Seminggu Di ICU, “Nad Zainal Masih Tidur, Buah Pinggang Tak Terjejas Cuma..” – Shahrulezad

Share

Diam tak diam sudah seminggu pelakon jelita Nad Zainal ditidurkan di Hospital Ampang Puteri akibat menghadapi pendarahan dan jangkitan kuman pada paru-paru yang dipercayai Autoimun.

Penerbit dan pengarah, Shahrulezad Mohameddin berkata kesihatan pelakon itu menunjukkan perkembangan positif, Nad semakin baik ujarnya.

Bagaimanapun, punca mengapa Nad masih belum sedar adalah kerana Doktor mengambil keputusan untuk menidurkan Nad lagi, agar dia boleh berehat dan paru-parunya kembali kuat.

Nad Kini Kurang Bergantung Pada Mesin Oksigen

Perkara berkenaan dimaklumkan Shahrulezad menerusi satu hantaran di laman Instagram miliknya.

“Alhamdulillah, keadaan Nad hari ini lebih baik daripada semalam. Tapi, doktor masih mahu Nad ditidurkan lagi selagi paru-parunya belum betul-betul kuat.

“Kadar kebergantungan Nad pada mesin oksigen pun semakin berkurangan. Bila keadaan sesuai barulah doktor akan disedarkan. Saya rasa tak lama lagi rasanya. Insya-Allah,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Bukan Ubat Kurus Punca Autoimun

Mengulas lanjut, Shahrulezad turut menolak dakwaan kononnya pendarahan paru-paru pelakon Cina Buta itu adalah berpunca dari pengambilan ubat kurus.

“Apa yang membuatkan lega apabila organ utama Nad juga dalam keadaan baik terutamanya buah pinggang.

“Jadi, khabar angin yang mengatakan buah pinggang Nad bermasalah gara-gara ubat kurus adalah tidak benar.

“Masalah Nad sekarang adalah paru-paru masih dalam proses penyembuhan.

“Apa yang Nad perlukan ialah kekuatan dalaman untuknya terus berjuang kembali sihat,” katanya.

Artikel berkaitan: Paru-Paru Berdarah, Nad Zainal Ditidurkan Di ICU, Mohon Doa Semua!

Justeru, Shahrulezad memohon agar orang ramai terus mendoakan kesembuhan dan kesihatan Nad Zainal.

“Saya percaya Nad akan kembali sihat seperti biasa, tidak lama lagi. Apa yang dipohon sekarang adalah doa berterusan.

Sekadar info, Nad atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin, 32, dilaporkan ditidurkan sejak Isnin lalu kerana mengalami pendarahan pada bahagian paru-paru.

Rakan baiknya, Ungku Ismail turut memaklumkan doktor mengesyaki Nad mengalami autoimun.

Sumber: Instagram Shahrulezad & Berita Harian

Artikel berkaitan: Doktor Sahkan Nad Zainal Kini Kritikal – Ungku Ismail

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Haifa Nasir