Sempena Hari Keputeraan Tengku Hassanal, Tunku Azizah Titipkan Doa Indah Buatnya

Share

DYYM Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah memang cukup disayangi rakyat jelata dek kerana sifat mereka yang begitu penyayang dan berjiwa rakyat.

Bukan hanya baginda berdua, nampaknya keperibadian mulia ini turut diwarisi oleh anakanda-anakanda baginda juga. Pada tarikh 17 September 2020, genaplah usia salah seorang putera baginda berdua iaitu Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang ke 25 tahun.

Sebagai seorang ibu, Tunku Azizah telah menitipkan ucapan yang penuh kasih sayang berserta doa buat anakandanya yang tercinta itu dan mengharapkan segala yang baik-baik akan hadir untuknya.

Happy 25th Birthday Hassanal Ibrahim Alam Shah …. semoga allah sentiasa cucur rahmat dan keampunan ….. murahkan rezeki, sihat waalfiat, diberi petunjuk, taufik dan hidayah …… dan yang penting, di temukan dengan sebaik-baik jodoh , wanita yang solehah , beriman dan bermaruah mulia … ini doa seorang IBU …. saya bersyukur kehadrat Ilahi yang telah mengurniakan saya Hassanal … besar dah anak Mamma !

😘

Sungguh indah doa yang dititipkan oleh Tunku Azizah buat anakandanya itu. Hijabista juga ingin mengucapkan selamat hari keputeraan yang ke-25 tahun buat Tengku Hassanal. Moga terus menjadi pemimpin yang disenangi rakyat dan sentiasa berada dalam lindungan Tuhan. Amin Ya Rabb.

Published by
QIST