Tragedi kehilangan kapal selam KRI Nanggala 402 memang menyentuh hati masyarakat seluruh dunia. Setelah beberapa hari melakukan pencarian, pihak berkuasa Indonesia telah memaklumkan bahawa kapal selam tersebut telah tenggelam selepas menemui serpihan kapal selam itu di dasar laut.
Seramai 53 kru kapal tersebut disahkan meninggal dunia selepas visual dari “Remotely Operated Underwater Vehicle” yang digunakan dalam pencarian kapal itu merakamkan keadaan kapal tersebut yang terbelah kepada tiga bahagian.
Di laman TikTok, perkongsian seorang wanita, Mita Sofia yang dipercayai isteri kepada salah seorang kru kapal yang terkorban mendapat perhatian ramai apabila dia memuat naik video bersama arwah suami yang tercinta selain mesejnya menerusi aplikasi WhatsApp yang berharap suaminya segera pulang ke rumah menemuinya dengan selamat.
Ads
warga tiktok minta bantuan doa buat suami dan seluruh crew kapal selam nanggala-402😢🙏 #prayfornanggala402
Lebih memilukan, dia juga kini sedang sarat hamil menantikan kelahiran anak pertama mereka.
Ads
Hingga kini, video itu telah ditonton lebih 17 juta kali di TikTok. Di ruang komen, ramai rakyat Indonesia termasuklah Malaysia yang menitipkan doa buat suaminya serta seluruh kru KRI Nanggala 402 selain berharap Mita kekal tabah menjalani kehidupannya.
Berbulan madu atau ‘honeymoon’ di luar negara memang menjadi idaman kebanyakan pengantin yang baru berkahwin. Menyaksikan keindahan negara asing bersama yang tersayang menjanjikan satu memori manis buat mana-mana insan di muka bumi ini.
Pastinya kos percutian yang berpatutan menjadi pilihan kerana tidak mahu membazir. Untuk tips yang menjimatkan, bolehlah mengikuti perkongsian oleh Nurul H.Miszdae ini yang telah mendapat lebih 19k shares di facebook ini. Dia telah menceritakan pengalamannya honeymoon di Istanbul dan Cappadocia dengan harga yang sangat berbaloi!
RM1400 sahaja untuk 7 hari. Dapat naik belon udara lagi!
Menikmati Istanbul dengan berjalan kaki kerana pemandangannya yang sangat cantik.
Sempat merasai pengalaman tidur dalam gua.
Dapat menaiki belon udara panas dengan harga yang murah daripada yang lain.
Untuk pasangan pengantin baru, bolehlah jadikan tips ini sebagai panduan untuk berbulan madu. Rancang percutian dengan sebaiknya, InsyaAllah segalanya akan berjalan dengan lancar nanti.
Sudah tibalah waktu pelajar universiti pulang ke kampus atau asrama masing-masing untuk menghadiri kelas secara berdepan. Bila dah pulang, kenalah pandai berdikari dan berjimat cermat. Selalunya, pelajar rasa terbeban untuk mengisi perut dek kerana harga makanan yang mahal. Namun, bagi pelajar berdekatan dengan lokasi perniagaan satu ini, anda sangat berutung kerana masakan yang dijual sangatlah murah!
Mengimbas kembali satu video yang pernah tular di TikTok, mengenai ‘Warung Ibu’ yang menjual makanan dengan harga yang sangat murah. Sehingga ada yang menyatakan harga tersebut tidak masuk akal dan meminta pemiliknya menaikkan harga.
Menurut Haizum Hasan yang telah memuat naik video berkenaan di aplikasi TikTok, warung tersebut adalah milik ibunya iaitu Noorasiah Che Yusoff berusia 52 tahun. Warung yang diberi nama ‘Warung Ibu’ itu telah diusahakan sejak empat tahun lalu. Video itu telah mendapat 25.1K kesukaan serta 533 komen daripada warganet.
Melalui video yang telah dikongsikan tersebut, warung milik ibunya itu telah menjual menu seperti mi goreng, nasi goreng, kuey teow goreng dan sup dengan berharga hanya RM3 setiap hidangan. Mustahil kan nak dapat harga serendah itu di zaman sekarang ini? Memang ‘heaven’ lah pelajar yang tinggal berdekatan situ.
“Warung kami terletak berdekatan dengan Maahad Amir, jadi pelajar adalah antara pelanggan tetap. Ibu kata biar berniaga dengan harga macam ni, asalkan ramai orang datang, daripada berniaga mahal dan tak ada orang datang.” ujar Haizum melalui temubualnya bersama mstar.
Tambahan itu, Haizum juga menyatakan bahawaibunya pernah mengalami kesukaran kerana kenaikan harga barang, namun masih memilih untuk mengekalkan harga demi meringankan beban pelanggan.
“Ibu pernah juga mengadu harga barang banyak naik. Tapi apabila ditanya kenapa tak mahu naikkan harga makanan di warung, ibu kata dia kesian pelanggan yang terdiri daripada orang kampung dan pelajar.”
“Pernah je pelanggan tak cukup nak bayar tapi ibu halalkan. Secara tak langsung, berniaga sambil beramal”. tambahnya lagi.
Mendapat respon positif daripada warganet
Haizum menyatakan bahawa dia sekadar ‘suka-suka’ untuk memuat naik video itu di aplikasi Tiktok, dan tidak menyangka perkongsian tersebut berjaya meraih perhatian warganet.
“Semoga dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki oleh Allah SWT”
“Semoga makcik nie. kaya raya. amin..”
“Harga-harga masakan panas macam tahun 2010 dulu”
“Ya Allah kak, boleh untung ke niaga mcm ni. Murah rezeki akak..”
Murah rezeki makcik kerana ramai yang turut mendoakan. Buat anda yang tinggal berdekatan dengan Warung Ibu, anda boleh lah singgah ke warung ini. Warung Ibu by Kak Yah ini bertempat di Jalan Pondok, Kg Beris Kubur Besar, Bachok, Kelantan dan beroperasi setiap hari seawal 6.30 pagi hingga 12 malam.
Trend parodi ‘geng Marhaban’ masih lagi menjadi ikut-ikutan dikalangan selebriti dan pempengaruh media sosial di negara ini. Tidak ketinggalan pelakon jelita, Zara Zya yang turut sama mengikuti arus video tular berkenaan.
Namun, apa yang menariknya adalah apabila Zara Zya menampilkan kelainan membuat parodi berkenaan bersama ibunda tercinta sambil melakonkan babak paling ‘legend’ hingga berjaya menggamit kembali memori warganet sewaktu kecil dahulu.
“Cubit Tu Yang Tak Boleh Lupa Dan Dirindui Selalu. Al-Fatihah Untuk Mak..” – Netizen
Video berkenaan memaparkan Zara Zya dan ibunya melakonkan kembali situasi seorang anak rancak berborak ketika sesi marhaban berlangsung dan dianggap menganggu dan memalukan ibunya.
Tetapi apa yang lebih menarik lagi adalah Zara Zya sempat dicubit oleh ibunya agar kembali fokus bermarhaban. Namun tidak diendahkan oleh Zara Zya sehinggalah ibunya mengeluarkan ‘hanger’ sebagai amaran hingga membuatkan ibunya tidak fokus dan hilang muka surat yang dibaca ketika marhaban.
Video menggamit kenangan berkenaan telah berjaya mencuit hati wargamaya hingga ia ditonton seramai 817.9 ribu tontonan dan menerima 44.7 ribu tanda suka.
Hijabista sempat meninjau ruangan komen pada hantaran berkenaan untuk melihat raksi yang ditinggalkan wargamaya, rata-ratanya terhibur dengan gelagat dua beranak ini.
Justeru, ramai diantara netizen yang tampil berkongsi rasa geli hati ketika mengimbau kembali kenangan seumpanya, kerana masing-masing juga pernah berkelakuan begitu di zaman kanak-kanak. Berikut adalah beberapa komen yang ditinggalkan warganet dan berjaya mencuri perhatian Hijabista!
“Mak aku ginilah, selalu ikut dia pergi Yasin, pastu berbual dia cubit begitulah.”
“Cubit tu yang tak boleh lupa dan dirindui selalu Al-Fatihah untuk mak.”
“Sportingnya mak dan anak. Dah kena cubit nak kena hanger pula tu. Haha.”
“Real sangat ni, memang buat macam ni pun kat anak-anak kalau kat majlis marhaban.”
“Mak yang cubit pegang hanger mak yang hilang muka surat…”
Sekadar info, perkataan Marhaban berasal daripada perkataan Arab ‘ahlan wa sahlan’ yang membawa maksud ucapan ‘selamat datang’ mengalu-alukan kedatangan tetamu.
Marhaban adalah dalam bentuk syair yang sering dipersembahkan pada majlis-majlis keramaian dan keraian seperti majlis perkahwinan, naik buaian (berendoi), cukur jambul bayi, majlis aqiqah, dan meraikan bulan Syawal dalam takwim Islam.
Syair yang paling popular adalah daripada kitab ‘berzanji’ disamping kitab-kitab lain seperti Maulid ad-Diba’l, Maulid al-Habshee dan Qasidah Burdah. Marhaban sering dialunkan sambil berdiri dengan penuh semangat sebagai tanda hormat kepada baginda nabi Rasulullah S.A.W
Sosok Khadija Omar mencuri perhatian ramai baru-baru ini apabila menjadi peserta berhijab pertama pada pertandingan ratu cantik MIss Universe 2024.Gadis yang berasal dari Timur...