Seorang bapa mendapat perhatian netizen kerana menunaikan permintaan anaknya demi untuk menggembirakan dan menunaikan hajatnya untuk merasai pengalaman mandi kolam.
Menerusi video yang dimuat naik ke TikTok menunjukkan bapa seorang gadis membawa anaknya. Kanak-kanak itu diletakkan di dalam pelampung sebelum dibawa ke kolam oleh bapanya.
Artikel Berkaitan : Anzalna Nasir Harap Rakyat Malaysia Bantu Kumpul Dana Untuk Adik Luth.
“Assalamualaikaum sahabat TikTok semua, sekadar perkongsian permintaan anakanda Nurul Jannah untuk pergi kolam.”
@syukrilaziziAssalamualaikum shbt Tt semua, sekadar perkongsian permintaan anaknda Nurul Jannah utk pergi kolam.Moga bukan yg terakhir papa & Ummi dpt tunaikan permintaan kamu 🥹😭♬ Sayang Sampai Mati – Firman Khan
Dalam pada itu, dia turut berdoa sebagai seorang bapa, berharap ini bukan kali terakhir dia dapat menunaikan permintaan anaknya itu.
“Semoga ini bukan kali terakhir papa dan ummi dapat tunaikan permintaan kamu.”
@syukrilazizi♬ bunyi asal 🇲🇾 – Fazli Samsudin
Nurul Jannah berusia 9 tahun menghidap kanser saraf neuroblastoma, yang kini berada di peringkat keempat.
Apabila rata-rata pengguna internet melawat ruangan komen, dia menangisi keadaan budak itu dan berdoa agar dia sembuh.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.