Pempengaruh yang sering berdakwah di media sosial, Aisyah Hijanah baru-baru ini memuat naik hantaran detik indah sepanjang perkahwinan bersempena anniversary mereka yang kelima.
Ulang tahun perkahwinan menjadi detik yang amat manis dalam perjalanan cinta pasangan suami isteri. Meraikan ulang tahun perkahwinan mampu menghangatkan kembali hubungan dalam rumah tangga. Usia perkahwinan yang bertambah setiap tahun menjadi satu tanda pasangan tersebut berjaya melalui pelbagai ujian dan dugaan sepanjang perkahwinan.
Perkongsian ‘Instafamous‘ Aisyah Hijanah yang menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke lima bersama Alif Teega telah mendapat perhatian dan mengundang sebak netizen. Manakan tidak, Aisyah telah memuat naik hantaran tersebut bersama kapsyen yang begitu romantik.
“Alhamdulillah, genap lah lima tahun perkahwinan Aisyah dan Alif. Selesai sudah fasa satu. Inilah hadiah yang paling bermakna dalam hidup Aisyah, hadiah yang Aisyah selalu doakan semoga Allah kekalkan sampai ke syurga.
“Mohd Hazalif, thank you for choosing me to be your wife. Walaupun kita serba kekurangan dulu, tapi kita terima each other without looking at harta dan rupa. You’re the reason of who I am today.
“Terima kasih kerana banyak mengajar Aisyah untuk hargai kehidupan, hargai dan terima diri , bersyukur dengan apa yang ada dan bergembira dengan benda yang kecil.
“Your presence is not only to complete my Iman, but to cherish my life,” tulisnya.
Artikel Berkaitan: “Dulu Nak Melawa, Kalini Nak Pakai Baju Paling Simple”- Aisyah Hijanah Kongsi Kisah Hamil Anak Kedua
Tambahan itu, Aisyah turut memuji sikap suaminya yang selalu memenuhi kehendak isteri serta tidak pernah mengenal erti lelah dalam membahagiakan keluarganya.
“Seorang lelaki yang tak pernah say no. Dia akan cuba segala benda dan tak mengalah. Seorang lelaki yang tak tahu penat dalam membahagiakan keluarga.
“Seorang lelaki yang tak compare isteri dia dengan orang lain. Lelaki yang tak pernah kasar dan terima baik buruk isteri tanpa ungkit apa pun. Lima tahun ini terlalu cepat. Terlalu banyak untuk dibaiki. Alhamdulillah, terima kasih Allah untuk hadiah ini. Semoga Allah kekalkan sampai ke syurga,” tulisnya lagi.
Meninjau ke ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen termasuk selebriti turut menitipkan ucapan selamat ulang tahun perkahwinan kepada pasangan itu serta mendoakan agar hubungan mereka berdua berkekalan hingga ke syurga.
“Alhamdulillah… semoga terus kekal hingga ke jannah”
“Semoga Aisyah dan Alif berkekalan hingga ke syurga”
“Alhamdulillah happy anniversary both of u kakaisyah & abgalif”
“Tahniah kak aishah.. happy anniversary.. moga bahagia kekal sampai syurga”
Artikel Berkaitan: Pernah Disihir Datang Haid 2 Bulan Tanpa Henti, Instafamous Aisyah Hijanah Bersyukur Kini Hamil
Alhamdulillah, Hijabista turut mendoakan agar pasangan ini berbahagia hingga ke Jannah. Moga Allah SWT juga limpah usia perkahwinan pasangan ini dengan sakinah, mawaddah wa rahmah hingga ke Syurga.
Sumber: Instagram Aisyah Hijanah
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.