lelaki tersebut lalu mencampakkannya, kemudian Baginda SAW bersabda:
يَعْمِدُ أَحَدُكُمْ إِلَى جَمْرَةٍ مِنْ نَارٍ فَيَجْعَلُهَا فِي يَدِهِ
Maksudnya: “Seseorang dari kalian sengaja meletakkan bara dari api neraka ditangannya.” (HR Muslim, hadis sahih)
Rasulullah menyatakan tidak boleh memakai gelang hatta untuk kesihatan sekalipun. Tidak ada manfaatnya. Sebab itu baginda meminta lelaki tersebut menanggalnya.
Rasulullah bersabda:
“Gelang apakah ini? Maka lelaki itu pun menjawab, “Ini disebabkan penyakit.” Lalu baginda bersabda, “Tanggalkanlah ia kerana sesungguhnya ia tidak menambahkan kepadamu melainkan kelemahan.” (Hadis riwayat Sunan Ibnu Majah)
Namun dalam isu ini terdapat beberapa pengecualian, antaranya ialah fatwa daripada Jabatan Mufti Negeri Melaka dan Negeri Sembilan akan keharusan pemakaian gelang atau rantai tangan bagi lelaki untuk tujuan perubatan atau rawatan berdasarkan keperluan dan hajat. Namun, bagi lelaki yang memakai gelang untuk tujuan perubatan, adalah lebih baik tidak memakainya di tempat awam secara terbuka atau menghebahkannya di media sosial supaya mengelakkan fitnah terhadap pemakai, kerana melakukan sesuatu yang mendatangkan fitnah adalah makruh.
Syarat lain yang ditetapkan:
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
SUMBER: FB Ustazah Asma Harun