
Isi Kandungan
ToggleMelakukan ‘plank’ adalah salah satu jenis senaman yang paling popular dan berkesan di seluruh dunia. Senaman yang melibatkan ‘plank’ membantu melatih bukan sahaja otot perut anda, tetapi juga otot bahu anda dan sebenarnya, semua otot dalam badan.
Jadi sekiranya anda belum mencuba melakukannya, berikut ialah rancangan mudah untuk membuat plank yang akan membantu anda berasa bertenga dan ia hanya mengambil masa empat minit setiap hari.
1. Full Plank – Durasi 1 minit
2. Elbow Plank – Durasi 30 saat
3. Raised leg Plank – Durasi 30 saat
4. Side Plank – Durasi 1 minit
5. Full Plank – Durasi 30 saat
6. Elbow Plank – Durasi 1 minit
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe .
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sangat Rugi Jika Seseorang Itu Komen Yang Keji Atau Menfitnah Lalu Disebarkan. Kongsi Laudya Cynthia Bella Sangat Deep

Isi Kandungan
ToggleSetiap gayanya menjadi ikutan ribuan pengikut Bella di Malaysia maupun Indonesia. Usai mengerjakan ibadah haji Bella sering berkongsi bicara yang manis dan bermafaat di entri instagramnya.
Lebih menarik Bella mengajak semua pengguna media sosial memberi komen yang baik-baik dan bermanfaat walau di mana entri sekalipun. Menurutnya:
Mau cerita sedikit nih,belakangan ini setiap mau upload bingung benget.. (kecuali kerjaaan yaaa😆)
Karena pernah beberapa kali ada yang berkomentar dan ujung-ujungnya menimbulkan hal yang tidak bermanfaat🤦🏻♀️
.
Semoga mulai sekarang ada sedikit terbesit dari kalian “Apakah yang aku komentari itu bermanfaat?
Semua Perbuatan Dipertagungkan Di Kiamat
Malah setiap apa yang kita upload di media sosial harus dipertanggunjawabkan oleh diri kita. Setiap perbuatan akan di soal di hari akhirat.
Sangat rugi Jika seseorang itu berkomentar yang keji atau menfitnah lalu di sebar luaskan,ingat saudaraku itu semua akan dipertanggung jawabkan loooh di akhirat kelak.
.
InsyaAllah aku juga akan belajar upload hal2 yang bermanfaat,karena insyaAllah
Kalau uploadan nya baik maka pahala pun akan kita dapati sampai hari kiamat…
.
Semua perbuatan dan perkataan akan dimintai pertanggung jawabannya kelak di akhirat dan komentar adalah sama dengan ucapan, dan setiap ucapan akan dicatat oleh para malaikat pengintai yaitu Raqib dan ‘Atid, yang kemudian akan dimintai pertanggung jawaban di hari kiamat
.
.
Rasulullah shallallahu’alaihi wassalam bersabda : ” Barangsiapa yang menunjukkan kepada kebaikan maka dia akan mendapatkan pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya ” (HR. Muslim).
.
“ Barangsiapa yang memberi petunjuk pada kejelekan, maka ia akan mendapatkan dosa dari perbuatan jelek tersebut dan juga dosa dari orang yang mengamalkannya setelah itu tanpa mengurangi dosa mereka sedikit pun juga .” ( HR. Muslim ) .
InshAllah ini bisa menjadi Reminder
Untuk kita semua😢
(Aku menukil dari Guru Hafizhahullah)
Reka Baju Tidak Mengikut Susuk Tubuh
Menurut Bella wanita cantik ini mahu mengilhamkan rekaan baju yang tidak mengikut bentuk badan.
“Alhamdulilah sekarang saya tidak lagi rasa selesa memakai baju yang ‘bodyfit’ atau mengikut bentuk badan.
“Ada juga yang bertanya kenapa tidak ada koleksi baju kecil yang mengikut bentuk badan. Tapi sebenarnya saya sendiri sangat selesa dengan baju longgar jadi bagaimana mahu menjual baju yang ‘bodyfit’,” ujarnya yang turut mendapat sokongan suami tercinta, Engku Emran.
Menurut Bella lagi, suaminya itu tidak menolak idea yang dikemukakan Bella sebaliknya menasihati.
“Suami pesan jika ingin mendapatkan pahala apabila ramai orang yang akan memakai baju yang kamu reka nanti. Pastikan baju berkenaan harus disesuaikan dengan syariat islam.
“Alhamdulilah dengan dorongan dari mertua, suami dan sokongan peminat rezeki saya mencurah-curah dan saya tidak mahu mereka mengikuti saya dengan stail yang akan menambah lagi dosa saya.”
“Mungkin dengan ini saya dengan perlahan-lahan akan berhenti untuk memakai seluar mengikut pinggul yang boleh menampakkan susuk tubuh,” tambahnya lagi.
Sementara itu, ibu mertuanya juga turut memberi pesanan kepada Bella jika mahu menjadi Muslimah yang baik, wajib memakai skirt berbanding seluar kerana seluar itu lebih menyerupai lelaki.
Menolak Dengan Baik Permintaan Produksi
Tidak melepaskan pesanan mertuanya berlalu begitu sahaja Bella terus istiqomah dengan menolak permintaan produksi yang ingin dia menggayakan pakaian mengikut bentuk badan.
Malah Bella sendiri membuat permintaan agar pakaiannya juga biarlah rekaannya besar dari tubuh.
Dalam pada itu, Bella yakin dengan ketentuan rezeki yang ada dan tidak akan berkurangnya rezeki Allah SWT. sekiranya dia menolak permintaan sebegitu.
Tetapi sekiranya sebelum ini dia telah mengikat kontrak bersama, tanggung jawab berkenaan akan dilunaskan mengikut permintaan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hasrat Nak Bantu Orang Susah Terkubur, Tasha Yong Akui ‘Koyak’ Di Hina Netizen!

Pelakon kacukkan melayu Thailand, Nur Natasha Shazlia Rosli atau lebih mesra disapa sebagai Tasha Yong, 32 akui merasa sedih, kecewa dan tertekan dengan pelbagai penghinaan yang diterimanya sejak mula menceburkan diri dalam perniagaan makanan kerepek.
Baru-baru ini ketika melakukan siaran langsung di laman Instagram miliknya, Tasha yang sebak telah menangis kerana tidak mampu lagi membendung tekanan dan kesedihan yang sudah dipendam sekian lama.
Tasha Menangis Di Hina Dan Di Cerca Netizen
“Ini adalah kali pertama saya berasa putus asa. Selama ini, saya tutup aib, tutup rasa ‘down’ (kecewa). Saya tunjuk yang diri okay, saya kuat. Hari-hari saya kongsi ‘live’ semangat pada orang yang tengah ‘down’, sampai mereka pulih semangat semula.
“Tanpa mereka tahu betapa hancurnya hati saya. Dihina, dicaci, tiada siapa ‘support’ (sokong) saya buat jual kerepek ini. Mungkin mereka rasa hina sangat berniaga kerepek. Tapi, saya tetap teruskan sebab nak bantu orang susah buat duit.
“Sebab saya faham macam mana rasa susah itu. Malah, setiap kali engkau gagal, orang akan tepuk tangan. Bila nak bangkit, tiada siapa hulur tangan. Saya dah lelah,” tulis Tasha pada ruang kapsyen liver berkenaan.
Meninjau ke laman Instagram Tasha, Hijabista mendapati mwnerusi satu hantaran lain, Tasha meminta agar mana-mana pihah yang tidak mampu membantu orang lain mengapai impian, supaya berhenti membunuh cita-cita orang lain dengan kata-kata nista dan cacian.
“Tolonglah.. Kalau takde rasa nak bantu, janganlah kau bunuh dan tarik orang tu kebawah. Lama aku pendam dan tahan sesak dada aku ni. Daripada aku tunjuk kesedihan aku, aku tunjuk semangat aku dekat orang.
“Setiap kali aku buat sesi motivasi bantu orang lain ubah hidup, Alhamdulillah hidup aku juga mula berubah. Tapi memang akan ada hamba Allah yang hati macam iblis! Penuh hasad dengki dan setiap kali akan jatuhkan kau. Selagi kau tak mampus, selagi tu dia takkan puas hati.
“Lagi aku sabar lagi diuji kesabaran aku. Kali ni aku jujur bagitahu yang MEMANG AKU TENGAH TAK OKAY! tapi tak bermakna aku akan down selamanya! Mentor aku ajar aku untuk bangkit 10kali ganda setiap kali jatuh..
“Buat insan yang memang suka tengok aku jatuh, aku nak pesan kat kau, AKU BUKAN MACAM KAU. Kalau aku dah berjaya kaya raya nanti, aku pasti akan bantu kau ke jannah, aku bukan musuh kau, musuh kita adalah iblis, bukan sesama hamba seislam.
Assalamualaikum.. ayong tak nak simpati korang, cuma ayong harapkan doa dari kalian. Semoga Allah balas jasa kalian dengan memulangkan doa-doa kalian itu kepada kalian juga🙏🏻❤️ tulisnya.
Artikel berkaitan: Asyiknya Makan Kerepek Pegaga, Hijabi Yang Tak Suka Makan Sayur Boleh Try!
Pelakon drama Memori Cinta Suraya, Cinta Ibadah dan pelbagai drama lain itu berkata, selama dia bersabar selagi itu dirinya terus diuji sehinggakan dia menjadi lemah.
“Kali ini, saya jujur beritahu yang memang diri tengah tak okey. Tapi tak bermakna saya akan ‘down’ selamanya. Mentor saya ajar, untuk bangkit 10 kali,” katanya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata rakan artis telah tampil memberi dukungan dan meniupkan kembali semangat kepada diri Tasha.
Ini bertujuan agar Tasha lebih cekal melangkah dan tetap meneruskan perniagaan kerepeknya, tanpa perlu mengambil pusing sebarang cercaan dan hinaan yang dilemparkan.
Antara komen yang ditinggalkan oleh rakan-rakan artis buat Tasha adalah seperti berikut.
“Kau kuat ! Don’t be sad love you ❤️” – Janna Nick
“Adik kakak 💪💪💪” – Ieda Moin
“Hugss 🥺💗” – Adriana Adnan
Untuk rekod, kerepek keluaran Tasha Yong dalam masa yang sama melakukan ‘Misi Bantuan 40 Golongan Asnaf’. Keuntungan jualan setiap pembelian kerepek Pedas Basah atau Ayam, RM 1 akan disumbangkan kepada 40 orang keluarga Asnaf.
Sumber: Instagram Tasha Yong
Artikel berkaitan: Jika Kurus Matlamat Anda, Pakar Syorkan Buang 2 Makanan Ini Dalam Pantri
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rawat Pigmentasi, Jeragat Dan Muka Glowing Serta-Merta, Hanya Guna Kulit Oren. Lepas Ni Jangan Buang Ya!

Isi Kandungan
ToggleKita semua menggemari buah oren yang cerah dan berair kerananya. Menariknya, ia juga merupakan salah satu makanan meningkatkan imuniti yang berkesan. Mengambil segelas jus oren setiap hari adalah baik untuk badan anda kerana ia mengandungi vitamin C, folat, dan kalium. Selain manfaat kesihatan, oren dilengkapi dengan beberapa manfaat kecantikan juga.
Walaupun ramai yang membuang kulit oren selepas memakannya, anda mesti tahu ia sangat bernilai. Oleh itu, menjadikannya sebagai ramuan untuk digunakan dalam rutin kecantikan amat bermanfaat.
ARTIKEL BERKAITAN: Hebatnya Kulit Pisang! Mampu Selesaikan Pelbagai Masalah, Salah Satunya Kedutan Di Wajah.
Kulit oren sarat dengan antioksidan dan nutrien, ia boleh digunakan dalam beberapa cara pada kulit anda. Salah satunya jadikan masker buat sendiri dengan adunan bahan yang lain bagi membantu menghalang jerawat tumbuh, kulit yang merengsa kemerahan, menserahkan kulit wajah dan pelbagai lagi. Hijabita kongsikan DIY masker yang diperbuat dari kulit oren, janji tak menyesal hasilkannya.
1. Masker muka kunyit dan kulit oren
Bahan-bahan:
- 1 sudu besar serbuk kulit oren
- Secubit kunyit Kasturi
- 1 sudu besar air mawar
Beli kunyit Kasturi : DI SINI
Cara Membuatnya:
- Campurkan serbuk kulit oren dengan kunyit kasturi di dalam mangkuk dan masukkan air mawar untuk membentuk pes halus.
- Sapukan pes dan biarkan ia kering selama 10-15 minit pada muka dan leher anda.
- Kemudian gosok perlahan-lahan dengan jari yang basah dalam gerakan membulat.
- Pek muka menghilangkan tan degil dan menghidupkan semula warna kulit anda.
- Secara semula jadi, ia adalah antibakteria dan melindungi muka daripada letusan jerawat.
2. Masker muka multani mitti dan kulit oren
Bahan-bahan:
- 1 sudu besar serbuk kulit oren
- 1 sudu besar Multani mitti
- 1 sudu besar air mawar
Beli serbuk Multani mitti: DI SINI
Cara Membuatnya:
- Untuk membentuk konsistensi seperti pes, campurkan serbuk kulit oren dan Multani mitti dalam mangkuk dan tambah air mawar kemudiannya.
- Sapukan pada leher dan muka anda dan biarkan ia kering selama 30 minit.
- Basuh masker dengan lembut dari muka anda dengan air suam.
- Masker muka membersihkan muka secara menyeluruh dan menghalang bintik putih dan bintik hitam.
- Ia menghalang kulit berminyak dan kulit kombinasi terhadap jerawat.
ARTIKEL BERKAITAN: Toner Vitamin C Buat Sendiri, Tak Sangka Kulit Oren Mampu Atasi Masalah Kulit. Lepas Ni Jangan Buang!
3. Masker muka cendana dan kulit oren
Bahan-bahan:
- 1 sudu besar pulpa oren
- 1 sudu besar serbuk cendana
- 2 titik jus lemon
- 2 sudu besar air mawar
Beli serbuk cendana: DI SINI
Cara Membuatnya:
- Campurkan pulpa oren dan serbuk cendana.
- Untuk membentuk pes bertekstur halus, tambah jus lemon dan air mawar dalam adunan.
- Biarkan pada muka selama 10 minit dan selepas kering, bilas.
- Masker ini membantu menambah cahaya segera pada wajah dan menghilangkan minyak berlebihan.
4. Masker muka neem dan kulit oren
Bahan-bahan:
- 2 sudu besar pes daun neem
- 2 sudu besar pulpa oren
- 1 sudu besar susu soya
Beli serbuk neem: DI SINI
Cara Membuatnya:
- Untuk membentuk pes halus, gabungkan pes neem dan pulpa oren dan tambah susu soya dalam adunan.
- Sapukan ini pada muka dan leher anda dengan berus pek muka.
- Biarkan selama 15-20 minit, teruskan dan basuh perlahan-lahan dengan air sejuk.
- Pek muka menghilangkan pori-pori yang tersumbat dan menghilangkan jerawat pada wajah.
- Ia membantu mengawal pengeluaran sebum dalam kulit, melindungi anda daripada jerawat dan jeragat.
5. Masker muka aloe vera dan kulit oren
Bahan-bahan:
- 2 sudu besar gel aloe vera
- 2 sudu besar serbuk kulit oren
- Setengah limau
Cara Membuatnya:
- Potong sehelai daun aloe vera dari pokok aloe vera dan ekstrak gel dari dalam.
- Pada gel aloe vera segar ini, masukkan serbuk kulit oren dan gaul rata.
- Kemudian perahkan beberapa titis jus lemon ke dalam adunan sehingga ia membentuk konsistensi seperti pes.
- Sapukan masker ke muka anda dan biarkan ia kekal di sana selama 15 minit.
- Bilas dengan air sejuk.
- Kulit tenang dengan masker muka dan menyembuhkan kemerahan, selaran matahari dan ruam.
- Ia menjadikan kulit lebih cerah dan menghilangkan bintik-bintik gelap.
Nah, begitulah. Dengan kebaikan yang lebih berat daripada keburukan apa yang anda tunggu? Manfaatkan manfaat oren untuk kulit dan tambahkannya ke rutin penjagaan kulit anda sekarang!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI