Stress memang boleh menyebabkan rambut kita gugur. Dan bila rambut kita mulai gugur pula, makin bertambah-tambahlah stress kita jadinya.
Jangan begitu sis! Relaks dan bertenang…
Sebenarnya ada alternatif yang boleh dicuba untuk menyuburkan kembali kulit kepala kita. Hijabi bolehlah mencuba cara yang dikongsikan oleh Nurtieja Sheikh Ismail Nurtieja ini di Facebook. Senang sangat!
ini adalah resepi mak mertua yang sebulan lalu yang tieja nak kongsikan.
sebab tengok adik buat macam menjadi.. jadi tieja cuba dalam sebulan .. alhamdulillah berjaya.. dalam seminggu dah nampak sebenarnya banyak anak rambut tumbuh bahagian depan..
kena konsisten yee.. tieja alami rambut gugur mase pregnant haritu.. pakai macam macam syampoo tak jalan.. akhirnya buat pati macam ni baru jalan
BAHAN
SANTAN KELAPA (kadang kadang pakai yang kotak je )
ALOE VERA
Jika tak ade ALOE VERA boleh pakai OLIVE OIL
CARA PAKAI : lumur macam nak pakai minyak/serum rambut..atau sedang bersyampoo..sikat bagi sekata seluruh rambut, balut dengan tuala..30-45 minit bilas seperti biasa.. nak guna syampoo pun tak ade masalah .. mane tahu korang tak tahan dengan bau santan
Posted by Nurtieja Sheikh Ismail Nurtieja on Sunday, 20 May 2018
maaf laa video haritu gaduh dengan ayam kali ni gaduh ke burung pulak
selamat mencuba dan share
semoga manfaat
kredit: facebook Nurtieja Sheikh Ismail Nurtieja
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI