Senaman Kardio Yang Berlebihan Punca Penyakit Osteoporosis, Pakar Kongsi Rutin Terbaik Senaman Kardio!

Share

Hasil kajian daripada American Council on Exercise mendapati bahawa kaum wanita membakar 12 hingga 15 kalori per minit dan kaum lelaki mampu membakar 15 hingga 18 kalori per minit ketika mereka melakukan latihan CrossFit, sedangkan latihan seperti jogging di treadmill biasanya hanya dapat membakar 8 hingga 10 kalori per minit untuk wanita dan 11 kalori per minit untuk lelaki. 

Sumber gambar: People

Pensyarah Kesihatan dan Kecergasan di Universiti Selangor (UNISEL), Encik Wan Mohd Hakim menyatakan bahawa gabungan senaman kardiovaskular dan kekuatan ini amat sesuai dilakukan oleh penghidap obesiti untuk kekal fit dalam proses menurunkan berat badan.

“Masyarakat hari ini seringkali memfokuskan misi untuk membakar kalori apabila melakukan senaman. Terutamanya penghidap obesiti. Walhal, mereka sepatutnya bersenam untuk meningkatkan metabolisme dengan cara menambahkan otot-otot di badan. 

Hipotesisnya, lebih banyak otot dihasilkan, lebih tinggi tahap metabolisme dalam tubuh. Apabila metabolisme tinggi, maka lebih banyak kalori dan lemak boleh dibakar. Justeru itu, latihan CrossFit adalah langkah bijak untuk membina otot dan sekali gus menurunkan berat badan dengan lebih ideal”.

Sumber gambar: Self

SENAMAN KEKUATAN DAN KARDIOVASKULAR

Mengenai senaman kardiovaskular, ia merangkumi aktiviti yang dilakukan dalam tempoh yang lama namun tahap bebanannya adalah dari tahap rendah ke sederhana. 

Aktiviti-aktivti seperti jogging, ‘fast walk’ dan ‘jungle trekking’ adalah antara aktiviti yang merangkumi senaman kardiovaskular. Senaman kekuatan pula (strength training) memfokuskan kepada ketahan tulang badan yang lazimnya dipraktiskan di gym. 

Menurut En. Wan, senaman jenis kekuatan ini melibatkan latihan squat, mengangkat dumbbell, melakukan push ups, sit up dan sebagainya. Bagi penghidap obesiti, kedua-dua senaman ini yang harus dilakukan bagi mendapat berat badan yang ideal, dan membantu untuk menghilangkan kulit lebihan supaya membentuk tubuh badan yang fit dan tegap.

TEMPOH MASA DAN KEKERAPAN

Bagi mereka yang obes, tempoh masa yang disarankan untuk melakukan senaman adalah 1 jam 30 minit. Tempoh minimum pula adalah 30 minit. Dalam aspek ini, ia berpandukan kepada tahap kemampuan individu tersebut. Namun, adalah tidak digalakkan untuk melakukan senaman 2 jam atau lebih kerana boleh memudaratkan tubuh badan.

“Untuk mendapatkan senaman yang berkualiti, saya galakkan pada mereka yang obes dan juga yang normal untuk melakukan 3 kali sehari iaitu pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Rehatkan tubuh anda pada hari Sabtu dan Ahad. Itu lebih memadai.

Usah terlalu memaksa badan anda untuk bersenam kerana ia berpotensi untuk menganggu fungsi jantung anda. Akhirnya, ia boleh menyebakan kematian”.

FAKTA:

  1. Jika melakukan senaman kardiovaskular berlebihan, individu berisiko tinggi untuk mendapat Osteoporosis.
  2. Jumlah kalori yang hanya dapat diturunkan pada kadar normal ialah 500-600 kalori iaitu bersamaan dengan sebungkus nasi lemak.
  3. Latihan fleksibiliti amat penting untuk dilakukan kerana proses regangan selepas bersukan membantu untuk mengelakkan kecederaan otot.
  4. 300ml adalah isipadu air yang diperlukan sebelum memulakan senaman.
  5. Pastikan memakan nasi 4 jam sebelum bersenam.
  6. Disarankan untuk makan makanan yang mudah dicerna sebelum bersenam seperti buah-buahan ataupun coklat untuk mengelakkan daripada sesak nafas dan termengah-mengah.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

 

Published by
Putra