Setelah 10 tahun menanti, pasangan romantis Indonesia, Irwansyah dan Zaskia Sungkar kini selamat menimang seorang cahaya mata lelaki di RSIA Bunda Jakarta.
Diberi nama Ukkasya Muhammad Syahki, foto yang dimuat naik oleh Zaskia telah menerima hampir sejuta tanda suka hingga kini dan dihujani ribuan ucapan tahniah daripada peminatnya serta rakan-rakan artis.
Assalamualaikum anak shaleh ku , Ukkasya Muhammad Syahki ❤️ anak baik , Qurrata a’yun nya mami papa ❤️❤️ yg nyusu nya nonstop 🤣 مَا شَاءَ اللَّهُ Terimakasi banyak Dr @reinorambey , @drtiwi , @rsiabundajakarta , @morulaivf_jakarta , dan teman2 semua yg belum pernah ketemu tapi doa nya luarrr biasa ❤️❤️ terimakasih atas Support dan cinta nya untuk keluarga kecil kami selama ini.. semoga Allah membalas setiap doa , ucapan manis , dan support kalian semua dengan pahala kebaikan dan keberkahan 🤲🏼
Alhamdulillah ukkasya sehat walafiat lahir dengan bb 3,4 kg MasyaAllah Tabarakallah , doain Ukkasya terus ya om tante
Tetap kelihatan cantik walaupun selepas melahirkan anak secara ceasar, Zaskia rupa-rupanya terinspirasi dengan wanita di luar negara yang masih boleh tampil cantik meskipun sedang melahirkan anak.
“Gue nonton vlog-vlog orang luar, jadi termotivasi gitu loh. Mereka pada makeup dulu di rumah,” jelas Zaskia Sungkar.
Hijabista turut tumpang gembira dengan kelahiran cahaya mata ini. Moga Ukkasya dapat membesar menjadi khalifah yang bijaksana suatu hari nanti. InsyaAllah. Tahniah Irwansyah dan Zaskia!
Untuk mengurangkan impak COVID-19 terhadap ekonomi rakyat, kerajaan Malaysia telah mengumumkan diskaun akan diberikan ke atas bil utiliti elektrik anda bermula April 2020 hingga September 2020.
Pengguna boleh melaksana beberapa inisiatif bagi menjimatkan penggunaan tenaga elektrik sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekaligus menerima manfaat diskaun maksimum yang diberikan kerajaan. Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam satu kenyataan memaklumkan, pengguna boleh melaksana beberapa panduan bagi mengimbangi keperluan menggunakan peralatan elektrik dengan selesa tanpa pembaziran.
Cara untuk dapatkan diskaun 50%
Berita baiknya, melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang diumumkan sebelum ini pengguna kediaman juga diberikan diskaun untuk bil elekrik.
Malah boleh dapat diskaun sehingga 50 peratus! Ya, tapi ada syaratnya! Kita kena usaha untuk turunkan penggunaan tenaga elektrik di rumah. Lagi sikit penggunaan, lagi banyak diskaun dapat.
Langkah Penjimatan
Pastikan semua pintu, tingkap dan lubang edaran udara tertutup rapi ketika menggunakan pendingin hawa supaya hawa sejuk tidak keluar dari bilik.
Menggunakan kipas bagi membantu menyejukkan hawa bilik agar suhu pendingin hawa dapat dilaraskan lebih tinggi (contohnya, antara 24 ke 26 darjah Celcius) bagi menjimatkan tenaga.
Membersihkan penapis pendingin hawa bagi memaksimumkan proses penyejukan. Penapis yang kotor menghalang aliran udara dan mengurangkan kecekapan pendingin hawa.
Mengelakkan mencuci pakaian menggunakan air panas, melainkan perlu dan menggunakan mesin basuh dengan muatan penuh.
Meminimumkan penggunaan pengering pakaian dengan mengambil kesempatan cuaca panas untuk mengeringkan pakaian secara semulajadi.
Menanggalkan palam peralatan elektrik apabila tidak digunakan serta tidak membiarkan peralatan elektrik seperti kipas dibiarkan terpasang di dalam bilik yang kosong.
Kurangkan tempoh pemandian apabila mandi menggunakan alat pemanas air
TNB menjangkakan, dalam tempoh PKP ini, penggunaan elektrik di kediaman bakal meningkat kerana isi rumah menggunakan elektrik yang lebih kerap atau lebih lama dari kebiasaan.
“Peningkatan sebenar penggunaan elektrik ini hanya akan diketahui selepas berakhirnya pelaksanaan PKP kerana TNB menangguh sementara pembacaan meter dan menggantikannya dengan bil anggaran bagi mematuhi arahan PKP.
“Diskaun berperingkat untuk pengguna domestik selama enam bulan bermula hari ini, seperti diumumkan Perdana Menteri sebagai sebahagian daripada pakej rangsangan bagi mengurangkan beban kepada rakyat akibat langkah PKP bagi menangani COVID-19,” katanya.
Kerajaan sebelum ini umumkan pemberian diskaun sehingga 50 peratus kepada pelanggan domestik/kediaman dengan penggunaan elektrik hingga 200 kWj sebulan.
Diskaun 25 peratus pula bagi penggunaan elektrik antara 201 hingga 300 kWj dan 15 peratus bagi penggunaan elektrik antara 301 hingga 600 kWj. Penggunaan elektrik melebihi 600 kWj pula mendapat diskaun dua peratus.
KADAR DISKAUN BERGANTUNG PADA JUMLAH PENGGUNAAN
Berikut adalah kadar diskaun yang akan diperoleh pengguna domestik/kediaman berdasarkan TNB
Pengguna domestik tidak perlu membuat apa-apa permohonan untuk mendapatkan diskaun ini. Ia diberikan secara automatik kepada semua pengguna yang berdaftar dengan TNB atau mana-mana pembekal elektrik berdasarkan jumlah penggunaan elektrik untuk tempoh penggunaan mulai 1 April hingga 30 September.
Tiada lagi bil bercetak
Menurut TNB, perkhidmatan bil bercetak bermula dari 20 Mac 2020 akan dihentikan buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak. Sepanjang tempoh PKP ini, anda boleh menyemak bil menerusi laman web myTNB atau memuat turun aplikasi myTNB untuk Android atau iOS.
Untuk panduan menggunakan aplikasi myTNB, boleh lihat artikel ini – Pantau Dan Bayar Bil Elektrik Lebih Mudah Dengan Aplikasi myTNB.
Selain itu, bil baru akan dianggarkan berdasarkan penggunaan bil bulan sebelumnya. Contohnya, jika bil bulan sebelum adalah RM100, bil terbaharu anda akan dianggarkan pada jumlah yang sama, RM100. Amaun bil tersebut akan diselaraskan semula setelah kakitangan TNB membuat bacaan sebenar di kediaman anda selepas PKP tamat.
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai perkhidmatan TNB boleh hubungi mereka pada talian 1-300-88-5454 atau hantarkan email ke tnbcareline@tnb.com.my.
Mati itu pasti dan setiap orang pasti akan mengalaminya. Tentunya anda mahu meninggal dunia dalam keadaan yang baik dan husnul khatimah. Namun, hanya insan terpilih sahaja akan meninggalkan dunia dalam husnul khatimah, bergantung kepada amalan semasa hayatnya.
Baru-baru ini, viral di media sosial tentang pemergian seorang gadis bernama Andi Aisyah Bahar, 22 tahun. Walaupun dia bukan dari kalangan selebriti ternama, tetapi ia cukup memberi kesan yang mendalam kepada netizen.
Apa yang menarik perhatian adalah Aisyah telah meninggal dunia ketika sedang membaca ayat suci Al-Quran. Menurut laporan sebuah portal media Indonesia, Liputan 6, bapa Aisyah, Andi Bahar telah memaklumkan bahawa ketika itu anaknya sedang membaca surah Al-Mutaffifin selepas selesai menunaikan solat Subuh.
“Malam sebelum meninggal, Aisyah telah bangun menunaikan solat sunat. Dia juga sempat bersahur untuk berpuasa kerana sudah menjadi kebiasaan untuk dia berpuasa pada setiap hari Isnin dan Khamis,” kata Andi sambil memberitahu anak kelimanya itu tidak pernah menunjukkan tanda-tanda tidak sihat.
Malah menurut Andi, Aisyah ada juga meminta ayahnya itu menemaninya membaca Al-Quran untuk memperbetulkan bacaan tetapi sebelum ini dia tidak pernah berbuat demikian. Belum sempat dia menghabiskan bacaan surahnya itu, dia telah menghampiri dan memeluk ayahnya, meminta untuk membimbingnya mengucap dua kalimah syahadah. Kemudian, dia terus meninggal dunia.
Tambah bapanya lagi, dia pernah mengadu sakit kepala beberapa kali tetapi disahkan sihat oleh doktor. Sebelum ini, dua abang Aisyah iaitu Andi Ibrahim dan Andi Asri telah meninggal dunia ketika sedang beriktikaf di masjid pada tahun 2009 dan 2011. Allahuakbar, beruntungnya mereka…
“Kami redha. Mereka dipanggil balik dalam keadaan yang sangat baik,” kata Andi Ratna.
Aisyah merupakan graduan lulusan pertanian dari Universiti Hasanuddin telah selamat dikebumikan pada petang Khamis di tanah perkuburan Lembaga Dakwah Islam Indonesia yang terletak tidak jauh dari rumahnya.
Hijabista ucapkan takziah buat keluarga arwah Aisyah. Semoga rohnya dicucuri Allah dan tergolong dalam golongan yang beriman, insyaAllah.
Jika menjejakkan kaki sahaja ke kedai Daiso, kita mesti akan hilang arah! Mana tidaknya, segala barang yang dijual di situ nampak sangat menarik dan lain daripada yang lain. Bukan itu sahaja, barang-barangnya juga sangat berguna dalam kehidupan seharian.
Jika anda keliru tak tahu nak membeli yang mana satu, bolehlah lihat barang yang dicadangkan oleh Azlin Ramli ini. Semuanya best!
Halau segala nyamuk!
2. Mudahkan kerja pembuangan sisa sampah
3. Haaa tisu basah untuk mop lantai pun ada!
4. Tak payah nak berkejaran dengan tikus dah bila guna perangkap ni
5. Lebihan minyak masak akan lebih mudah untuk dibuang apabila dikeraskan
6. Sinki takkan tersumbat lagi bila menggunakan perangkap rambut ini.
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...