Pelakon Noorkhiriah dan suami, Azfaizul Ahtan, meluahkan rasa syukur kerana dapat membantu menyempurnakan pengebumian tiga jenazah tanpa waris. Mereka juga dibantu oleh beberapa orang sukarelawan bagi menjalankan fardu kifayah baru-baru ini.
Membuat perkongsian baru-baru ini, pelakon Noorkhiriah Ahmad Shapie, 45, membuat satu hantaran di Instagram menunjukkan suaminya serta beberapa sukarelawan melakukan pengebumian kepada 3 jenazah tanpa waris.
Artikel berkaitan: Noorkhiriah Jadikan Kereta MPV Van Jenazah, Sediakan Perkhidmatan Percuma #VanJenazah
Kerja amal ini merupakan salah satu usaha dari Pertubuhan Amal Nur by Khiriah yang melakukan urusan mengkafan, solat, serta mengebumikan jenazah itu di tanah perkuburan.
“Tiga jenazah tanpa waris. Hampir setahun dalam peti mayat selesai diuruskan. Alhamdulillah, semoga Allah membalas segala kebaikan kalian, team (pasukan) Pertubuhan Amal Nur by Khiriah,
“Al-Fatihah. Pertubuhan Amal Nur by Khiriah buat secara percuma untuk semua saudara seislam, tak kira bangsa. InshaAllah, kami bantu kerana Allah Taala.” tulisnya.
Dalam temubual bersama Harian Metro, Noorkhiriah bersama suami telah menubuhkan pertubuhan itu sejak fasa pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran Pandemik Covid-19 pada tahun 2020. Mereka ingin membantu menguruskan jenazah sebagai tanggungjawab yang dituntut kepada orang Islam.
“Dalam urusan pengurusan jenazah ini, saya hanya bantu dari aspek perkongsian dan hebahan melalui Instagram, itu saja. Saya tak buat apa-apa yang lain pun. Tapi, suami dan pasukan kerjanya yang selalu mara ke depan,
Artikel berkaitan: Walaupun Hijrah ‘Ecah Sup Bunjut’ Lewat, Noorkhiriah Tetap Istiqomah & Kongsi Dakwah Di Media Sosial
“Tugas saya, hanya bantu dengan sering memaklumkan usaha ini dilakukan secara percuma buat golongan sasaran iaitu Muslim yang memerlukan dari awal hingga selesai pengurusan jenazah. Malah, khidmat dilakukan untuk semua peringkat usia jenazah.” katanya yang ditemui, baru-baru ini.
Pelakon Drama Nur itu juga mengambil manfaat dalam melakukan fardu kifayah ini sebagai tandanya untuk kekal istiqamah dan memperingati dirinya tentang kematian.
Sumber: Instagram @khiriah17 dan Harian Metro
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.