Pagi ini hati admin begitu tersentuh apabila kisah wanita muda ini terpapar di timeline. Memang admin tak mengenalinya secara rapat tetapi apabila melihat mutual friend adalah Puan Sharifah Abu Salem, terus admin terdetik untuk messenger.

Kecil dunia ini rupanya, setelah ditanya pemilik FB Puan Anita Muis adalah jiran sekampung kepada Puan Sharipah Abu Salem yang juga novelis popular dan mantan Editor admin ketika sama-sama berjuang dalam majalah KELUARGA.

Apa yang buat hati admin tersentuh adalah catatannya mengenai kehilangan bayi perempuannya yang berusia 5 bulan susulan ramai bertanya kenapa dengan Sara, panggilan buat si kecil itu.

Bayi  yang selama ini elok dalam jagaannya, tetapi takdir Tuhan dalam sekelip mata ia telah tiada. Betapa Tuhan hanya meminjamkan hanya 5 bulan untuk Anita dan suami bermanja dan mencurah kasih sayang dengan anak syurga ini.

[su_pullquote] Sudahlah Sara meninggalkan bukan dalam pangkuannya, malah dia juga masih merasai kehangatan badan Sara sewaktu ditinggalkan di rumah baby sitter.[/su_pullquote]

Namun kuasa Tuhan mengatasi segalanya. Ketika mendapat panggilan telefon dari seorang jiran lagi,  hati ibu muda ini sudah tidak keruan. Apabila sampai di hospital, memang sudah terlambat untuk mendakap Sara buat kali terakhir.

Biarpun sedar Sara sudah terbujur kaku, namun Anita gagahkan diri menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu dengan memeriksa pampers Sara, membersihkan punggungnya, meletakkan kepala di dadanya sambil berzikir mendodoikan Sara yang sebenarnya telah tiada ketika itu.

Menurut doktor, kematian Sara tidak diketahui sebabnya. Tiada trauma terjadi, tidak tersedak susu dan tiada penyakit. Sara memang sihat ketika dibawa ke rumah baby sitter sebelum itu. Doktor mencadangkan dibuat postmortem untuk mengetahui punca kematian, tetapi Anita dan suami menolaknya.

Ucapan terakhir Anita yang mendoakan agar Sara damai di sana.  Semoga dia dan suami dapat bertemu Sara di akhirat kelak.

Terima kasih juga buat Anita kerana sudi kisahnya dikongsi pembaca di laman sosial ini. Semoga Anita dan suami tabah menerima dugaan maha hebat dari Allah S.W.T

Hati Tak Keruan Bila Hospital Call

Lihat Sara Terbujur Kaku

Damailah Di sana

Sokongan Kawan-kawan Tak Putus-putus

Gambar Terakhir, Sara Baru Lepas Mandi Dengan Rambut Basah Lagi

SUMBER: FACEBOOK ANITA MUIS