Sempoi Tilla Perkenal Doktor Yang Bertanggungjawab Buat ‘Perut Ternganga’, 10 Minit Sebelum Selamat Bersalin

Share

Minggu lalu pelakon Syatilla Melvin selamat melahirkan anak keduanya, iaitu baby girl melalui pembedahan di sebuah hospital swasta. Jika orang lain akan bercerita pengalaman proses kelahiran di media sosial, tetapi lain pula bagi Tilla.

Dia telah muat turut gambarnya 10 minit sebelum bersalin di samping dua invidu yang membantunya sepanjang proses kelahiran berkenaan. Doktor yang membuatkan perutnya ternganga dan juga doktor pakar bius yang membuat dirinya tidak rasa sakit sedikitpun.

Malah doktor yang sama juga yang bertanggungjawab dalam proses kelahiran anak pertamanya Sheriv dua tahun yang lalu.

Bukan itu sahaja, Tilla juga turut muat turut gambrnya di samping jururawat yang juga turut menguruskan keperluan dirinya sepanjang proses kelahiran anak keduanya itu.

Menurutnya lagi banyak pahala mereka yang dengan ikhlas menjalankan tugas telah diamanahkan kepada mereka.

Di samping jururawat yang menjaga Tilla sepanjang proses kelahiran anak keduanya.

Isteri kesayangan Shaheizy Sam ini juga turut membayangkan akan bersalin lagi dan berjumpa mereka empat tahun akan datang..

Gambar lebih kurang 10min sebelum perut aku tenganga Inilah 2org doc kesayangan?dr.fauziah yg bertanggungjwab belah perut aku bok keluaq anak yg di belakang tu dr.aminah pakar bius yg bius tilla tanpa rasa sakit apa pun!cucuk kt tulang belakang kot,klu tak kena gaya mampuih dua2 doc yg sama masa tilla beranakkan syeriv.. yg nurse2 tu pulak tilla nk cakap thank u so much sebb sudi tgok perut n benda2 lain yg xsepatutnya byk pahala hampa semua,insyaallah amin jumpa 4 tahun lagi!! (harap sam baca n like) benda xboleh jangka buat apa kita jangka

Ternyata posting ini mengundang reaksi positif dari netizen. Masing-masing terhibur dengan kapsyen Tilla yang dinggap begitu sempoi dan sangat bersahaja.

Tidak kurang juga menceritakan pengalaman bersalin dengan doktor yang sama dengan Tilla. Dan ada yang mengucapkan tahniah dan selamat menjalani tempoh berpantang.

ojabachok Alhamdulillah…tilla selamat berpantang

hafshahsohi Doktor fauziah hassan juga yg belah perut akak 10 tahun lepas dan keluarlah puteri bongsuku..alhamdulilah bagus sngt doktor ni…

shashareena3 Dr kami jugak…. 4 x perut kami depa belah..

michikoayuki Dr fauziah tu pun doc sya masa bersalin… Tiga² ank dgn dia

huda_md_shainisi Selamat berpantang @samtilla.apa2 pun ank kita sebaya

KREDIT FOTO: INSTAGRAM SAMTILLA

Published by
Siti Zurina