Sekarang ini sedang ‘viral’ mengenai barang-barang yang murah namun sangat hebat kualitinya yang boleh dibeli di Daiso. Dengan harga hanya RM 5.57, anda boleh mendapatkan produk yang sangat hebat kesannya dalam kehidupan seharian. Wow, macam tak percaya kan? Jom kita lihat senarai produk itu!
Ini bukan racun tetapi jika terdapat kucing yang suka berak merata-rata di kawasan kediaman anda, bolehlah cuba menggunakan ini untuk mengelakkan kejadian tersebut berulang sekaligus menghalang bau-bauan yang tidak diinginkan.
Jika tiada masa hendak mengumpul minyak dan hantar ke alam flora, anda disarankan supaya membeli ini untuk kelancaran longkang dan alam sekitar. Sisa minyak itu akan dibekukan dan boleh dibuang ke dalam tong sampah.
Tak mahu longkang tersumbat? Semuanya bermula dengan anda. Gunakan ini untuk mengasingkan sampah di sinki anda.
Kini anda tak perlu bersusah-payah lagi bekukan air untuk mendapatkan ais. Hanya letak batu ini sahaja dalam peti ais selama 3 jam. Jangan risau, ia langsung tidak berbahaya.
Nak pergi buat facial tapi mahal? Anda boleh cuba ini! Nampak seperti keras tetapi apabila sudah direndam dalam air ia akan menjadi lembut. Ada 3 jenis yang boleh dipilih mengikut kesesuaian kulit anda.
Nampak macam span biasa kan tapi sebenarnya sangat power! Tak perlu gunakan sabun pun. Rendam dalam air dan tonyoh sahaja. Bukan untuk kasut je tau, tapi untuk lantai dan dinding juga boleh.
7. Portable Mini Toilet
Ini sangat unik. Jika anda mahu pergi ke tandas tapi tersekat dalam kesesakan trafik, anda bolehlah gunakan ini dalam keadaan kecemasan.
Kain ini sangat bagus untuk menghilangkan sisa mekap di wajah sebab kadang-kadang ianya tidak mahu hilang walaupun sudah dibilas dengan pencuci wajah.
Haaa, jadi apa perlu tunggu lagi ? Jom kita ke Daiso sekarang juga!
Sumber : facebook Amirah Anuar
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Maulidur Rasul Tanda Cinta Kepada Nabi Muhammad SAW, Banyakkan Berselawat Dan Berdoa.
Maulidur Rasul merupakan tarikh penting buat umat Islam kerana ianya adalah tarikh hari kelahiran atau keputeraan baginda Nabi Muhammad SAW iaitu nabi terakhir yang diutus oleh Allah dalam Islam. Sambutan Maulidur Rasul ini diraikan setiap tahun oleh umat Islam di seluruh dunia. Pada hari istimewa ini, umat islam digalakkan untuk memanjatkan doa buat Rasulullah S.A.W.
“Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku”
Tambahan itu, berselawat juga sangat digalakkan dan dituntut bagi setiap umat Islam kerana banyak fadilat yang bakal kita peroleh daripadanya. “Sesungguhnya Allah dan para Malaikat-Nya berselawat atas Nabi. Wahai Orang-orang yang beriman, berselawatlah atasnya (Nabi) dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya dengan sungguh-sungguh”.
TUJUAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
Pendakwah bebas iaitu Habib Nael Ben Taher, berkata tujuan utama menyambut Maulidur Rasul adalah untuk menyemai dan menyuburkan rasa bersyukur kepada Allah SWT terhadap nikmat pengutusan Nabi Muhammad SAW kepada kita. Kenyataan ini telah dinukilkan oleh Latifah Arifin melalui sebuah akhbar 2018.
“Jika ada pihak yang mengatakan sambutan Maulidur Rasul sekadar budaya, maka sesungguhnya ia sebaik-baik adat dan budaya. Sehingga saat ini, begitu banyak negara yang menyambut Maulidur Rasul sejak turun-temurun di seluruh dunia seperti Indonesia, India dan Mesir.
“Tujuannya adalah untuk menggerakkan semangat dan menyemai cinta serta rindu yang sejati kepada Rasulullah SAW. Ini kerana jika kita sentiasa ingat kepada Rasulullah SAW, kemuliaan itu akan kembali kepada kita sendiri kerana Baginda sebenarnya sudah dimuliakan, dicintai dan dirindui Allah SWT” ujarnya lagi.
Tambahan itu, menerusi perkongsian melalui mstar, terdapat figura lain yang juga telah menghuraikan mengenai tujuan sambutan Maulidur Rasul ini. Ia adalah daripada Doktor Najmuddin Khalfallah iaitu seorang pensyarah di Universiti Lorraine, Perancis. Di dalam majalah Jawhar Islam edisi 2016, dia telah menghuraikan beberapa tujuan sambutan Maulid Nabi Muhammad SAW dilaksanakan, dan ia dapat dirumuskan seperti berikut:
1. Mengambil iktibar dan memperingati sirah perjuangan Nabi Muhammad SAW yang penuh dengan pengajaran dan pengorbanan bermati-matian demi menegakkan agama Islam di bumi Allah SWT.
2. Mengenali dan mengetahui peribadi Nabi Muhammad SAW sehingga dapat mengaplikasikannya ke dalam kehidupan seharian seorang muslim. Hal ini seperti mana firman Allah SWT dalam surah al-Ahzab:
“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)” (Surah al-Ahzab ayat 21).
3. Dapat memperingati tarikh kelahiran Baginda SAW. Hal ini sudah menjadi fitrah manusia bahawa memperingati tarikh kelahiran seseorang adalah tanda kita mengasihi kehidupannya.
4. Mencapai pembersihan hati dan jiwa melalui penghayatan sirah Nabi Muhammad SAW yang penuh dengan nasihat, pengajaran, akhlak dan pengorbanan Baginda SAW dalam menegakkan agama Allah SWT.
5. Memupuk perasaan cinta dan kasih kepada junjungan besar Rasulullah SAW yang sentiasa menyayangi dan merindui umatnya. Jikalau terdapat perbezaan dalam beberapa perkara berkenaan sambutan Maulid ini, umat Islam semuanya sepakat bahawa wajib mencintai Baginda SAW lebih daripada semua makhluk termasuk diri sendiri, seperti yang termaktub dalam pelbagai sabda Nabi SAW.
6. Mengumpulkan umat Islam secara berjamaah dalam melakukan amal soleh. Kebiasaannya pengisian-pengisian utama yang disajikan di dalam majlis-majlis Maulid Nabi SAW adalah seperti tilawah al-Quran, majlis ilmu, zikir, tasbih, dan lain-lain lagi. Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah:
“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)” (Surah al-Maidah ayat 2).
7. Memperbanyakkan selawat dan pujian ke atas Rasulullah SAW. Hal ini sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (melimpahkan rahmat dan keampunan) ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kalian berselawat (mendoakan rahmat)baginya dan mengucapkan salam penghormatan kepadanya.” (Surah al-Ahzaab ayat 56).
8. Menyampaikan pesanan dan peringatan mengenai risalah Islam di tengah-tengah masyarakat. Majlis maulid dianggap sebagai sebuah medan untuk menarik masyarakat untuk bersama-sama berkumpul, mendengar tazkirah, bermuhasabah, berzikir, memberi nasihat serta berselawat ke atas Nabi SAW.
Artikel berkaitan: Sambut Hari Maulidur Rasul, Ini Penjelasan Yang Perlu Kita Ambil Tahu
DOA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
Artikel berkaitan: Rabi’ulawal Bulan Kelahiran Rasulullah SAW Dan Juga Sejarah Islam, Ketahui Dengan Lebih Lanjut
Sumber info dan gambar: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Mstar dan Google
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Yana Samsudin Berang Gambar Di Salah Guna! Rupanya Ramai Artis Dah Terkena
Pelakon utama filem Wawa Semput, Yana Samsudin menerusi satu hantaran video Instagram miliknya, meluahkan rasa tidak puas hati dan bengang terhadap segelintir pihak yang cuba mengaut untung ‘atas angin’ menggunakan gambar serta namanya bagi memperomosikan produk kurus di laman sosial.
Justeru, enggan perkara ini berlarutan hingga memperdaya lebih ramai mangsa, Yana tampil memberi amaran keras kepada peniaga produk, agar memadam posting berkenaan serta merta bersama satu permohonan maaf.
Penjual Produk Sila Padam Posting Tersebut! Buat Permohonan Maaf
Sumber gambar: Instagram Yana Samsudin
“Ini semua tidak benar dan saya tidak pernah pegang produk ini, saya tidak pernah makan produk ini. Gambar ini telah diedit.”
Artikel berkaitan: Walau Apa Cabarannya, Fadzil Zahari Berdoa Agar Yana Samsudin Terus Istiqomah Dan Kekal Berhijab
“Boleh saman orang ini sebenarnya, jadi sebelum saya buat tindakan seterusnya, padam dan buat permohonan maaf! Jangan sampai Kak Yong datang.”
Video amaran berkenaan telah dikongsikan yana di kedua-dua laman sosial rasmi miliknya iaitu di Instagram dan juga Facebook. Jelas Yana lagi, pihak berkenaan membuat satu ‘fake account’ menggunakan nama dan gambarnya untuk tujuan penjualan produk pelangsing berat badan itu sehingga menimbulkan kekeliruan kepada umum.
Guna Gambar Artis, Sasar Peminat Untuk Beli produk
Sumber gambar: Instagram Yana Samsudin
Yana berkata, modus operandi yang digunakan oleh produk berkenaan adalah mensasarkan pembeli dikalangan para peminat selebriti tanah air seperti dirinya, maka para peminat yang terkeliru akan membeli produk berkenaan seolah-olah dia yang menjualnya.
Meninjau ke laman Facebook, Hijabista mendapati bahawa bukan gambar Yana seorang sahaja yang telah dimanipulasi, terdapat juga beberapa artis popular tanah air lain yang menjadi mangsa produk sama, antaranya Dato’ Siti Nurhaliza, Neelofa dan Mira Filzah.
Lebih membimbangkan apabila produk berkenaan tidak dapat dipastikan keselamatannya, samada ia mengandungi bahan terlarang seperti racun berjadual yang boleh memudaratkan pengguna.
“Sudahlah tipu orang menggunakan gambar selebriti, produk itu pun kita tidak tahu halal ke tidak. Tidak ada KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia). Entah-entah ada produk racun berjadual atau tidak. Entah ada babi,” ujar Yana.
Tak baik cari rezeki dengan cara menganiaya orang macam ni kan? Hijabista doakan agar peniaga tersebut sedar bahawa banyak lagi cara yang lebih baik untuk melariskan produk jualannya daripada menggunakan ‘taktik kotor’.
Artikel berkaitan: “Mak Yana Muslim Convert, Asal Bidayuh Kristian’-Yana Samsudin Luah Rasa Syahdu Pada Keluarga
Sumber gambar: Instagram Yana Samsudin
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kalau Anda Ke GENTING HIGHLANDS, Jangan Lupa Pergi Ke 5 LOKASI Menarik Ini. RUGI Kalau Tak Pergi!
Genting Highlands, sebuah kota keriangan dan lokasi percutian yang paling popular di Malaysia. Dengan cuaca yang sejuk serta pemandangan yang indah, ia sering menjadi pilihan anak muda untuk menghabiskan masa bersama keluarga dan BFF anda.
Boleh dikatakan ia merupakan satu tempat menarik di Pahang yang wajib anda kunjungi. Anda boleh ke Genting Highlands dengan memandu kereta sendiri atau menaiki kenderaan awam seperti bas. Buat anda yang inginkan sedikit kelainan, anda boleh menaiki kereta kabel yang disediakan untuk naik ke atas.
Hujung minggu ini, apa kata luangkan sedikit masa untuk melupakan segala penat lelah serta kesibukan kerja dengan bercuti ke Genting Highlands. Bukan jauh sangat pun dari Kuala Lumpur kan? Hijabista kongsikan 5 lokasi yang wajib anda kunjungi di sana. Rugi kalau tak pergi!
1. Alive Museum
Muzium ini sangat sesuai untuk anda yang suka bergambar! Alive Museum mempamerkan trick art, object art dan karya seni lain yang sangat menakjubkan. Karya seni melalui pengalaman 3 dimensi pasti membuatkan anda terpegun dan teruja. Setiap gambar yang diambil akan nampak macam ‘real’. Tentu akan mendapat banyak likes di media sosial.
2. Ripley’s Believe It or Not! Odditorium
Jangan terkejut bila anda masuk ke dalam muzium ini kerana terdapat pelbagai koleksi yang tidak masuk akal dipaparkan di sini. Anda tentu akan terkejut melihat kesabaran yang dimiliki oleh manusia dalam usaha mewujudkan perkara-perkara tersebut. Barangan yang dimiliki memang ‘gila’ dan pelik.
3. Zombie Outbreak
Kalau anda suka pergi ke tempat yang seram, cuba jejakkan kaki di Zombie Outbreak dan rasai sendiri pengalaman dikejar zombie di sini. Secara jujur, Hijabista sendiri terasa seram memasuki rumah zombie ini. Dengan suasana yang gelap serta bunyi zombie yang bermain-main di telinga anda, anda pasti akan lari seperti tidak cukup kaki.
4. Snow World
Sekiranya anda mahu merasai suasana sejuk seperti berada di negara bersalji, jom singgah ke Snow World. Tak tipu, memang sejuk habis! Dengan salji yang turun membuatkan anda terasa betul-betul berada di luar negara. Sejuk sampai ke tulang!
5. Medan Selera Berkonsep Moden Mewah
Terbaru di Genting Highlands, medan selera ini telah dibuka di SkyAvenue, Resorts World Genting. Pelbagai pilihan makanan serta masakan menanti para pengunjung di medan selera ini. Apa yang pasti, ia sangat selesa dengan persekitaran yang santai dan mudah diakses. Anda sendiri boleh membuat pilihan makanan yang terdiri daripada Nasi & Rempah-Ratus, aneka mi, Laksa, hidangan Timur Tengah dan kentang goreng rangup. Medan Selera ini terletak di Aras G, SkyAvenue dan dibuka bermula daripada jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam. Hijabista sudah rasai sendiri hidangan makanan di sini dan tidak dinafikan memang sedap belaka!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI