Terdapat banyak cara untuk bersenam yang akan menguatkan otot, membantu anda menurunkan berat badan dan meningkatkan tahap tenaga, serta memberi anda manfaat lain yang meningkatkan badan. Sebagai contoh, berlari, yoga, dan berenang adalah kegemaran anda. Atau, anda boleh menukarnya, dengan senaman yang lebih menyeronokkan.
Gelung hula! Jika anda belum mengetahuinya, terdapat beberapa senaman hula hoop yang sangat berkesan untuk mengecilkan lemak perut dan sebelum melakukannya, jom ketahui latar belakang mengenai latihan ini.
Sesuatu yang sering dilihat sebagai mainan kanak-kanak dan sesuatu yang mungkin tidak digunakan oleh ramai daripada kita sejak kecil. Gelung hula sebenarnya boleh menjadi cara yang bagus untuk bersenam. Bukan sahaja ia sangat menyeronokkan, tetapi gelung hula boleh membantu anda membakar tujuh kalori seminit sambil juga memberi manfaat kepada perkara seperti otot teras, postur dan peredaran. Mencuba hula hoop di TikTok, jelas bahawa ia bukan sahaja cara yang “seronok dan berbeza” untuk menikmati aktiviti fizikal, tetapi juga ia menguatkan bahagian teras lebih kuat secara umum.
Jadi, bagaimana anda mendapat hasil yang sama daripada senaman gelung hula ini? Empat latihan hula hoop paling berkesan untuk mengecilkan lemak perut, menurut pakar.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Ads
Hula Hooping berwajaran
Hula hooping ialah senaman aerobik yang mengejutkan yang akan memastikan bahagian perut anda terlibat sepanjang senaman. Jika anda seorang pemula, gunakan gelung yang berat, kerana ia lebih mudah dikendalikan dan lebih berkesan daripada gelung biasa. Anda akan membakar lebih banyak kalori semasa cuba memutarkannya.
Jika anda tidak sabar-sabar untuk mengurangkan lemak di sekeliling pinggang anda, gelung hula adalah yang terbaik untuk anda! Cuba sertakan dalam jadual senaman harian dan anda.
Hula Gelung Berdiri Putar
Sama ada anda memilih untuk menggunakan gelung hula yang berat atau versi biasa, masukkan pusingan berdiri ke dalam rutin senaman anda. Dengan gelung hula, ini adalah salah satu cara paling asas untuk bersenam, abs mendapat senaman yang hebat semasa anda menggunakan gelung hula untuk memusing dalam kedudukan berdiri.
Ads
Untuk melengkapkan pusingan berdiri dengan gelung hula, pegang gelung dengan teguh dengan tangan. Sambil anda memastikan kaki kukuh dan diam serta dibuka seluas bahu, putar bahagian atas badan anda terlebih dahulu ke sebelah kanan anda selama 5 hingga 10 saat sebelum melakukan perkara yang sama di sebelah kanan anda. Cuba tingkatkan bilangan ulangan dan set apabila latihan menjadi lebih mudah.
Hula Hoop Russian Twist
Pusingan Rusia ialah latihan teras yang hebat, yang anda boleh meningkatkan tahap dengan melakukannya dengan gelung hula. Pusingan Rusia adalah luar biasa untuk membakar kalori. Ia juga sangat baik untuk kekuatan abs dan core. Tingkatkan keamatan senaman atau masukkan pemberat ke dalam rutin untuk membantu membakar lebih banyak kalori.
Sama seperti pusingan berdiri, tetapi sebaliknya dilakukan sambil duduk di atas lantai, anda boleh menangani pusingan Rusia sambil memegang gelung hula dengan kedua-dua tangan di hadapan dan bersandar ke belakang sambil mengangkat kaki. Semasa dalam kedudukan ini, putar gelung hula ke sebelah kanan anda selama 5 hingga 10 saat sebelum berpusing ke sebelah kiri anda. Sekali lagi, tingkatkan bilangan ulangan dan set yang anda mampu.
Ads
Hula Gelung V-Duduk
Pakar mengesyorkan melakukan hula hoop v-duduk untuk menyasarkan lemak perut. Satu lagi latihan gelung hula yang anda akan duduk di atas lantai, Ia adalah senaman yang membantu anda membina core yang kuat. Ia juga merupakan teknik terpantas untuk menurunkan berat badan dalam perut anda.
Sekali lagi, duduk dan pegang gelung hula di hadapan anda, bersandar dan angkat kaki. Dari sana, biarkan kaki anda turun, tetapi jangan biarkan ia mencecah lantai sebelum mengangkatnya semula sehingga badan anda berada dalam kedudukan seperti v. Seperti biasa, tingkatkan bilangan ulangan dan set apabila kekuatan anda bertambah.
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Jenama telekung terkenal tempatan yang menjadi impian setiap wanita Islam memilikinya, Siti Khadijah tetap unggul di pasaran. Melangkah satu tapak yang luar jangkaan, terkini, Siti Khadijah sudah mempunyai sebuah mesin layan diri pertama yang terletak di lorong menuju surau RnR Seremban ke arah Utara.
Mesin tersebut bukan sahaja menjual telekung , malah mempunyai pelbagai jenis sejadah, kopiah, beg untuk telekung, stokin wanita dan juga kopiah buatan jenama tersebut.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Menurut pengasas jenama telekung tersebut, Padzilah Enda Sulaiman dengan adanya mesin layan diri tersebut ia bukan sahaja memudahkan sesiapa sahaja untuk menunaikan tuntutan solat, bahkan orang ramai boleh menggunakannya untuk membeli ‘buah tangan’ kepada insan yang tersayang. Adanya mesin tersebut, merupakan hasil buah fikiran dan kerjasama pasukan Siti Khadijah sendiri, tambahnya lagi.
Warganet yang melihatnya ramai yang berasa bangga dan kagum dengan kewujudan mesin layan diri Siti Khadijah itu.
Lebih menarik lagi, salah seorang pasukan Siti Khadijah yang menjayakan mesin layan diri itu berkongsi gambar pelanggan pertama yang menggunakan mesin tersebut merupakan seorang pemuda yang membelikan telekung sebagai hadiah untuk ibunya setelah sekian lama dia tidak dapat balik beraya di kampung.
Jika anda dalam perjalanan ke Utara, bolehlah singgah R&R Seremban untuk merasai pengalaman sendiri bagi mendapatkan produk-produk Siti Khadijah dengan lebih mudah hanya menggunakan mesin layan diri sahaja.
Difahamkan, Siti Khadijah akan menambah lagi mesin layan diri tersebut di beberapa lokasi lain pada masa akan datang.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Terkejut dengan surprise party yang dirancang oleh keluarga mertuanya, Hanis terharu dihidang dengan 3 buah kek. Hanis Zalikha panjatkan rasa syukur pada majlis yang sederhana tapi cukup bermakna kerana tahun ini sambut bersama dua cahaya mata.
Hadiah Peminat Sempena Ulangtahun
Surprise berganda Hanis Zalikha untuk peminat sempena ulangtahunnya, Cakenis baru-baru ini melancarkan koleksi edisi terhad terbaru, The Kek Origami sempena perayaan Ulang tahun Hanis. Seperti biasa, setiap satu daripada koleksi edisi terhad hijab cakenis direka bentuk dengan teliti oleh Hanis sendiri dan disempurnakan oleh team cakenis.
Inspirasi di sebalik signifikasi koleksi ini berasal dari seni lipatan kertas Jepun, mengenai seni origami. Tudung-tudung ini boleh didapati dalam enam warna dan nama iaitu nafas, Apricot, Windmill, Oxford, Pinata, dan Kertas Mache & Unicorn. Cakenis juga membawa reka bentuk yang unik di mana unsur-unsur daripada origami diperbadankan. Untuk menjadikannya lebih menarik, kesan monogram Cakenis boleh dilihat pada setiap elemen utama di sekitar selendang.
Bonus Koleksi Ini
Setiap kotak Origami Cake dilengkapi dengan helaian kertas origami sebagai eksklusif hadiah percuma. Cakenis juga telah memberikan buku nota edisi terhad kepada 50 pelanggan pertama yang membeli minimum daripada dua koleksi origami dan sebarang item di laman web utama Cakenis.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Sebagai seorang wanita, pastinya anda memiliki pakaian atau hijab daripada fabrik yang lembut seperti kain berbulu, sutera, kapas dan nylon. Terdapat pelbagai jenis fabrik lembut di pasaran kerana setiap individu memiliki cita rasa yang berbeza.
Fabrik lembut ini perlu dijaga dengan rapi agar ia kekal lama dan tidak mudah rosak. Jadi, anda perlu tahu cara penjagaan yang tepat agar ia tahan lama. Nah, Hijabista kongsikan 6 tip penting yang boleh anda cuba.
1. Cuci Dengan Tangan
Mencuci fabrik lembut dengan tangan dapat menjamin kebersihan serta menjaga kondisi fabrik tersebut. Jadi, sebaiknya anda cuci dengan tangan.
2. Gunakan Laundry Bag
Sekiranya anda mencuci fabrik lembut seperti hijab menggunakan mesin basuh, gunakan laundry bag agar ia tidak mudah rosak. Pilih pusingan sederhana atau perlahan untuk cucian mesin.
3. Jangan Gunakan Peluntur
Jangan sesekali menggunakan peluntur ketika mencuci fabrik lembut kerana ia hanya akan merosakkan fabrik tersebut.
4. Pastikan Guna Pencuci Yang Sesuai
Untuk menjaga kondisi fabrik lembut, pastikan anda menggunakan pencuci yang sesuai. Hijabista cadangkan anda gunakan pencuci TOP Lite kerana ia sesuai untuk cucian fabrik halus dan lembut. Malah, ia juga dapat memelihara kelembutan fabrik serta dapat menghilangkan kesan daki, peluh dan bau hapak dengan sepenuhnya. Mengapa TOP Lite berbeza dengan pencuci baju yang lain? Ini kerana TOP Lite dapat mencegah kepudaran pada fabrik dan dalam masa yang sama dapat mengekalkan kecerahan warna fabrik. Pencuci TOP Lite lembut pada kulit dengan pH neutral dan ia juga berfungsi sebagai anti-bakteria.
5. Jemur Di Bawah Matahari
Jangan keringkan fabrik lembut menggunakan mesin pengering kerana ia akan menghilangkan bentuk fabrik tersebut. Sebaiknya, gantung dan jemur ia di bawah matahari. Lebih mengujakan apabila pencuci TOP Lite akan mengekalkan keharuman pada fabrik. Sekiranya hujan, anda tidak perlu risau kerana TOP Lite sesuai untuk pengeringan di bawah kawasan yang teduh. Jadi, baju anda tidak akan berbau.
6. Jangan Bilas Menggunakan Pelembut
Seeloknya, jangan bilas pakaian anda dengan pelembut kerana pelembut tidak sama fungsinya dengan pencuci baju. Pakaian anda masih kotor dan pelembut tidak dapat menghilangkan kekotoran pada pakaian anda jika anda membilas pakaian menggunakan pelembut.
Max Kleen9 Hijab Wash Mencuci kotoran yang dapat menghilangkan kesan peluh, minyak dan gincu / mekap dengan mudah. Hanya perlu RENDAM-BILAS-SIDAI. Walaupun hijab wash, ianya tidak hanya mencuci tudung, tapi terbukti dapat membersihkan pakaian sekolah dan telekung yang sudah kekuningan. Cara Penggunaan Tuangkan 2-3 penutup botol hijab wash) ke dalam baldi air kemudian rendam tudung atau fabrik anda beberapa jam. Max Kleen9 Hijab Wash, ia lembut pada tangan dan tidak akan membuatkan tangan anda menjadi lebih kasar.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Isteri mana yang tidak merasa bahagia apabila dirinya sentiasa dihargai oleh suami tersayang apatah lagi dianggap sebagai bidadari.Begitulah bertuahnya penyanyi dan aktivis kemanusiaan Nur...