Penyanyi yang pernah terkenal dengan lagu Aku Suka Dia, Ainan Tasneem telah selamat melahirkan sepasang cahaya mata kembar semalam di Shah Alam, Selangor.
Bersyukur segala berjalan dengan lancar dan dapat melahirkan secara normal, Ainan berharap anak-anaknya ini bakal membesar menjadi insan yang bakal berbakti pada orang ramai di masa hadapan.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Alhamdulillah segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabat baginda serta para tabi’in yang mengikut jejak langkah baginda hingga ke hari kiamat.
Ainan telah selamat melahirkan sepasang bayi kembar yg soleh dan solehah pada hari Jumaat hari yg barakah, 18 Disember di Hospital Salam Shah Alam pada pukul 11.52am dan 12.11pm. Alhamdulillah Ainan direzekikan untuk melahirkan kedua mereka dengan selamat secara normal delivery.
Semuanya dengan izin Allah dan asbab memilih untuk melahirkan dengan Dr Siti Mariam yang sangat handal dalam mengendalikan kelahiran kembar. Terima kasih sangat kepada Dr Siti dan nurse2 yg banyak membantu di Hospital Salam.
Semoga kedua bayi ini akan menjadi daie dan daieyah, hafiz dan hafizah, mukmin dan mukminah, penyejuk hati Ainan dan Ariff dan berbakti pada semua orang. Aamiin Ya Mujib 🌸
Di ruang komen, ramai rakan artis termasuklah para peminatnya yang mengucapkan tahniah kepadanya di atas kelahiran ini sekaligus mendoakan yang terbaik buat Ainan dan keluarga.
Ainan telah mendirikan rumah tangga dengan Ariffudin Mohammad Swaimi, 29, pada 6 Januari 2017.
Pasangan itu sebelum ini dikurniakan cahaya mata sulung, Ainan Salsabiela pada 2018 yang kini berusia dua tahun.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI