Jika lihat di laman media sosial hari ini, ia diibaratkan seperti sebuah ruang untuk menyuarakan pendapat serta sebuah platform untuk berkongsi cerita dan momen.
Namun, pengguna laman sosial hari ini, terutamanya mereka yang sering membuat sesi ‘live’ di laman Instagram atau TikTok contohnya, kadang-kala hilang batasan sehingga ada yang mengeluarkan kata-kata kesat yang mungkin memberi impak negatif kepada yang menonton.
Berbicara isu Sembang Bersulam Carutan, The Hijabista Show menemu bual pelakon juga pengacara popular, Zulin Aziz untuk berkongsi perspektif tentang trend hari ini yang menjadikan carutan sebagai perkara biasa dalam kehidupan harian.
Mengulas lanjut isu tersebut, Zulin menegaskan bahawa personaliti diri seseorang itu dapat dilihat dari percakapan serta apa yang dilontarkan dari mulutnya. Jika jahat kata-katanya, maka jahat jualah dirinya.
Ads
Tidak kira siapapun kita, percakapan itu menunjukkan siapa diri kita yang sebenar. Pakaian tidak melambangkan diri kita. Manusia ini kadang-kala apabila sudah bercakap, dia jadi terlupa tentang batasan. Akhirnya, menonjolkan diri mereka yang sebenar.
Tambah Zulin, apabila seseorang itu suka mencarut, barangkali sudah terbiasa bila di rumah dan menjadi rutin harian mereka untuk mengeluarkan kata-kata yang tidak baik. Jadi, apabila di luar rumah, dan tidak mampu mengawal diri, maka ia terus menonjolkan diri mereka yang sebenar.
Ads
Mengenai platform media sosial pula, menurut Zulin, netizen mempunyai hak untuk memilih apa yang ingin dilihat juga yang ingin dibaca. Namun, tambahnya lagi, masyarakat hari ini lebih suka memilih yang negatif untuk dijadikan sebagai bahan bualan mereka sehingga kadang-kala menimbukan fitnah.
Sebenarnya, untuk kita kawal mereka yang bergelar ‘infleuncer’ ini untuk tidak mengeluarkan kata-kata negatif amat susah. Namun, netizen harus bijak untuk memilih apa yang ingin dilihat, dibaca dan ditonton di media sosial. Anda boleh pilih siapa yang ingin anda ikuti. Kalau negatif tu, janganlah ikut.
Ads
Zulin menasihati agar menjaga diri dan pertuturan yang dilontarkan kala menggunakan media sosial. Tambahan pula, kali ini apa yang kita tunjukkan dan tayangkan boleh direkodkan. Jadi, jagalah diri selalu.
Siapa disini yang ada asma ataupun semput? Kebanyakan pesakit asma teragak-agak untuk bersenam kerana takut diserang asma atau semput. Namun, ada beberapa senaman yang mudah dilakukan untuk penghidap asma.
Semput atau asma ini adalah penyakit kronik yang menjejaskan saluran pernafasan paru-paru. Orang yang menghidap asma mempunyai saluran udara yang lebih sensitif daripada orang biasa. Apabila paru-paru terdedah kepada pencetus asma, otot-otot di saluran pernafasan menjadi kaku seterusnya menjadikan saluran pernafasan sempit.
Tanda-tanda serangan awal asma:
Menurut perkongsian HelloDoktor, terdapat beberapa tanda-tanda awal asma yang boleh dikesan. Tanda-tanda ini tidaklah begitu memudaratkan tapi ia mungkin berlaku beberapa hari sebelum serangan asma. Diantara tanda-tandanya ialah:
Sering batuk, terutamanya pada waktu malam
Dahaga
Mata gatal atau berair
Sakit perut
Sakit kepala
Demam
Rasa gelisah
Muka menjadi pucat atau merah
Kerap mengosongkan tekak (batuk atau menelan lendir)
Ekzema semakin teruk
Bacaan meter aliran puncak lebih rendah
Mudah mengah atau sesak nafas
Terasa sangat letih atau lemah ketika bersenam
Bunyi berdehit ‘wheezing’ atau batuk semasa atau selepas bersenam
Kesukaran bernafas selepas bersenam
Cepat penat
Mengalami masalah tidur dan asma malam
Perubahan mood seperti cepat marah atau banyak berdiam diri
Mengalami tanda-tanda selsema atau alahan (bersin, hidung berair, batuk, hidung tersumbat, sakit tekak dan sakit kepala)
Sesak dada atau rasa seperti ada sesuatu yang menghimpit dada
Dagu gatal
Lingkaran gelap bawah mata
Rata-rata penghidap asma menghadapi cabaran dalam menjalankan aktiviti fizikal. Untuk penghidap asma, aktiviti fizikal mungkin menyebabkan anda sesak nafas dan menghalang anda daripada melakukan aktiviti yang anda nikmati.
Walaupun begitu, anda harus melakukan dan mencuba pelbagai aktiviti agar kekal aktif. Melakukan aktiviti mampu meningkatkan kadar denyutan jantung anda seterusnya memperbaiki gejala asma seperti:
Menguatkan sistem imun untuk melawan virus dan selsema
Meningkatkan kekuatan dan stamina paru-paru
Mengurangkan risiko serangan asma melalui mengekalkan berat badan yang sihat
Mengeluarkan endorfin yang membuatkan anda berasa gembira dan mengurangkan tekanan.
Berikut adalah beberapa aktiviti yang boleh dipertimbangkan buat mereka yang menghidapi asma:
1.Berjalan
Berjalan merupakan aktiviti paling mudah dan sesuai untuk penghidap asma. Aktiviti ini juga mampu membantu penghidap asma bernafas dengan lebih baik. Bapa perubatan, Hipocrates pernah berkata ‘Berjalan adalah ubat yang terbaik untuk manusia’. Pilihlah masa yang sesuai jika anda ingin berjalan-jalan di luar rumah. Udara sejuk dan kering boleh mencetuskan gejala asma. Anda juga boleh menggunakan treadmill untuk berjalan di dalam rumah.
2. Berenang
Berenang juga merupakan aktiviti yang baik bagi penderita asma kerana boleh membina kekuatan tubuh bahagian atas. Aktiviti ini juga disifatkan sebagai latihan pernafasan terbaik kerana seluruh anggota badan bertindak menyempurnakan senaman ini. Walau bagaimanapun, kolam renang yang mengandung klorin boleh menimbulkan gejala asma bagi sebahagian orang. Jadi, berhati-hatilah jika ingin berenang di kolam renang.
3. Berbasikal
Berbasikal secara santai atau beriadah juga adalah senaman yang baik untuk orang semput. Aktiviti berbasikal secara santai adalah lembut dan tidak melibatkan intensiti yang tinggi secara berterusan. Anda juga boleh berbasikal di dalam rumah menggunakan basikal pegun.
4. Kembara (Hiking)
Jika anda suka menikmati keindahan alam semula jadi, mendaki adalah sukan yang sesuai untuk anda walaupun anda mempunyai asma. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa anda harus memilih ‘stub’ atau jalan yang mempunyai kecerunan yang perlahan dan stabil. Takut nanti kejadian tidak diingini berlaku. Jika anda mempunyai alahan debunga, pilih masa perjalanan di luar musim bunga.
Selain aktiviti di atas, penghidap asma juga boleh melakukan aktiviti sukan yang lain seperti golf, bola tampar, bola jaring dan juga berlari jarak dekat. Sebagai kesimpulan, memilih aktiviti dan senaman yang betul merupakan perkara penting untuk penghidap asma. Penghidap asma mestilah mengelakkan aktiviti lasak. Sebaliknya, lakukanlah aktiviti fizikal yang ringan seperti diatas untuk mengurangkan tanda dan gejala asma. Semua aktiviti di atas boleh meningkatkan kesihatan paru-paru anda.
Ramai yang beranggapan jerawat tumbuh di muka kerana ketidakseimbangan hormon atau kerana tidak menjaga kebersihan wajah. Ada juga yang membuat kesimpulan bahawa pencuci muka yang digunakan tidak serasi dengan kulit. Namun, ketahuilah bahawa kecantikan dan kesihatan tubuh badan kita bermula dari dalam.
Sejak dulu kita memang selalu perasan ada bintik jerawat yang tumbuh di bahagian tertentu selain pada titik spot. Biasanya jerawat tumbuh kerana kedatangan haid atau terlalu stress. Namun situasi ini sebenarnya boleh mengundang bahaya yang tidak kita ketahui memberi petunjuk organ dalaman yang tidak sihat.
1. Dahi
Sebaik tahu ada jerawat di bahagian dahi, banyakkan meminum air masak. Jerawat di bahagian ini menandakan sistem penghadaman yang tidak beroperasi dengan sempurna dan kekurangan kandungan air dalam badan. Air masak membantu menyingkirkan toksin dalam badan. Seeloknya, minum lapan gelas besar air masak sehari dan elakkan minuman berkafein dan berkarbonat. Mungkin anda boleh cuba untuk mengamalkan teh hijau tanpa gula.
2. Zon-T
Ia merangkumi bahagian atas kening, hidung sehingga pipi. Zon ini diketahui kawasan paling berminyak pada wajah. Jika ada jerawat besar di bahagian ini, kemungkinan sistem organ hati tidak berfungsi dengan baik.
3. Sekeliling mata
Kawasan ini adalah bahagian kulit wajah yang paling sensitif dan lembut. Lingkaran hitam pada mata menunjukkan ketidak seimbangan sistem buah pinggang dan nyah hidrat. Banyakkan minum air masak dan kurangkan pengambilan air manis.
4. Pipi
Bahagian atas: Ia bersambung terus dengan sistem pernafasan iaitu paru-paru. Jerawat di kawasan ini menandakan anda menghirup terlalu banyak udara kotor, terutamanya bagi mereka yang merokok. Selain itu, penggunaan telefon yang membuatkan anda lekapkan telefon pada pipi menyebabkan kotoran melekat di pipi dan menyumbatkan pori muka. Dinasihatkan juga menukar alas bantal setiap minggu bagi mengelakkan kotoran terkumpul berpindah ke wajah anda. Lebihkan memakan sayuran seperti kubis, tauge dan labu.
Bahagian atas: Uniknya, ia berkaitan terus dengan kesihatan gigi. Jika anda mempunyai masalah dengan gusi, masalah jerawat lebih ketara. Amalkan menggosok gigi dengan betul serta flos gigi. Kurangkan pengambilan air manis dan bergas.
5. Hidung
Jantung bersambung dengan deria hidung. Jerawat besar dan menyakitkan menandakan tekanan darah tinggi. Jauhi minuman yang memberi tenaga. Kurangkan garam dalam makanan dan banyakkan pengambilan buah serta sayuran.
6. Telinga
Deria ini bersambung terus dengan organ buah pinggang. Jerawat di bahagian telinga menandakan anda kurang minum air masak. Kurangkan pengambilan garam dan kafein.
7. Dagu
Jika ada jerawat di bahagian dagu, ia menunjukkan ada masalah di bahagian usus kecil anda. Ia disebabkan diet makanan harian yang diambil. Jauhi makanan berunsurkan tenusu dan berminyak. Jelas bahawa anda makan secara melulu dan tidak berkhasiat. Lebihkan sayuran dan buahan dalam menu harian.
[su_label type=”info”] BACA JUGA ARTIKEL INI:[/su_label]
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Wabak coronavirus yang melanda sering dikaitkan dengan masalah pernafasan. Mana tidaknya, simptom yang diuar-uarkan seperti batuk dan sesak nafas memang tertumpu kepada masalah organ paru-paru. Itu merupakan kaedah utama penyebaran virus novel korona.
Di saat orang ramai sibuk menutup mulut, mencari dan mengguna pakai topeng bagi melindungi diri dari dijangkiti, kajian terbaharu telah mengesahkan bahawa wabak coronavirus baharu boleh tersebar melalui laluan fecal-oral.
Ciri-ciri penyebaran yang sama dengan wabak coronavirus SARS
Walaupun cara penyebaran melalui sisa perkumuhan ini merupakan maklumat baharu yang telah disahkan oleh kajian sains, tapi saintis tidak terkejut. Ini berikutan virus novel korona (COVID-19) ini sering dikaitkan dengan virus korona sindrom pernafasan akut teruk (SARS-CoV).
Persamaan di antara kedua-dua virus ini dipersetujui oleh kebanyakan ahli akademik sehinggakan ia pernah digelar sebagai SARS-CoV-2.
Suatu ketika dahulu, kajian menunjukkan bahawa SARS-CoV boleh tersebar melalui sisa air kencing pesakit. Sampel virus tersebut juga jelas terzahir pada sampel najis menunjukkan SARS-CoV bukan hanya tersebar melalui batuk atau bersin.
Perkara ini, walaupun tidak mempunyai implikasi yang agak dahsyat kepada orang awam, tapi boleh membahayakan golongan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam merawat pesakit. Tanpa memakai alat perlindungan diri, mereka mudah untuk dijangkiti oleh sampel sisa perkumuhan pesakit walaupun ia jarang berlaku.
10 peratus daripada jumlah pesakit yang disoal selidik di Hospital Wuhan (14 daripada 138 orang pesakit) mengalami simptom gastrousus seperti cirit-birit, loya dan muntah sebelum menunjukkan simptom pernafasan.
Tanpa mengetahui tentang peranan virus novel korona terhadap sistem gastrousus, simptom sebegitu pastinya dirawat sebagai masalah keracunan makanan walhal daripada sejarah pesakit, ia jelas menunjukkan risiko jangkitan wabak coronavirus.
Pesakit pertama yang didiagnosis di Amerika Syarikat turut mengalami simptom cirit-birit, 2 hari sebelum demam dan sesak nafas berlaku. Ia bukanlah simptom utama namun wajar diambil kira.
Mereka yang mengalami cirit-birit dan mempunyai hubungan secara langsung dengan mereka yang positif wabak coronavirus atau baru pulang dari Wuhan perlu disiasat dengan lebih lanjut.
Titisan udara masih cara utama wabak corona virus tersebar
Kajian soal selidik di China tersebut menunjukkan cara penyebaran terbaharu virus novel korona, namun cara utama masih melalui titisan udara.
Mereka yang mengalami simptom selesema perlu memakai topeng muka bagi mengelakkan virus tersebut daripada tersebar.
Topeng tersebut hanya betul-betul berkesan bagi menghindarkan penyebaran virus. Ia tidak berapa berkesan dalam menghindarkan anda daripada dijangkiti virus. Jadi, bagaimana cara untuk anda melindungi diri daripada dijangkiti oleh wabak coronavirus?
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyarankan amalan cuci tangan dengan menggunakan sabun dan air. Ia ternyata berkesan dalam membasmi virus novel korona tersebut melalui pelbagai kajian. Pernah juga tular di Facebook berkenaan dengan eksperimen ringkas menunjukkan perbezaan di antara penggunaan air dan sabun serta hand sanitizer terhadap penjagaan roti daripada kulat.
Air dan sabun bukan sahaja berupaya untuk membasmi majoriti mikroorganisma, tapi ia juga boleh digunakan pada tangan yang kotor. Hand sanitizer cuma boleh digunakan pada situasi di mana tidak terdapat air dan sabun.
Kepekatan alkoholnya mestilah berada pada paras 60% dan ke atas, jika tangan anda kotor, basuh tangan anda menggunakan air terlebih dahulu. Melalui langkah pencegahan ini, wabak coronavirus baharu boleh dikawal dengan baik.
Individu yang kerap bersin dan batuk juga perlu mengamalkan teknik/ etika yang betul. Bagi virus yang disebarkan melalui titisan udara, berdiri pada jarak 2 meter daripada individu lain mampu menghindarkan penyebaran virus.
Tutup mulut anda menggunakan tisu dan buang tisu tersebut selepas digunakan.
Tempoh jangka hayat virus di dalam sisa perkumuhan
Walaupun kajian yang dijalankan di Jerman menunjukkan bahawa virus korona novel boleh hidup di luar badan manusia dalam tempoh 9 hari, namun ia berbeza mengikut permukaan objek.
Kajian tersebut menggunakan tombol pintu dan barangan lain namun tidak mengambil kira sampel najis yang mempunyai kadar lembapan yang agak tinggi. Semakin tinggi kadar lembapan, semakin panjanglah jangka hayat virus tersebut di dalam sampel yang tercemar.
Buangan sisa klinikal selepas melakukan ujian makmal atau kajian perlu dilakukan dengan betul. Jika tidak, mereka yang menguruskan sisa klinikal tersebut berisiko untuk mendapat wabak coronavirus baharu kelak.
Masih tiada lagi maklumat lengkap berkenaan dengan jangka hayat COVID-19 di luar badan. Virus SARS-CoV hanya boleh bertahan selama 24 jam di luar badan manusia, namun pada sampel najis, jangka hayatnya meningkat 4 kali ganda kepada 4 hari.
Jika virus novel korona mempunyai sifat yang sama, ini bermakna, ia berupaya untuk terus menjangkiti individu lain dalam tempoh masa melebihi sebulan.
Penyebaran melalui najis merupakan cabaran baharu dalam membendung wabak coronavirus yang melanda terutamanya di kawasan hospital.
Maklumat berkenaan dengan cara penyebaran baharu virus ini menunjukkan bahawa kita perlu memberikan tumpuan kepada simptom gastrousus juga. Walau bagaimanapun simptom pernafasan seperti batuk dan sesak nafas tetap menjadi gejala utama dalam mendiagnosis pesakit.
Jika seseorang itu mengalami muntah, loya dan cirit-birit, nasihatkan mereka untuk berjumpa dengan doktor. Perkara ini terutamanya jika mereka pernah berhubung dengan pesakit wabak coronavirus.
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...