Pelakon jelita, Aishah Azman,25, kini sudah tampil dengan imej berhijab apabila memuat naik gambar terbaharunya pada hari Jumaat yang lalu.
Menerusi perkongsian, Aishah berharap penghijrahannya ini menjadi suatu titik tolak ke arah yang lebih baik.
Semoga penghijrahan ini mendapat keberkatan. Doa yang baik baik
Di samping itu, Aishah yang juga merupakan adik kepada pelakon Afiq Muiz dilihat telah memadam foto-fotonya sebelum ini yang tidak berhijab di Instagram dan hanya 32 foto sahaja yang dipaparkan di laman sosialnya itu.
Rata-rata para pengikut laman sosialnya itu gembira dengan perubahan yang dilakukannya ini dan mendoakan yang terbaik untuknya agar sentiasa kekal istiqomah dan menjadi insan yang lebih baik di sisi Tuhan.
VerifiedAlhamdulillah for all the beautiful dua’a 🤍 May Allah bless all of us with the right choices, Aaminnnn YRA 🤲🏻
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Baru Seminggu Berhijab Pengacara Malaysia Hari Ini, Anim Ezati Mula Padam Gambar Tak Bertudung Di IG
Alhamdulillah sekarang ini sudah ramai golongan selebriti yang melakukan penghijrahan dengan mengambil keputusan untuk mengenakan hijab. Salah seorang adalah Pengacara Program 999 dan Malaysia Hari Ini, Anim Ezati Rizki yang dilihat sudah berhijab. Malah personaliti ini kelihatan semakin cantik dan nampak ayu setelah berhijab. Walaupun baru seminggu berhijab dia juga sudah mula memadam gambar tidak berhijab di laman Instagramnya.
Menurut berita dari portal lain, Anim Ezati sudah mula berhijab sejak beberapa minggu lalu dan masih kekal istiqomah.
Anim juga mengesahkan memang dia sudah bertudung dan keputusan yang diambil adalah tanpa paksaan dari mana-mana pihak.
Menurutnya tiba-tiba sahaja dia rasa nak pakai tudung dan sukar untuknya beritahu perasaan yang dirasai ketika itu.
Tambahnya lagi dia memang sudah lama simpan niat untuk pakai tudung tetapi sebenarnya masih belum bersedia.
Malah sehingga sekrang dia juga masih belum bersedia cuma Allah sudah gerakkan hatinya untuk memakai hijab.
Anim turut meluahkan dia bersyukur kerana apa yang dihajati selama ini telah dipermudahkan olehNya.
Ketika ditanya olehy MHE TV dia mengakui ia berlaku secara tiba-tiba jauh sekali mendapat mimpi sebagai petujuk.
“Cuma apa yang saya ingat, dua malam berturut-turut tak boleh tidur. Malam itu saya teringat balik semua perkara yang pernah saya buat selama ini.
“Dan pagi esoknya bila dah keluar rumah nak pergi set MHI untuk on air, saya patah balik ke rumah ambil tudung dan terus pakai.
“Sampai di set, semua terkejut tengok penampilan saya. Wardrobe pun terpaksa tukar baju yang telah disediakan dengan baju dan tudung yang sesuai. Alhamdulillah semuanya okey,” katanya lagi.
Tambah Anim lagi banyak perkara yag membuatkan hatinya nekad berhijab, lebih-lebih lagi bila terkenangkan arwah mama dan papanya yang sudah 21 tahun meninggal dunia.
“Baru-baru in pula ibu yang jaga saya meninggal. Malam itu saya tak boleh tidur dan saya ambil Al-Quran dan buat pertama kalinya tergerak nak baca tafsirnya.
“Apabila bila terbaca tentang tiga perkara yang akan bawa kita ke akhirat, baru tersedar selama ini doa anak yang solehah itu tak ada untuk arwah mama dan papanya.
“Saya tak nak hilang sesiapa selepas ini. Tak sanggup rasanya kehilangan orang tersayang,” jelasnya lagi yang syukur dipilih untuk merasa nikmat untuk berubah.
Selepas penghijrahannya itu dilihat pengacara di Malaysia Hari Ini juga turut memadam gambar-gambar lamanya di laman sosial Instagram dan kini lebih selesa untuk memuat turun foto terbarunya dalam keadaan memakai hijab.
Ternyata penampilan terkini Anim juga semakin cantik dan berseri. Malah netizen turut memuji kecantikan personaliti popular ini.
Sejuk tengok dah berhijab
Moga terus istiqomah
Anugerah terindah
Sebelum aktif bergiat dalam pengacara TV, Anim pernah bekerja sebagai seorang pramugari yang berkhidmat untuk sebuah syarikat penerbangan tempatan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Pakai Tudung Labuh Macam Makcik & Tak Moden” MIA AHMAD Respon Komen Netizen
Sudah lama menyepikan diri dari dunia lakonan, pelakon cantik Mia Ahmad kini selesa dengan kehidupannya sebagai seorang isteri dan ibu.
Selain menguruskan bisnes barangan ibadah, Sameeha.co, pelakon drama popular ‘Hati Perempuan’ ini kini lebih banyak menumpukan perhatiannya terhadap keluarga.
Selepas mengubah penampilannya dengan mengenakan tudung labuh sejak tahun 2021, Mia Ahmad tidak lagi aktif berlakon. Dia juga dilihat semakin jauh dari dunia glamor.
Isteri kepada bekas penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Izham Tarmizi ini kelihatan tenang dan bahagia menjalani fasa penghijrahan yang telah menjadi titik tolak dalam kehidupannya kini.
Sering menyarungkan pakaian longgar dan bertudung labuh, menjadikan penampilan sopannya itu mendapat pujian dan sokongan ramai.
“Pakai Tudung Labuh Macam Makcik Dan Tak Moden” -Netizen
Memetik perkongsian Mia Ahmad di Instagram peribadinya: –
“Bila orang cakap tudung labuh macam makcik dan tak moden….
“Sorry, I dress for Allah…”
“Ada yang cakap I takkan istiqomah.. ada yang cakap husband I takkan support. I kuatkan hati cuz I know I did the right thing. For the sake of Allah. I tahu I tak baik, I ubah cara pemakaian untuk jadi lebih baik bukan untuk nampak baik.
“Alhamdulillah banyak benda yang baik-baik datang along the way. Semoga Allah terus menjaga niat hati I dan kita semua.
“Sisters, semoga Allah memberi hidayah buat kita semua. Hidayah yang berpanjangan. Amin yra.”
Rata-rata warga maya mengharapkan agar Mia terus istiqamah.Baginya bukan mudah untuk istiqamah tetapi dia mampu melakukannya dengan penuh kesabaran.
Mia atau nama sebenarnya, Samihah Ahmad Baderi seringkali dilihat berkongsi rutin kehidupan hariannya bersama suami dan anak-anak di Instagram.
Adakalanya, Mia Ahmad berkongsi kata-kata motivasi, surah-surah dan doa-doa amalan hariannya untuk para pengikut dan peminat di Instagram.
Perkongsiannya itu bukan niat untuk menunjuk-nunjuk kebaikan. Sebaliknya, dia ingin memberi inspirasi buat semua untuk sama-sama berubah ke arah kebaikan.
Hijabista mendoakan agar Mia Ahmad sentiasa gembira dan bahagia bersama keluarga tersayang di samping menjadi isteri yang solehah.
Buat para hijabi, semoga kita sama-sama menjadi Muslimah yang baik, disenangi ramai dan paling penting diredhai Allah SWT.
Kredit Foto: Instagram Mia Ahmad
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Fara Fauzana TAK MALU Akui 5 Tahun Pertama Kerja Sebagai DJ, Tak Pernah SOLAT SUBUH. Baca PERKONGSIANNYA Ini!
Satu demi satu kita lihat selebriti kita telah melakukan penghijrahan terutama daripada segi penampilan. Ternyata penghijrahan yang dibuat ini menggembirakan hati ramai peminat yang memang sentiasa mengikuti perkembangan artis kesayangan mereka. Salah seorang adalah bekas penyampai radio, Fara Fauzana yang berhijrah pada tahun 2014. Dia yang sebelum ini berpengalaman hampir 10 tahun bekerja pagi di stesen radio swasta HOT FM.
Sepanjang tempoh itu, dalam satu perkongsiannya Fara memberitahu ramai yang berkata ‘untungnya kerja pagi sebab, Subuh mesti tak tinggal’. Namun dia mengakui lima tahun pertama tidak menunaikan solat Subuh.
Ini kerana terikat dengan jadual kerja pagi yang memerlukan dia berada di studio seawal jam 6 pagi. Waktu itu sudah bermula siaran dan dalam masa sama juga waktu Subuh sudah masuk. Jadi dia terfikir bagaimana untuknya meninggalkan studio ketika itu, macam mana nak solat dan di mana mahu solat.
Lagipun pelbagai alasan seperti surau jauh dan masalah lain yang menyukarkan menyebabkan Fara langsung tidak menyempurnakan solat Subuh pada 5 tahun pertama.
Namun kesedaran untuk melakukan suruhan wajib Tuhan ini datang sedikit demi sedikit pada dirinya. Dia waktu itu melihat kenapa teman-teman lain boleh melakukan solat Subuh dengan mudah. Dan mereka juga tidak pernah memberitahu padanya, ‘eh tak solat ke’ atau ‘tak Subuh ke’ dan dia sangat respek pada teman-temannya yang memang tak pernah bertanya padanya soal itu.
“Seperti juga dalam radio, saya juga sebenarnya seorang yang banyak cakap. Jadi saya tidak mahu orang mengatakan saya ‘munafik’ dan saya cuba belajar awal-awal misalnya terpaksa solat secara bersembunyi kerana tidak mahu dikatakan menunjuk. Sebenarnya saya takut jika orang lihat apa yang saya buat itu tidak betul.
“Namun saya cuba buat (solat Subuh). Pada mulanya memang sukar kerana kekangan masa dan sebagainya, tetapi lama-kelamaan saya belajar dan rasa ada tanggungjawab untuk menjadi ‘a good Muslim’, ia menjadi mudah dan daripada situ saya mula berubah sedikit demi sedikit,” ujar Fara Fauzana dalam perkongsiannya itu.
Artikel Berkaitan: Kisah Noh Hujan Sebelum Jumpa MIzz Nina & Terus Istiqomah
Fara juga banyak bercerita pengalamannya ketika tidak bertudung sebelum itu dan perlu hadir dalam beberapa anugerah. Menurutnya kebanyakan anugerah bermula jam 8 malam dan perlu mekap seawal jam 5 petang.
“Dalam hal ini, secara jujurnya memang akan ada yang tanya ‘tak solat Maghrib ke’? Memang saya tak buat dan biasanya hanya akan qada sahaja. Tetapi apabila saya lihat benda itu sebenarnya mudah dan tahu untuk mengawalnya, saya belajar nak jadi yang baik.
“Ketika saya jadi pengacara anugerah berkenaan yang bermula jam 9 malam, setelah saya siap mekap dan sebelum memakai tudung, saya akan solat dulu. Sekarang ini rasanya lebih mudah kerana di ‘back stage’ ada disediakan ruang untuk kita menunaikan solat.
“Dan sekarang ini tiada lagi situasi di mana orang melihat solat itu hanya untuk menunjuk sahaja. Saya tak perlu segan jika ada yang kata menunjuk kerana solat depan orang. Ini kerana niat memang ikhlas kerana Allah,” jelasnya juga yang berubah sedikit demi sedikit dengan memakai selendang sebelum berhijab sepenuhnya. Ini kerana Fara Fauzara tidak mahu bila pakai dan akan buka nanti bila kerana belum bersedia sepenuhnya.
Sejujurnya ketika di awal penghijrahannya dia berkira-kira bagaimana mahu istiqomah dan menjadi Muslim yang lebih baik. Dia juga beruntung ketika itu kerana bekerja di bawah boss bukan Islam yang Amat memahami dan tidak mengalami masalah apabila memohon untuk mengelak daripada melakukan tugasan ‘Panggilan Hangit’ dan juga ruangan ‘Gosip’.
Admin terharu mendengar pengalaman Fara Fauzana yang berkongsi dalam satu majlis ilmu ‘Perjalanan Menuju Taqwa’, di Putrajaya awal Mei lalu. Ternyata hidayah Tuhan diberikan dalam pelbagai cara. Moga Fara terus istiqomah dalam memperjuangkan agama Islam.
DENGAR VIDEO PENUH PERKONGSIANNYA:
SUMBER: THE ROHANI
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI