Kata orang melentur buluh biar dari rebungnya. Begitu juga bagi selebriti popular Yatt Hamzah yang turut mengajar anak perempuannya untuk berhijab walaupun usia masih muda. Perkongsian Yatt ini ditulis di laman instagramnya mengenai kepentingan berhijab yang boleh dijadikan panduan buat golongan ibu dan anak. Ada 4 cara yang digunakan oleh selebriti ini dalam mendidik anak perempuan yang masih kecil untuk berhijab.
Posting Yatt Hamzah ini adalah sempena hari Hijab sedunia yang disambut minggu lalu.
“Salam Sayyidul Ayyam. Khusus untuk ibu dan anak.
“Mak-mak, ibu-ibu, mama-mama di luar sana didik anak pakai hijab sejak umur berapa? Macam mana cara yang betul mula kenalkan dorang dengan hijab atau tudung?
“Sempena World Hijab Day 1 Februari, didiklah anak-anak perempuan mengenal dan memakai hijab sejak awal, jadi mereka takkan kekok dah besar nanti.
“Takpelah awal-awal tu anak-anak tak selesa, panas, asyik buka pakai dan macam-macam kerenah lagi..Layankan je..Jangan paksa tapi pujuk..In shaa ALLAH lama kelamaan dorang akan faham dan biasa. Lama kelamaan mereka tak boleh tak pakai hijab bila keluar.
“Bukan setakat hijab, mereka akan rasa malu tak tutup aurat yang lain. Mereka akan malu nak pakai baju dan seluar ketat, baju singkat dan seksi, baju tak tutup punggung, semua ni mereka akan tolak dengan sendiri bila kita sebagai ibu yang didik mereka dari awal untuk menutup aurat dengan betul. Kan meluntur buluh biar dari rebungnya.
“Jangan harap nak anak solehah jika mak tak solehah dulu dan ajarkan anak-anak contoh wanita solehah.
“Anak-anak akan lebih cepat tiru apa mak buat, pakai dan cakap dari dengar nasihat. So tunjuklah contoh yang baik.
“Anak saya Kak Nia @sucihananiamalika mula berhijab pada umur tiga tahun tapi ON OFF. Bila sudah mula bersekolah iaitu pada usia lima tahun barulah dia berhijab penuh.
“Kadang-kadang, saja dia akan buka (dalam kereta atau rumah saudara) jika terlalu lama memakainya dan mula berpeluh.
“Susah tak nak ajar Kak Nia berhijab? Tak susah sangat sebab dia suka tengok bondanya bersiap melawa depan cermin dengan macam-macam shawl, hijab dan mekap. Jadi dia tiru sajalah.
“Anak-anak perempuan memang mudah ikut apa saja pemakaian maknya. Dari baju, hijab, kasut hinggalah ke beg tangan dan mekap!. So, kerja jadi mudah bila mereka ikut penampilan kita setiap hari.
“Alhamdulillah anak saya mudah dibentuk dan faham tentang kewajiban menutup aurat sejak kecil.
“Sangat penting kita fahamkan mereka KENAPA WAJIB BERHIJAB? Bukan sekadar suruh mereka pakai hijab sebab mak dan nenek mereka pun pakai. Atau kerana wanita Muslim memang kena pakai hijab, tapi lebih afdal kita terangkan tentang indahnya berhijab sebagai syariat yang ALLAH perintahkan.
“Ceritalah pada mereka tentang dalil, syurga dan neraka, pasti mereka suka.
Perkongsian yang dimuat turut dua hari lepas ini hampir 1.7K like dan mendapat komen postif dari followernya.
Artikel Berkaitan: Mizz Nina Luah Rasa Setelah 5 Tahun Berhijab
KREDIT FOTO: INSTAGRAM YATT HAMZAH