Lengan yang berlemak dan mengeleber memang menganggu jika ada pengemar fesyen. Mana tidaknya, semua tempat sudah sempurna tetapi di bahagian lengan pula nampak macam Popeye the Sailor .
Sesetengah orang simpan lemak berlebihan pada perut, punggung atau pipi. Itu genetik. Samalah bagi lengan yang berlemak. Kita tidak boleh memaksa badan simpan lemak di mana-mana. Tetapi bagaimana untuk kurangkan saiz lengan? Walaupun kita memakai pakaian yang menutup bahagian itu tetapi tidak seronok jika kita melihatnya di cermin. Malah akan menyukarkan kerana kita perlu membeli pakaian yang besar di bahagian lengan.
Artikel Berkaitan: Senaman Mudah Untuk Dapat Perut ‘Flat’ Macam Model
Apa kata, jom kongsi tip mudah dari coach Kevin Zahri bagaimana untuk mengatasi masalah lengan mengeleber ini.
- Amalkan latihan angkat berat 3 kali seminggu. Gunakan dumbbell, jika tiada gunakan sahaja angkat je botol berisi air di rumah.
2. Jaga pemakanan. Utamakan sayur-sayuran, buah-buahan, daging, kekacang dan bijirin, makanan rendah karbohidrat, dan makanan berasaskan tenusu.
3. Air sangat penting untuk mengeluarkan toksin dalam badan. Tapi jangan berlebihan. Minum air sebanyak 8 gelas sehari adalah yang paling baik.
4. Aerobik merupakan antara cara yang paling baik untuk menggerakkan keseluruhan tubuh badan anda. Lengan yang kurus juga boleh dicapai dengan latihan ‘windmill’ atau kincir angin.
5. Melakukan boxing dengan menumbuk ‘punching bag’ membantu koordinasi dan keseimbangan badan anda serta boleh membentuk lengan yang cantik.
6. Push-up dapat membantu mendapatkan lengan yang kurus kerana ia boleh membentuk lengan anda dan mengurangkan tisu-tisu lemak di bawah lengan anda.
SUMBER: Kevin Zahri
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI