“Saya mahu menjadi muslimah yang baik. Insya-Allah.”
Sekian lama menyimpan keinginan berhijrah akhirnya pelakon kelahiran Singapura, Hannah Delisha, 24, tekad berhijab, sejak empat hari lalu.
Pelakon jelita kelahiran Singapura, Hannah Delisha mengumumkan dirinya sudah berhijab sejak lima hari lalu setelah sekian lama menyimpan hasrat itu.
Hannah atau nama sebenarnya, Hannah Adlina Blackburne Birch telah memberikan persoalan kepada pengikut laman sosialnya apabila memuat naik gambar bertudung dengan kapsyen bertulis Bismillah pada hari Isnin lalu.
Fotonya itu mendapat pujian ramai termasuklah rakan artis, malah lebih 200,000 tanda suka dan ribuan komen positif yang menyokong penghijrahannya itu.
Thank you all for your kind dua’a.
My dua’a, may Allah bless you with endless happiness and keep us steadfast on the path of Imaan.🤲🏻🤍-hannah delisha-
Menurut Hannah, dia bersyukur niatnya yang tersimpan sekian lama itu akhirnya menjadi kenyataan.
“Jika ikutkan, saya sudah berniat mahu memakai hijab sejak Ramadan lalu. Bagaimanapun, disebabkan terikat dengan komitmen drama Cinta Sekali Lagi, niat berhijrah terpaksa ditangguhkan dahulu.
“Namun, saya tidak menangguhkan hasrat sebaik selepas penggambaran. Semoga saya terus istiqomah. Alhamdulillah.
“Saya mula bertudung sejak empat hari lalu. Namun, hanya berkongsi berita penghijrahan dalam laman sosial, kelmarin,” katanya kepada BH Online.
Pelakon Mencintaimu Mr.Photographer ini juga mengakui jiwanya kini lebih tenang setelah berhijab.
“Saya hanya menunaikan tanggungjawab kepada Allah SWT. Dalam hidup, kena sentiasa berubah dan memperbaiki kekurangan diri.
“Saya juga bersyukur kerana keputusan dibuat pada saat tiada hutang penggambaran yang memerlukannya tidak bertudung,” jelasnya.