Cantik manis orangnya. Bermula sebagai model muslimah seawal usia 14 tahun, kini Nur Alya Iman Azmil Mustapha atau mesra disapa Alya Iman kian mendapat tempat dalam industri seni tanah air. Sepanjang pembabitannya sebagai anak seni sejak tahun 2018, Alya telah membintangi pelbagai telemovie, drama dan sitkom.

Meniti usia 23 tahun, gadis genit ini merupakan anak kepada pelakon popular era 80an iaitu Allahyarham Azmil Mustapha. Sememangnya anak bongsu daripada lima beradik ini mewarisi bakat lakonan bapa tersayang.

Mana tidaknya, bukan hanya mendapat tawaran lakonan yang tidak putus-putus bahkan Alya juga pernah dicalonkan sebagai Top 10 Artis Baharu Wanita Popular ABPBH 2020.

Makin sibuk sebagai anak seni, apa perancangan Alya untuk 5 tahun akan datang

“Ketika ini Alya hanya berpeluang menceburi bidang peragaan dan lakonan. InshaAllah dengan izin Allah, sekiranya ada rezeki untuk ke luar negara Alya berhasrat untuk sambung belajar.

“Dalam lima tahun akan datang juga Alya ingin fokus dengan bisnes.

Bagaimana Alya menjaga kecantikan diri?

“Semoga Allah Permudahkan Segala Impian Yang Alya Rancang,” – Alya Iman

“Amalan kecantikan Alya tidaklah terlalu rumit dan tidak ada istilah penjagaan muka yang ‘heavy’. Jujurnya penjagaan dan rutin kecantikan Alya biasa saja.

“Alya amalkan banyak minum air masak dan pastikan cuci muka selepas memakai mekap supaya kulit wajah dapat bernafas serta bersih daripada sebarang kotoran.

Dalam sebulan, berapa kali buat rawatan di pusat kecantikan?

“Alya sangat jarang pergi buat rawatan facial atau spa sebab kekangan masa. Kalau pergi pun, Alya akan ambil pakej rawatan untuk menyegarkan wajah sahaja.

Tip kecergasan dan kesihatan tubuh badan

“Semoga Allah Permudahkan Segala Impian Yang Alya Rancang,” – Alya Iman

“Sebenarnya Alya seorang yang sangat sensitif dan mudah sangat sakit. Jadi, untuk elak daripada sakit yang berterusan Alya mengamalkan pengambilan vitamin, senaman dan makan makanan yang berkhasiat. Itu yang Alya buat untuk jaga kecergasan dan kesihatan tubuh badan.

Siapa sumber inspirasi Alya?

“Semoga Allah Permudahkan Segala Impian Yang Alya Rancang,” – Alya Iman

“Semestinya arwah Babah. Bukan sahaja inspirasi dalam bidang industri seni tapi personaliti yang dimiliki arwah juga saya sangat kagum.

“Dia (arwah babah) seorang yang sangat merendah diri, not judgmental, menghormati orang lain dan terima baik buruk seseorang dengan seadanya.

Impian Alya yang masih belum tertunai

“Dalam usia 23 tahun, banyak impian yang tidak tertunai lagi dan masih dalam perancangan untuk merealisasikan impian tersebut. Semoga Allah mempermudah segala impian yang Alya rancang.

Artikel berkaitan: Anak Gadis Memang Rapat Dengan Lelaki Bergelar Bapa, Alya Iman Salah Seorangnya

“Dari segi kerjaya, Alya ingin menceburi filem antarabangsa. Dari sudut personal pula, Alya mahu beri apa sahaja yang Mama saya impikan.

Bergelar ‘public figure’, bagaimana Alya menonjolkan diri agar menjadi inspirasi kepada generasi muda?

“Semoga Allah Permudahkan Segala Impian Yang Alya Rancang,” – Alya Iman

“Motivated untuk berjaya! Alya dari usia muda sudah berkerjaya. Saya juga seorang yang belajar berdikari dan tidak mudah putus asa walaupun gagal di tengah jalan.

“Prinsip saya ialah terus bangkit dan berjuang selagi berdaya. Semoga kejayaan dan pengalaman ini mampu menjadi kekuatan semangat buat orang di luar sana.

Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA.

Artikel berkaitan: “Rindu Pada Arwah Babah Tak Pernah Hilang”- Alya Iman Kenang Setahun Pemergian Pelakon, Azmil Mustapha

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Sumber Foto: Instagram Alya Iman
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI