Wanita memang gemar bersolek kerana ia mampu menaikkan lagi seri wajah seseorang wanita. Namun di sebalik keghairahan bersolek, ada wanita yang tergamak meninggalkan solat gara-gara sayangkan mekap pada wajah.
Mengapa sampai jadi begitu? Sedangkan boleh sahaja solekan pada wajah dibersihkan kemudian selepas solat, bolehlah memakai mekap semula.
Baca perkongsian oleh Ustaz Farid Rashidi
Alasan tinggal solat sebab sayangkan make-up. Katanya bila berwuduk, hilang segala solekan pada wajah yang dilukis berejam itu.
Jadi nak kena solek balik lambat. Makan masa. Waktu rehat singkat. Maka, dia terus bekerja tanpa rasa sesal dan bersalah kepada Allah SWT.
Aduhai, sanggup ya hanya kerana mahu berbuat dosa kuasa dua, dia rela tinggalkan solat yang wajib.
Andai dia tahu kehebatan berwuduk, nescaya dia pasti akan terlupa cara bersolek.
عَن أَبِيْ هُرَ يْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ : إِِنِّيْ سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ : إِِنَّ أُ مَّتِيْ يُدْ عَوْ نَ يَوْ مَ اْلقِياَ مَةِ غُرََّا مُحَجَّلِيْنَ مِنْ اَثاَرِ الْوُ ضُوْءِ ، فَمَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمْ اَنْ يُطِيْلَ غُرَّ تَهُ فَلْيَفْعَلْ.
Daripada Abi Hurairah r.a yang mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya, pada hari kiamat nanti umatku akan diseru dan mereka datang dengan wajah dan telapak kaki yang bersinar putih kerana bekas wudhuk. Sesiapa antara kamu yang mampu untuk memperluaskan cahayanya, maka kerjakanlah.” [Hadis Riwayat Bukhari, no.136]
Sedangkan berwuduk itu ganjarannya luar biasa hebat sehingga kiamat. Bersolek pula, hanya sekadar keindahan sementara. Tak sampai 10 jam pun.
Bahkan dosa besar tinggalkan solat itu kekal selagi tak bertaubat. Begitu juga dosa bertabarruj.
Hadis lain menyebutkan tentang solat:
أَوَّلَ مَا يُحَاسَبُ بِهِ العَبْدُ يَوْمَ القِيَامَةِ مِنْ عَمَلِهِ صَلاَتُهُ، فَإِنْ صَلُحَتْ فَقَدْ أَفْلَحَ وَأَنْجَحَ، وَإِنْ فَسَدَتْ فَقَدْ خَابَ وَخَسِرَ
Abu Hurairah r.a, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Amal yang pertama dihisab dari seorang hamba pada hari Kiamat adalah solat; jika solatnya baik maka beruntung dan selamatlah dia, dan (sebaliknya) jika solatnya buruk (kesempurnaannya), maka dia gagal dan rugi”. [Hadis Riwayat at-Tirmizi, no.411]
Meh kita duduk bersila di sejadah, bermuhasabah balik. Sampai bila nak buat dosa. Takkan nak tunggu sampai pencen baru bertaubat.
Sumber kredit: Ustaz Farid Rashidi
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI