“Semoga Mak Tenang Di ‘Sana’…” Pengsan Ketika Dialisis, Ibu Abby Abadi Meninggal Dunia

Share

Ibu kepada bekas anggota kumpulan Elite iaitu Abby Abadi meninggal dunia selepas pengsan ketika menjalani rawatan dialisis di sebuah pusat perubatan di ibu negara sekitar pukul 12 tengah hari tadi.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 45, berkongsi khabar duka pemergian ibu tersayang menerusi hantaran laman Instagram miliknya. Menurut Abby, ibunya iaitu Hasnah binti Abu jatuh pengsan ketika rawatan hemodialisis di hospital KPJ Tawakal, Kuala Lumpur.

Hantaran itu disertakan dengan kapsyen “Assalamualaikum. Baru semalam saya duduk mengadap Mak saya, masakkan makan, belikan buah kegemaran Mak, teman Mak makan, temankan solat, teman berbual.. harini Mak dah takde.

“Sedekahkan AlFatihah utk Arwah Mak saya & Mohon doa kalian ye agar Mak saya ditempatkan disyurga terbaik disisiNYA. Pada yg kenal dgn Mak saya, Puan Hasnah binti Abu & ingin dtg ziarah, inshaALLAH Arwah Mak tersayang skrg masih berada di KPJ Tawakal ( pengsan waktu dialysis & terus meninggal) akan dibawa ke Masjid Assobbirin AU5, Lembah Keramat utk dimandikan selepas Zohor ini & terus dibawa ke Tanah Perkuburan ISLAM AU4. Doakan” titipnya lagi.

Sumber gambar: Kosmo Digital

Melalui temubual yang dilakukan bersama satu portal hiburan, suami Abby Abadi iaitu Muhammad Faizal Zakaria berkata; ini adalah kali kedua ibu mentuanya itu pengsan ketika menjalani rawatan dialisis. Tambahnya lagi, arwah pengsan sehingga jantungnya berhenti sebelum dimasukkan ke sebuah hospital dan diberi bantuan oksigen.

“Arwah sudah lama menghidap sakit buah pinggang. Selain itu, ibu mentua juga mempunyai masalah jantung.

“Minggu lepas pun arwah pengsan ketika dialisis dan jantungnya terhenti tapi keadaannya kembali baik selepas itu selepas mendapatkan rawatan,” jelasnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Kita Sama-Sama Terus Perbaiki Diri Ok’- Reunion Kembali, Abby Abadi Titip Ucapan Indah Buat Elite

Ramai yang turut menzahirkan ucapan takziah

Usai hantarannya di Instagram itu, rata-rata rakan selebriti dan warganet menzahirkan ucapan takziah dan mendoakan semoga dipermudahkan urusan Abby sekeluarga.

“Salam takziah buat seluruh keluarga. semoga Allahyaryamah diampunkan dosanya & ditempatkan dikalangan orang beriman”

“Allahuakbar salam takziah… teringat kt mak sendiri tengah dialisis buah pinggang jugak 3kali seminggu”

“Inna lillah hiwainna ilaihi rajiun.. takziah untukmu Abby & keluarga.. perginya ibumu sungguh dlm keadaan tenang. Tidak menyulitkan keadaan.. husnul khotimah untuknya..”

“Alfatihah. Takziah untuk Puan Abby dan sekeluarga. Semoga mak ditempatkan bersama golongan orang yang beriman. Samalah kita pun da tak ada mak. Rindu tiada penghujung”

ARTIKEL BERKAITAN: Kenalkan Allah Sejak Bayi Lagi, Abby Abadi Kongsi Caranya Didik Anak Tutup Aurat Seawal Usia

Al-Fatihah…Team hijabista turut menitipkan ucapan takziah buat buat Abby Abadi sekeluarga. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yg beriman. Amin..

Sumber: Mstar dan Instagram Abby Abadi

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
S.Amira