Sejak bergelar Hajah semakin tenang melihat perubahan yang ditunjukkan oleh Ozlynn Wati, isteri tercinta kepada Johan Raja Lawak ini. Bukan hanya penampilan bahkan circle serta rutin harian ibu kepada enam anak ini turut berubah.
Terdahulu, Ozlynn dan Johan merupakan antara 13 pengamal media yang dijemput oleh Kementerian Media Arab Saudi bagi mengerjakan rukun Islam kelima, musim haji tahun 1445H.
Mereka berangkat ke tanah suci pada 7 Jun 2024. Mereka turut menyertai beberapa delegasi media yang membuat liputan musim haji tahun ini.
Sertai Kelas Tadabbur Al Quran
Baru-baru ini, pemilik nama penuh Rozlinawaty Ismail ini memuat naik satu hantaran di Instagramnya ketika menyertai kelas tadabbur Al Quran.
Menurut Ozlynn, walaupun belum sihat sepenuhnya namun dia berpeluang menyertai kelas tadabbur Al Quran bersama para sahabat dan rakan-rakan selebriti yang lain.
Dalam hantaran itu, Ozlynn kelihatan sangat manis menyarungkan jubah berwarna putih yang dipadankan dengan selendang pink. Ringkas namun tetap elegan dengan gaya tersendiri.
Peringatan turut dititipkan oleh Ozlynn buat para pengikutnya.
“Sebab itulah Allah bekalkan akal untuk kita berfikir. Jangan pajakkan akal fikiran kita kepada orang lain untuk diri kita.”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata para pengikut dan rakan artis menzahirkan rasa syukur dan kagum dengan perubahan baru Ozlynn itu.
Ads
Mereka turut memberi kata-kata semangat buat Ozlynn agar kekal istiqamah.
“Alhamdulillah biniqmatihi tatimum solehah wahai sahabat taddabur. Teruskan istiqamah tadabbur Al Quran. Kerana Al Quran ada syifa, mueizah dan Hudan. Perjuangkan dan sampaikan walau seayat Uhibukki Fillah.”
“Mmg rasa seronok belajar tadabbur ini, segala pertanyaan akan terjawab dalam tafsir Al Quran.”
Malah, ada yang berterima kepada Ozlynn atas peringatan yang diberikan.
“Mendalami cinta Allah kepada kita adalah satu nikmat. Thank u kakak selalu mengingatkan.”
Semoga Ozlynn kekal istiqamah seterusnya menjadi wanita solehah yang dipandang mulia di sisi Allah, berjiwa kental, memiliki kesabaran yang tinggi serta menjadi anak, isteri dan ibu yang terbaik.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Penyanyi muda yang sedang meningkat naik, Iman Troye meluahkan rasa terujanya apabila wajahnya kini terpampang di papan iklan New York City Times Square, Amerika Syarikat.
Rasa sangat bersyukur, pemilik nama sebenar Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin, 19, itu juga berasa seronok kerana diberi peluang untuk mewakili negara Malaysia dan Indonesia bagi iklan Spotify tersebut.
mama muka adik kat billboard! 🥺❤️ Alhamdulillah! so glad to be featured on Equal, representing Malaysia & Singapore on New York City Times Square!✨ terima kasih semua!!! @spotifyasia <3
“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur atas penghormatan ini. Ini satu kejayaan besar buat saya yang masih agak baru dalam industri muzik tempatan.
“Apatah lagi sebagai seorang penyanyi wanita berhijab, ia sesuatu yang diharap memberi inspirasi. Moga ini juga menjadi penyuntik semangat untuk saya terus berkongsi bakat.
“Selain itu, saya turut berterima kasih atas segala doa dan sokongan yang tidak pernah padam daripada keluarga, rakan-rakan serta peminat saya,” jelas penyanyi lagu Nang itu.
Dihujani ribuan komen, ramai peminat dan rakan artis yang turut mengucapkan tahniah buatnya termasuklah Sherry Alhadad dan Sarah Suhairi.
Buat pengetahuan semua, Iman Troye merupakan artis tempatan keempat yang menghiasi papan iklan itu selepas Yuna, Layla Sania dan juga kumpulan Dolla.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Usahawan dan ikon fesyen terkenal, Datin Vivy Yusof meluahkan rasa terharunya dengan usaha petugas-petugas hospital yang bertungkus lumus melakukan tugas mereka bagi mengawal masalah virus covid-19 yang sedang menular ketika ini.
Bagi menghargai usaha mereka itu, beliau mewakili syarikat miliknya iaitu Fashion Valet telah menghadiahkan pendingin hawa mudah alih buat petugas-petugas hospital kerana memahami begitu peritnya bekerja dengan menggunakan sut khas tersebut.
Selepas mengetahui perkara hebat yang dilakukan oleh staf hospital dan sukarelawan, @fadzaanuar dan saya rasa kami perlu lakukan sesuatu. Saya cuba mengenal pasti apa yang mereka perlukan dan mengambil keputusan untuk menyumbang kepada mereka pendingin hawa mudah alih, di atas nama semua orang di Fashion Valet. Kesemua pendingin hawa itu telah pun dihantar ke Hospital Serdang dan InsyaAllah banyak lagi yang akan menyusul.
Kita juga sedang memikirkan cara untuk menyumbang kepada hospital lain juga yang sedang berusaha untuk membasmi covid-19 dan ramai nampaknya insan di Fashion Valet yang ingin membantu! Kita merungut betapa panasnya jika berada di luar rumah selama dua minit namun cuba kita bayangkan apa yang dilalui oleh staf di hospital yang terpaksa memakai sut satu badan. Terima kasih di atas segala yang telah anda lakukan untuk masyarakat. Sangat berbangga rasanya menjadi sebahagian daripada komuniti yang mengambil berat dan sayangkan di antara satu sama lain.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Semakin meningkat usia, semakin manis raut wajah anak gadis kesayangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin ini iaitu Aaisyah Dhia Rana.
Bakal menginjak usia lapan tahun pada bulan November tahun ini, kecantikan Aaisyah menjadi tumpuan ramai apabila dia tampil berjubah dan berselendang di majlis sambutan hari jadi bapanya baru-baru ini. Memang cantik dan salin tak tumpah seperti ibu tercinta!
Vouge macam mummy!
Seperti yang anda dapat lihat di laman instagramnya, Aaisyah juga suka bersolek dan bergaya mengikut trend fesyen terkini.
Di ruangan komen, ramai yang memuji kecantikan Aaisyah termasuklah pelakon dan pengacara popular iaitu Neelofa dan Elly Mazlein.
NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow mencuri tumpuan di Piala Seri Endon 2025 apabila Tuanku Zara Salim tampil anggun dengan kulit berseri. Ketahui rahsia serum ini yang beri hasil dalam 3 hari!