Berita

Semakin Ligat Berniaga INARA RUSLI Kini Sudah Ada Jenama & Rangkaian Perniagaan Sendiri

Share

Inara Rusli kini ligat berniaga dan sudah ada jenama dan rangkaian perniagaan sendiri. Ini membuktikan Inara Rusli mampu menjadi seorang wanita yang berdikari setelah bercerai dengan bekas suaminya, Virgoun.

Kredit Foto: mommy_starla

Setelah berjaya mendapat hak penjagaan tiga anaknya, Inara Rusli atau nama penuhnya Ina Idol Rusli bersyukur atas kurniaan rezeki yang kian mencurah-curah.

Memetik perkongsian Inara Rusli di saluran YouTube MAIA ALELDUL TV, dia kembali bangkit dengan membina perniagaannya sendiri.

Kredit Foto: mommy_starla

Inara Rusli yang berusia 31 tahun ini turut mendedahkan, dia kini bukan sahaja perlu menyara anak-anak bahkan beberapa ahli keluarganya yang lain.

“Allah masih beri rezeki, rezeki itu tetap ditunaikan. Bukan untuk anak-anak sahaja, bahkan semua yang masih bergantung harap kepada saya iaitu ibu, adik beradik dan team,”

katanya.
Kredit Foto: mommy_starla

MILIKI RANGKAIAN PERNIAGAAN
Menurut Inara Rusli dia kini sedang membangunkan beberapa perniagaannya sendiri.

“Saya turut mempunyai team. Sekarang saya ada jenama, secara automatik ada beberapa ketua yang perlu saya selia. Kebanyakan mereka adalah rakan-rakan sekolah saya dahulu,” jelas Inara Rusli.

Memilih bidang fesyen, penjagaan kulit dan makanan Inara Rusli sentiasa memastikan perniagaan yang diusahakannya itu terus berkembang dan memberi banyak manfaat kepada semua khususnya wanita.

Kredit Foto: mommy_starla

BACA JUGA: 4 Gaya Suai Padan INARA RUSLI Dalam Rona Pink Ala Barbie Muslimah

“Selain tudung instant, saya juga ada menjual bengkung butang yang pernah viral di inararusli.co,” sambungnya.

Untuk makanan, Inara Rusli menjual produk makanan ringan. Selain lazat, dia mahu produknya itu mudah dibawa ke mana-mana.

“Produk makanan ringan ini dikenali sebagai Inara Snack. Saya jadikannya praktikal yang mudah untuk dimakan dan dibawa ke mana-mana,” kata Inara Rusli.

Manakala produk penjagaan kulit pula, Inara Rusli mengakui produk yang dibawa dari Korea itu turut digunakannya setiap hari.

“Saya mengambil produk penjagaan kulit ini daripada rakan di Korea dan ianya produk asli dari Korea,” jelasnya.

Kredit Foto: mommy_starla

Biarpun sibuk menguruskan perniagaan, Inara Rusli sentiasa memastikan hubungannya dengan anak-anak kekal rapat.

Dia sentiasa berusaha untuk bertemu dan berinteraksi dengan anak-anak sama ada sebelum ke tempat kerja atau pada waktu malam sebelum anak-anaknya tidur.

Kredit Foto: mommy_starla

“Dalam satu hari saya perlu jumpa anak-anak, contohnya waktu pagi sebelum saya pergi kerja. Selalunya saya akan bermain sekejap dengan mereka kemudian barulah saya pergi.

“Atau, pada waktu malam. Selalunya saya sampai rumah sebelum pukul 9 malam, sebelum anak-anak tidur.”

Kredit Foto: mommy_starla

Bagi Inara Rusli, anak-anaknya perlu merasa disayangi meskipun dia tidak selalu ada bersama mereka kerana kesibukan bekerja.

Inara melakukannya demi pertumbuhan dan perkembangan anak-anaknya.

“Saya lakukannya agar figura seorang ibu tidak hilang pada pandangan mata mereka.

“Jika jiwa anak-anak ini kosong, boleh menyebabkan tantrum. Mereka akan membesar menjadi orang dewasa yang mempunyai banyak keluhan,” luah Inara Rusli.

Kredit Foto: mommy_starla

Hijabista mendoakan agar Inara Rusli kekal bahagia bersama anak-anak seterusnya sukses dalam perniagaan.

Published by
Amy Mohd