Mohon diteguhkan hati, penyanyi, Ernie Zakri, 28, mengumumkan penampilan terbaharunya iaitu bertudung menerusi laman Instagramnya semalam.
Menurut Ernie, dia nekad memakai tudung secara rasmi semalam.
“Jujurnya, saya masih dalam proses membiasakan diri.
“Moga saya terus istiqamah dan melakukannya kerana Allah SWT.
“Ikutkan, saya sudah lama menyimpan niat mahu berhijab. Cuma, kekuatan melakukan perubahan makin mencengkam diri selepas kita diuji dengan musibah penularan wabak COVID-19,” ujarnya kepada BH Online.
Jelasnya, dia menghantar mesej pada ibunya kira-kira jam 2 pagi, kelmarin untuk memberitahu keinginannya mahu berubah imej.
“Saya mesej Mama, biarpun kami tinggal sebumbung. Saya berada di tingkat atas, Mama pula di bawah. Saya nyatakan keputusan mahu bertudung.
Ads
“Nyata, ia menggembirakan hati Mama. Saya akui ada di kalangan ahli keluarga terkejut dengan keputusan ini, apatah lagi pada saat kerjaya sedang meluncur laju.
“Saya percaya seseorang harus tekad membuat keputusan besar dalam hidup, terutama soal penghijrahan diri tanpa tekanan sesiapa,” katanya.
“Saya rasa gembira dan lengkap setiap kali bertudung. Penghijrahan ini tidak akan mengubah diri saya dan apa yang dilakukan. Saya akan terus menyanyi,” katanya akan muncul dengan muzik video single terbaharu berjudul Gundah pada 27 Mac ini.
Perkongsian pelantun lagu Ku Bersuara dengan penampilan berhijab disambut dengan pujian. Ramai teman artis juga mengucapkan tahniah atas keputusannya untuk menutup aurat.
Setiap orang mempunyai agenda tersendiri dalam menyambut ulang tahun kelahiran. Begitu juga dengan pengacara dan juga pelakon, Irma Hasmie yang turut menyambutnya hari ini. Dalam posting terbarunya, Irma Hasmie menyebarkan dakwah di media sosial bersama followernya dengan berkongsi doa yang boleh diamalkan ketika dalam sujud.
Menurutnya bertambah hari kelahiran maka akan bermakna kehidupannya juga semakin kurang. Dia turut bertanya adakah sempat bekalan amalan yang dilakukan dan tanggungjawab yang wajib ke atas dirinya
Irma Hasmie juga berharap agar Allah akan ampunkan segala dosa, moga Allah menjaga diri, terus diberi petunjuk dan semoga perjalanan pengakhiran yang Husnul Khotimah.
Sejujurnya pada hari lahir sy ini bermakna masa kehidupan yg ada pun semakin kurang, cukup ke bekal amal sy sempatkan ke sy nk tunaikan semua tanggungjawab yg wajib ke atas sy.. hidup ni byk lalai sy sering lupa.
Doa moga Allah ampunkan setiap dosa2 ku. Moga Allah jaga diri ini, terus memberikan petunjuk, ameen ya rob. Apa pun usaha perjalanan hidup kita ni, tapi dengan penuh hati berharap kita dapat pengakhiran yg Husnul Khotimah
Dan nak mula doa2 ni setiap kali solat, “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan sesungguhnya hal itu sangat berat, kecuali bagi orang-orang ang khusu’, (iaitu) orang-orang yang menyakini bahawa mereka akan menemui Rabb mereka dan bahawa mereka akan kembali kepada-Nya.” – Al Baqarah 2.45 – 46
Netizen juga turut mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran pada Irma Hasmie dan mendoakan agar dia sentiasa dimurahkan rezeki, panjang umur dan beroleh keberkatan dalam kehidupan.
fadzura11 Mohon share ya kak.. Happy Birthday kak irma,semoga peroleh keberkatan dalam kehidupan.. semoga sentiasa dalam lindungan ALLAH..Aamiin
anet_netty Selamat hari lahir @irmahasmie smg Allah permudahkan urusan dakwahmu dan bhgia bersama keluarga serta berjaya dunia & akhirat
yleobyalmas Happy birthday kak irma.. moga sentiasa diberkati Allah dan semua yang didoakan akak dimakbulkan Allah SWT
nur_munirah90 Assalamualaikum kak @irmahasmie semoga mnjadi seorang hamba,anak,isteri n ibu yg solehah, diberi kesihatan yg berpanjangan n sentiasa didlm lindungan Allah,dimurahkan rezeki yg halal, dipermudahkn n dilancarkan n berjaya dlm apa yg dilakukan…in Shaa Allah Aamiin…sanah helwah
Diana Rafar, selebriti cantik ini baru sahaja melahirkan anak keduanya baru-baru ini. Ternyata rezekinya makin murah setelah melahirkan anak dan Diana juga kelihatan lebih maanis dan cantik. Rupanya Diana ada mengamalkan perkongsian beberapa zikir yang diamalkan dalam kehidupan seharian. Berkongsi amalan ini yang dimuat turun di laman instagramnya dan jika diamalkan secara konsisten, insya-Allah rezeki akan datang tanpa disangka-sangka.
Barangsiapa setiap hari membaca ‘La ilaha illallahul malikul haqqul mubin’ maka bacaan itu akan menjadi Keamanan dari Kefakiran dan menjadi Penenteram dari rasa Takut dalam Kubur (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).
“Dari setiap Kalimat itu seorang MALAIKAT yang BERTASBIH kepada ALLAH Ta’ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan Untukmu”. (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)
Bacalah Surah Al-IKHLAS
“Barang siapa membaca Surat Al-Ikhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya” (HR. AtTabrani)
Amal Membaca Surah Al-WAQIAH
Barang siapa membaca surat Al-Waqiah setiap malam maka TIDAK akan ditimpa kesempitan hidup” (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman)
Memperbanyak SELAWAT KE ATAS NABI
Dari Umar bin Khaththab dari Nabi Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda : Barangsiapa Berselawat kepadaku satu kali Selawat maka ALLAH akan membalas sepuluh kali selawat dan mengangkatnya sepuluh darjat”. (Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar….Ibnu Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul).
“Barang siapa melazimkan Beristighfar nescaya ALLAH akan Mengeluarkan dia dari segala Kesusahan dan Memberikan Rezki dari arah yang tidak diDuga-Duga” (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)
Doa Harian Menjemput Rezeki
Ya ALLAH berikanlah kami rezeki yang Luas, yang halal lagi baik tanpa memberatkan kami. Jika rezeki kami ada di langit maka turunkanlah.
Jika ada di bumi maka keluarkanlah.
Jika jauh maka dekatkanlah.
Jika dekat maka mudahkanlah.
Jika sedikit maka banyakkanlah.
Jika banyak maka BERKATI LAH agar kami dapat menolong ANAK-ANAK YATIM – FAKIR MISKIN – MEREKA YANG DALAM KESUSAHAN & KEDHAIFAN.
Seramai 12 orang peserta telah diumumkan sebagai TOP 12 Ratu Hijabista 2020. Hijabista sebagai satu-satunya jenama majalah dan digital di Malaysia yang menjadi rujukan lengkap fesyen, gaya hidup dan kecantikan untuk fashionista bertudung membawakan rancangan realiti Ratu Hijabista.
Dalam sidang media pengenalan Ratu Hijabista 2020 sebentar tadi juga telah menyaksikan pengumuman hos dan juri tetap untuk musim ini.
Puan Sri Normala Samsudin telah diumumkan sebagai juri tetap Ratu Hijabista 2020. Manakala pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad dan Fikry Ibrahim pula diberi mandat untuk mengendalikan pencarian kali ini sebagai hos program.
Pencarian Ratu Hijabista yang diadakan buat julung kali ini membuka peluang kepada semua wanita berhijab tanpa mengira status. Ujibakat secara dalam talian telah pun berlangsung selama 14 hari bermula 1 Jun hingga 14 Jun 2020.
Para peserta bukan sahaja mempertaruhkan rupa tetapi juga bakat serta personaliti menarik untuk dinobatkan sebagai juara di penghujung pencarian.
Program realiti Ratu Hijabista akan bersiaran selama sejam setiap minggu untuk lapan episod setiap Rabu bermula 12 Ogos 2020 jam 9 malam di saluran Astro Prima.
Pemenang Ratu Hijabista akan membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000, tiara dan berpeluang menjadi penghias kulit majalah Hijabista keluaran Januari 2021.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Tahun ini jenama fesyen terkenal tanah air, LEEYANARAHMAN menampilkan koleksi eksklusifnya sempena lebaran 2025 dengan cara tersendiri. Dengan kapasiti besar, LEEYANARAHMAN memilih Stadium Merdeka...