Sempoi Cara Hijabi Ini ‘Me Time’ Sambut HARI JADI Seorang Diri Di KL. BAJET Tak Sampai RM100 & BERBALOI!

Share

Selalunya sambutan hari jadi akan disambut dengan insan tersayang. Barulah terasa istimewa sambutan hari berkenaan. Namun ada juga antara insan yang ingin merasai sambutan hari jadi secara keseorangan. Mungkin kemeriahan tidak sama, tetapi keseronokan hanya empunya diri yang merasainya. Seperti perkongsian gadis ini d laman twitter di mana dia meraikan harijadinya seorang diri dengan cara tersendiri. Caranya ‘me time’ cukup berbeza dengan orang lain dan yang pasti kos digunakan tidak sampai RM100.

Gadis yang menamakan dirinya di twitter sebagai E.Geller atau @alyssazainal ini mengambil keputusan untuk sambut hari jadinya seorang diri di Kuala Lumpur. Menurutnya, ada beberapa perkara menarik boleh dilakukan. Perkara pertama dilakukan adalah membeli bunga untuk diri sendiri di Petaling Street. Boleh pilih sendiri bunga yang diingini dan ia pasti memberi lebih kepuasan.

Perkara kedua yang dibuatnya adalah pergi ke Central Market. Di mana di sini dia dapat melihat peniaga menjual batuan yang cantik dan juga deretan kedai dan kafe yang menarik. Juga jangan lupa untuk abadikan foto menarik di sini. Keadaan Central Market atau CM tidak seperti di awal 90an, tapak seni ini sudah diperbaharui dengan pelbagai kemudahan untuk pengunjung.

Untuk melengkapkan sambutan hari jadinya, gadis ini turut membelanja dirinya sendiri makan di sebuah kafe yang boleh menawarkan desert secara percuma. Caranya adalah hanya dengan menunjukkan kad pengenalan kepada petugas di kafe berkenaan. Dan anda akan mendapat kelebihan sempena sambutan hari jadi.

Perkara keempat yang dilakukannya adalah dengan melawat beberapa tempat menarik sekitar Kl. Antaranya adalah Balai Seni Lukis Negara yang menawarkan kemasukan secara percuma. Banyak kawasan menarik dan interaktiif zone boleh dilakukan dan paling pending juga boleh abadikan foto di tempat seni ini.

Satu lagi pilihan untuk sambutan hari jadinya adalah dengan mengunjungi KLPAC atau Istana Budaya ataupun panggung teater lain. Hanya dengan membayar tiket sebanyak RM50 atau lebih murah (jika tunjukkan kad pelajar), gadis ini boleh menyaksikan persembahan teater yang sedang berlangsung. Ia sangat berbaloi kerana boleh menonton persembahan mereka secara live

.

Jadi pada hijabi di luar sana, jika terasa bosan melakukan sambutan yang sama setiap tahun, apa kata contohi apa yang gadis ini dilakukan. Bukan sahaja murah, tetapi juga berbaloi. Inilah yang dikatakan ‘me time’ lebih-lebih pada hari jadi anda. Tak rugi mencuba.

Published by
Siti Zurina